ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label SOTO DAN BAKSO. Show all posts
Showing posts with label SOTO DAN BAKSO. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

SOTO


SOTO

SOTO... permintaan ibu mertua.... bukan susah pun nak membuatnya.. tang merebus nasi impit tu sahaja yang memakan masa... bahan yang lelain tu teramatlah mudahnya.. nak buat kuahnya tu pun senang sangat! ada pelbagai jenis resipe soto.. dan i pernah share sebelum ini, yang ini lain sikit.. rasanya lebih simple kot.. jadi lah yaa.. yang penting you all semua boleh cuba di rumah... dah tu jerk..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SOTO

 Nasi impit ~ beli aje yang jenis segera jenama NONA *ikut arahan di plastik *masak nasi impit malam sebelum, jadi nasi impit cantik dan padat..:)
:
KUAH SOTO
:
KUAH SOTO :

1 ekor ayam ~ cuci bersih dan toskan
air secukupnya untuk rebusan ayam dan kuah soto

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang

BAHAN KISAR :
2 biji bawang merah *saiz besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
1 batang serai
5 biji buah keras
1 peket rempah sup *adabi

CARA MEMASAK KUAH :
Tumiskan kesemua bahan tumisan dan bahan-bahan kisar sehingga naik bau atau pecah minyak
masukkan ayam dan kacau rata 
masukkan air dan didihkan sehingga ayam empuk dan angkat ayam
*kuah biarkan mereneh sehingga agak pekat sedikit
 :
AYAM
:
:
AYAM SOTO

ambil ayam yang telah di toskan tadi, goreng sehingga garing sedikit
cerai-ceraikan isi ayam dan hidangkan!!
:
BERGEDEL KENTANG
 :
BERGEDEL KENTANG
resipe pernah di keluarkan sebelum ini sila rujuk pada resipe sebelumnya...:)
:
SAMBAL KICAP
:
:
SAMBAL KICAP

resipe pernah di keluarkan sebelum ini sila rujuk di bawah label 'SAMBAL PELBAGAI JENIS'
:
:
TAUGEH BUAH EKOR CELUR ATAU MENTAH
:
:
DAUN BAWANG DAN DAUN SADRI HIRIS
:
:
BAWANG GORENG
:
:
:
TENGGG!!! TARRAAA!!!!
SOTO!!!
:
:
MUDAH AJE TU KAN??? JIMAT BELANJA DAN MUAI MAKAN BERAMAI-RAMAI
SELAMAT MENCUBA!!!

TATA!!!


Sunday, May 15, 2011

BAKSO VERSI II

BAKSO VERSI II

WAHH... bakso laa... memang suka makan bakso... hari ni i bikin bakso... bukan susah pun... lagi simple dan mudah di bandingkan dengan soto...:):) simple sangat.... kalau tak percaya you all kena cuba oke..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
BAKSO VERSI II

KUAH BAKSO
  KISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar
10 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
1 sudu besar lada putih/lada sulah

BAHAN LAIN :
1 kg tulang daging
1/2 kg bebola daging *jenama MOHAMMAD *halal
2 batang serai ~ titik

CARA MEMASAK :

rebuskan tulang sehingga empuk
tumiskan *bahan-bahan kisar dan serai sehingga garing
masukkan *bahan-bahan yang telah di tumis kedalam air rebusan daging, didihkan sehingga rempah sebati masukkan bebola daging dan masak sehingga kuah mesra angkat dan ketepikan

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
:
:
SOHOON RENDAM BERSAMA AIR PANAS DAN TOSKAN
:
:
MARCARONI ~ PILIHAN PAK HABIBI MAKAN BERSAMA KUAH BAKSO
 :
:
KOBIS DI SAGAT HALUS
:
:
TAUGEH BUANG EKOR
:
:
BAWANG GORENG
:
:
DAUN SADRI
:
:
SAMBAL CILI PADI KICAP
:
:
SAMBAL CILI KEMIRI
*CILI PADI DAN BUAH KERAS TUMBUK HANCUR SESUAIKAN GULA DAN GARAM
:
:
TENGG!! TARRAA!!!!
BAKSO VERSI II
:
:
SIMPLE, HALAL, JIMAT BELANJA, THE BEST!!
:
TATA!!!


Thursday, February 3, 2011

BAKSO

BAKSO

Bakso! Bakso! Bakso! ingat lagi masa bonda di tahan di wad asyik ler berbunyi teringin nak makan BAKSO! BAKSO! BAKSO! tak seorang pun dari kami belikan Bonda tersayang barang sebungkus! bukan nakal hehee.. sebab Doktor tak bagi bonda makan makanan yang berminyak dan TOLONG! kurangkan kolestrol. Sempena majlis ulang tahun bonda yang ke 66 maka tercapailah impian bondaku yang mengidam kan BAKSO! memasak ler i BAKSO simple untuk hidangan majlis ulang tahun bonda. Suka ko! i lagi ler suka... sebab bonda suke!
TENGG!! TARRAAA!!!
BAKSO
BAKSO
BAKSO
 JOM!! SALIN RESIPE!!
BAKSO
 Bahan-bahan di kisar :
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar lada putih
Bahan-bahan lain :
  • 1 kg tulang daging / tetel ~ rebus sehingga empuk dan ambil air rebusan daging untuk kuah
  • 1 kilo meat ball
  • daun sadri untuk tabur
  • daun bawang untuk tabur
  • sambal lote (resipe dah ada di label 'PELBAGAI JENIS SAMBAL'
  • kobis
  • limau kasturi
CARA MEMASAK :
  • Tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus
  • masukkan air rebusan daging
  • apabila air kuah mendidih masukkan meat ball dan renehkan lagi
  • sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGG!! TARRAAA!!!
BAKSO
BAKSO
BAKSO
  
Amacam? untuk resipe sambal lote sila cari di dalam label 'SAMBAL PELBAGAI JENIS'
memang syiok di lawankan dengan kuah bakso!
mudah aje tu..
selamat mencuba!!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ