ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, June 22, 2012

Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!


Assalammualaikum... selamat pagi semua.. Ya, bertemu lagi kita di alam maya ini :D Selamat datang kuucapkan buat semua blogger baru yang baru sahaja add i sebagai rakan di alam maya ini, terima kasih juga buat semua rakan blogger lama, pengomen tegar yang sering berkunjung ke dapurku ini yang ala-ala aje tu kan :D Tq soOOooooo much.. muahzzzzzzzzzzzz << kiss sampai terlelap naa :))

Murtabak Magie 15 Minit SiapP!


Tu dia... mau tak cepat.. semuanya main pakai bahan yang ada aje kat dapur aje tu.. main pakai cempak tebor je :))

Okay ini adalah menu hidangan i petang semalam :))
sesungguhnya i memang sedang sibuk tahap 99!!! sibuk sangat!!
ehh tapi masih sempat jugak share menu yaa.. :)
tak pe.. tak pe.. ini juga salah satu rutin wajib dalam jadual kerja i tu :)

 Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :



3 peket maggi berperisa kari *celur dan toskan
2 peket serbuk maggi kari
3 batang daun bawang *hiris
4 batang sosej ayam *panaskan dalam microwave 3 minit* dan potong
3 biji telur *kocok

CARA :

*lihat gambar bawah*


gaul rata kesemua bahan-bahan di atas.


dengan menggunakan kuali non-stick.
Lengserkan sedikit minyak dan tuangkan adunan *seperti gambar di atas*


ambil 3 biji telur dan 2 sudu besar SAMBAL TUMIS BAWANG
DAN gaul bersama telur.


tuangkan telur tadi dan masak sehingga set,
terbalikkan maggie dengan menggunakan satu lagi kuali. masak sehingga keperangan angkat dan taburkan dengan hirisan daun sadri dan juga sos chili!

TARRAA!!

 Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!


Mudah aje tu kan.. simple and easy.. yet bisa menjulingkan bijik mata!
0_0


sesuai di hidangkan untuk minum petang... sarapan pagi juga sesuai...
jangan kerap.. selalu tak pe! :))

 Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!


Penyediaan bahan-bahan 3 minit
celur maggie 2 minit
kocok telur 1/2 minit
tempoh memasak 7 minit
siap segalanya dalam tempoh 15 minit!!

 Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!


SedapPpppp....

Masuk bakul.. Pak Habibi Tolong angkatkan Awww :))

Jumpa lagi!

TATA!!


Inti Kacang Hijau, Kelapa Perisa Durian


Assalammualaikum... selamat bersua kembali.. :D okay.. okay.. sabar.. sabar.. :D i tahu ramai yang dah jemu-jelak dah! singgah dapur i aje semerbak bau durian.. nak buat macam mana... tuuu... tuuu.. muncung panjang cam ni >>>>>> hah! gitew! :))
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



Nampak tak??? tu dia.. satu kereta porche Pak Habibi tu penuh dengan durian segauuu.. baru gugur.. bayekkk punyer! :))
banyak yangg aii... 
bagi jiran?? dah kenapa! Jiran i pokok dia berbuah lagi banyak!
penghabisannya.. Hulur kat saudara mara jauh dan dekat..Pak Habibi bagi kawan2 opis dia.. *soon keluarga terdekat akan berkumpul di rumah rewang makan buah durian tu hah!* Tu nanti i story bila tiba masa dan ketikanya :))

selebihnya.. hah! i kongsikan pulak resipi durian kat you all semua..
suka tak???
jadilah.. dari tak dapat merasa durian fresh tu.. hah.. i share resipi aje lah ekk.. boleh laa.. boleh laa..

macehh :D sebab sporting.. ;)

I DAH SEDIAKAN LABEL KHAS BUAT SEGALA JENIS RESIPI DURIAN.. KALAU NAK CARI NANTI SENANG DI BAWAH LABEL >>>>>>



Kali ni i nak share resipi simple.. biasalah.. i bagi dulu resipi bagai ni kan.. sok lusa.. tungguUuu.... menyusullah nanti  entah apa-apalah yang keluar nanti kat dapur i ni..:))

Inti Kacang Hijau, Kelapa Perisa Durian

BAHAN-BAHANNYA :

300 gm kacang hijau *siap direbus sehingga kembang dan toskan airnya*
1 biji kelapa parut *tanpa kulit hitam*
50 gm gula pasir
1 1/2 buku gula melaka
2 helai daun pandan
1 cawan penuh isi durian gred A+++ :D
sedikit garam
100 ml air

CARA :

campurkan kelapa, gula pasir, gula melaka, sedikit garam, daun pandan ke dalam kuali.
Campurkan air dan kacau dengan api perlahan sehingga gula larut.
Masukkan isi durian dan kacang hijau dan kacau lagi sehingga bahan-bahan sebati dan pekat. Sesuaikan rasa,
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu!

TARRAA!!

Inti Kacang Hijau, Kelapa Perisa Durian


mudah aje tu kan.. okay buat dulu inti ni..
resipi bakal menyusul tidak lama lagi.. Insyallah ;)

Inti Kacang Hijau, Kelapa Perisa Durian


sejukkan terlebih dahulu dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti beku.
Esok nak guna dah senang tak giteww.. :))
dah nak dekat puasa ni.. sok masa puasa teringin nak makan inti tu.. hah! makan kan.. :)) hadoiiii..


Jumpa lagi!!


TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ