ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, February 20, 2012

Mee Hoon Sekolah Agama

Mee Hoon Sekolah Agama


Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh Ustazah!!! tuu.. dia... idea ku adaptasikan resipe kali ini dari zaman sekolah agama masa kecik-kecik dolu-dolu... tetiba terasa pulak dah semakin tua.. muahahaa... tak salah kalau ingat kisah dulu-dulu kala kan... Okay apa khabar semua? doaku semua sihat dan gembira sentiasa yaa... Okaylah hari ni ada sedikit lagi kelapangan tetapi you tengok resipe masih lagi 3 in 1 kan kan.. dengan alasan i masih sibuk dengan dunia penulisan sekarang ni....:)) so resipe tetap ringkas dan termudah di sediakan.... Al-kisah si mee hoon sekolah agama tu kan kan... kisahnya begini.. dulu masa i sekolah agama di sebelah petang.. so semangat nak kesekolah agama tu salah satunya kerana Mee Hoon goreng yang kelernya kuning keramat tu ler hehhee... berkejar nak ke sekolah agama gara-gara takut mee hoon goreng kuning tu habis!!! masa tu sebungkus baru 20sen... huk.. huk.. sekarang mana nak dapat harga macam tu... dah lah 20sen.. banyak pulak tu.. bungkus dalam daun pisang dan luarnya dilapis dengan kertas surat khabar lama.. aduhaii kenangan terindah masa zaman sekolah agama tu dulu tauu.. tapi masa tu.. mahalnya!!!! 20sen! sebab Arwah ayah i cuma bekalkan 30sen aje tauu.. so baki seposen tu kekadang i beli air sirap merah kelernya.. lepas minum hah! bermisai tepi bibir hahahahaha... gelak sakan ni hah! sayu pun yaa.. kalaulah masa dapat di undur semula... i nak beli banyak-banyak sebab sekarang duit tabung i yang besar tu dah penuh dengan duit syiling!!! *pengsan*

Mee Hoon Sekolah Agama

Bahan-bahannya :

separuh peket mee hoon ~rendam terlebih dahulu
1 biji bawang holland ~dadu
6 ulas bawang putih ~dadu
200gm isi ayam ~dadu
6 biji tomato ceri ~potong 2
1 mangkuk taugeh
1 batang celery
sedikit minyak bijan
sos tomato
serbuk lada sulah
serbuk kunyit
garam dan minyak

Cara :

Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland, celery dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan serbuk lada sulah *ikut anggaran sendiri, i suka bubuh banyak lada sulah dan itulah rasa sebenar mee hoon tu tau*
Masukkan tomato ceri dan sedikit air, renehkan sehingga ayam masak.
Masukkan mee hoon dan gaul sebati, tambah air jika mee hoon masih liat.
Masukkan sos tomato dan renjisan minyak bijan.
Akhir sekali masukkan taugeh dan sesuaikan rasa.

TARRAAA!!!!
Mee Hoon Sekolah Agama

Mudah aje tu kan.. rasanya sajeeee aje tau.. tapi nostalgia zaman sekolah agama tetap segar di ingatanku... *sayu seketika nih!*

Okay guys... selamat menjamu selera dan selamat mencuba..:)))
Take care & smile Always yaa...:)))

TATA!!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ