ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, March 3, 2011

LEMPENG MUSIM SALJI

 
LEMPENG MUSIM SALJI

Muahahaahahaaa... ini satu kes lagi ni ekk.. pernah dengar LEMPENG MUSIM SALJI.. hah! ni i nak citer kisah dedolu ekk.. masa tu tinggal di OVER THE SEA! haha.. mana tu?? ade ler.... susah you nak cari kelapa parut... dah tu kalau teringin nak buat lempeng kelapa??? mana nak di carik.. hah! jangan risau ikut petua i sesiapa yang tinggal OVER THE SEA tu ekk.. hang buat jerk cam ni.. buhkan aje kelapa kering dalam paket atau dalam tin tu ekk.. alah kelapa yang untuk buat beskot tu hah! hmmm.. rasanya lagi enak kalau you all nak tahu ekk.. harum giteeewww.. boleh giteewww.. boleh aje dah tu kalau dah tak de kelapa parut...  dari menangis celah tong gas tu... masakkan aje cenggini ekk.. okay dah tu jerk! ini ler menu makan malam i hari ini ekk.. sebab kuah sambal tumis sardin tu masih berbaki lagi.... jimat belanja Youu... cukup tahun gi Umrah ekk.. Umrah dulu...:):) pelan-pelan bak kata bonda i hehee..:):) wallahualam..:)
Bahan-bahannya :
  • 500gm tepung gandum
  • sedikit garam
  • 150gm kelapa kering peket/dalam tin
  • air secukupnya
Cara menyediakannya :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas 
  • lenserkan sedikit minyak di dalam kuali non-stick
  • ambil satu senduk dan panggang sehingga masak kedua belah bahagian
  • angkat dan hidangkan bersama kuah baki sardin atau kari ayam ekk..
TENGGG!!! TARRRAAA!!!
LEMPENG MUSIM SALJI
 AMACAM??? mudah aje kan... musim salji mana boleh duduk lelama kat dapur tu oke.. so masak ler seringkas yang boleh... pulak kelapa tu kan sebijik macam 'SNOW FLAKES' hah! itu ler pasal nama lempeng tu 'LEMPENG MUSIM SALJI' boleh giteeewwww???? boleh aje dong!
sedap ko.... mesti cuba oke!
MENU MINUM PETANG MERANGKAP MAKAN MALAM SEKALI 3HB MARCH 2011

  • LEMPENG PANDAI
  • LEMPENG MUSIM SALJI VS SAMBAL TUMIS SARDIN
  • TALAM UBI PANDAN
***RESIPE YANG LELAIN TU PUN I DAH MASUKKAN JUGAK EKK.. GI LER JENGAH.... SAYANG YOU ALL EKK... MUAHH... KECUALI KAUM ADAM OKE...:):)

TATA!!!!




LEMPENG PANDAI..:):):)

 
LEMPENG PANDAI...:):)
MUAhahahahaa..... apa kes????? tetiba jadi lempeng pandai??? tak pernah di dengor orang! hehehe..mau taknya.. pernah dengar lempeng bodoh? pernahkan.. hah! ni sepupu dia ler ni.. lempeng pandai! bukan apa sahaja ku bubuh dengan nama LEMPENG PANDAI dengan memandainya sebab tak elok buh nama masakan dengan nama yang tak elok.. betul tak??? betul! betul! betul! UPIN DAN IPIN menyampuk ekk.. Opah tak der dia gi kebun! hehee.. apa pun ini ler lempeng yang kami zaman kecik-kecik dulu makan waktu petang ekk.. Arwah Ayah selalu buat lempeng ni ekk.. dulu di kenali dengan lempeng BODOH! so sekarang teknologi dah maju.. no more nama tak elok ekk.. lempeng apa kengkawan??? LEMPENG PANDAI! maka sesiapa yang makan lempeng pandai tu pandai ler jadinya nanti ekk. bagus untuk anak-anak yang nak periksa ni ekk.. cewah! Wallahualam...:):) sekadar meletak nama.. tu yang untungnya tukang masak ni ekk.. sendiri masak sendiri ler buh nama.. kebebasan seorang tukang masak seperti saya dan anda juga hehe.. yer ler tu...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
LEMPENG PANDAI...:):)
Bahan-bahannya :
  • 250gm tepung gandum
  • 100ml susu cair
  • sedikit garam
  • 1 cawan air
  • secubit baking powder
Bahan-bahan lain untuk cecah :
  • hirisan gula melaka campurkan dengan gula pasir
  • mentega 
Cara menyediakannya :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali bahan untuk cecah ekk..
  • panaskan kuali non-stick dan lengserkan dengan sedikit mentega
  • lenserkan satu senduk adunan dan masak ke dua belah bahagian 
  • angkat dan hidangkan bersama hirisan gula melaka yang di campur gula pasir dan mentega!
TENGGG!!!! TARRRAA!!!
LEMPENG PANDAI...:):)
Mudah aje kan.. bila memasak lempeng pandai ni.. sebak dan sayu aje hati ni tauu.. kalau dulu Arwah Ayahlah yang bancuh dan bakarkan buat kami untuk minum petang... AL-FATIHAH HJ ABDULLAH BIN HAJI HASHIM......
 jangan lupa cuba ekk.. ingat lempeng pandai oke.. no more lempeng bodoh! hehee..
MENU MINUM PETANG MERANGKAP MAKAN MALAM SEKALI 3HB MARCH 2011

  • LEMPENG PANDAI
  • LEMPENG MUSIM SALJI VS SAMBAL TUMIS SARDIN
  • TALAM UBI PANDAN
TATA!!!



TALAM UBI PANDAN

 
TALAM UBI PANDAN

Kalau you all nak tahu.. TALAM UBI adalah salah satu kuih tempatan yang paling shasha suka! suka! suka! walaupun kelernya tak merah ekk.. tapi i sukakan rasanya yang lemak dan berkrim hehe.. okay talam ubi biasanya atas tu putih aje kan.. rasanya lemak aje giteeewwkan.. kali ini i buat ikut tekak i oke... i buh perisa pandan kat bahagian atas tu aduhai.. i tell you all ekk.. dah ler lemak bau pandan tu mak aii.. pak aii.. malas nak cerita.. i buat ni malam tadi... so i potong kuih talam tu masih panas lagi masa tu tak menyabor ler tu namanya apa nak buat i memang terhingin! sangat nak makan kuih talam ubi ekk. selalunya beli... kali ni i buat oke.. so i pepandai ler membubuh itu dan ini dengan motto eh! kita buat dia yer tak ehhe.. selamat menery ekk kekawan semua.. memang best! pstt.. jiran i pun cakap sedap atasnya tu.. bau pandan harumm... rasanya pun enak! cewahhh terus i hantar setalam tau hahaha...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
TALAM UBI PANDAN
Bahan untuk ATAS :
  • 150 gm tepung beras
  • 50 gm tepung ubi
  • 800 ml santan pekat
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar perisa pandan
  • 1 sudu besar gula
Cara menyediakan bahan ATAS :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan masak di atas dapur
  • kacau selalu dan masak sehingga pekat dan ketepikan sebentar
Bahan untuk BAWAH :
  • 600 gm ubi ~ parut dan perah airnya
  • 150ml air atau santan boleh juga
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • *180 gm gula melaka ~ hiris kecil
  • *100 gm gula pasir 
  • *masakkan gula melaka dan gula pasir sehingga larut dan ketepikan
  • 1 cawan kelapa muda ~ parut dan ambil putihnya sahaja
  • sedikit garam 
  • 50gm mentega
  • loyang yang telah di oles dengan sedikit mentega
Cara menyediakan bahan BAWAH :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang
  • kukus selama 20 minit atau lapisan ubi set
  • keluarkan dan cakarkan dengan garfu permukaan di atasnya
  • tuangkan dengan adunan ATAS yang telah di masak terlebih dahulu
  • tutup dengan kertas minyak yang di lubangkan dengan lidi
  • kukus selama 20 minit
  • angkat dan sejukkan terlebih dahulu. seeloknya semalam di dalam chiller
  • hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
TALAM UBI PANDAN
NAMPAK AJE LECEHKAN.. SEBENARNYA BILA DAH TAHU NAK MEMBIKINNYA TU ALAHAII... PUNYA LER MUDAH! MULAI SEKARANG TAK MO DAH BELI DI LUAR, BUAT SENDIRI LAGI MUAI....:):)
MENU MINUM PETANG 3HB MARCH 2011.... PSTT PETANG NANTI ADA LAGI RESIPE MINUM PETANG... 'LEMPENG PANDAI' i nak lawankan dengan sambal tumis sardin yang masih banyak tu hehee... selamat mencuba!!

TATA!!!



TELUR DADAR PUDINA

 
TELUR DADAR PUDINA

Biasanya telur dadar pudina ni, i buat untuk breakfast aje... kalau omputeh di panggil omelete... makan macam giteewwww.. aje mamang best! bagi i satu pinggan pun i boleh habiskan ekk.. hehe.. so hari ni memang cuaca panas begitu luar biasa... so masakkan telur dadar pudina ni memang ler sesuai ekk.. kalau dak kerempeng buah hati pengarang jantung i dah nellysha tu.. daun pudina ni dia makan cenggitu aje ekk.. memang suka bebenau.. sampai dah naik togel pokok pudina i tu ekk.. tak per.. kalau habis atau gol pokok pudina i tu pasau kan ada.. apa ada kesah yer tak? dah tu jerk sembang hari ni ekk.. petang nanti punya minum petang dah ada.. dah siap pun.. petang nanti i share dengan you all ekk.. ekk.... tungguuu....:):):)
Bahan-bahannya :
  • 5 biji telur
  • 1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
  • 4 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1 biji tomato ~ potong
  • 10 helai daun pudina ~ hiris
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (separa halus)
  • sedikit garam
  • sedikit mentega
Cara memasak :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kocok sehingga telur kembang sedikit dan bahan-bahan sebati
  • Panaskan mentega di dalam kuali dan gorengkan telur sehingga masak
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAA!!!
TELUR DADAR PUDINA
 MEMANG SYIOK! MUST TRY!!

MENU HIDANGAN 3HB MARCH 2011 :

  • SAMBAL TUMIS SARDIN VERSI (2)
  • SAYUR REBUS PETOLA DAN KENTANG
  • TELUR DADAR PUDINA 
  • IKAN MASIN & SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
SELAMAT MENJAMU SELERA!!
TATA!!




SAMBAL TUMIS SARDIN VERSI (2)

 
SAMBAL TUMIS SARDIN VERSI (2)

BUkak aje Esbok tu... terkebil-kebil bijik mata ni ekk.. ikan ada, ayam ada.. udang ada.. sotong ada... daging ada... macam di masak semua resipe dengan bebahan yang ada tu ekk.. dah tak lalu kalau di masak apa pun ekk.. terus ler bukak almari... eh! sardin dalam tin bersusun aje ekk.. molek aje tertenggek ehhe.. terus ler di buka dua tin ekk.. ingatkan nak masak kari... Urghh panas macam ni tekak macam tak nak makan berlemak... sambal aje ler ekk.. pulak buah belimbing buluh tepi rumah tu berbuah... masih kecik2 lagi.. ehhh... ehh... ku petik jugak, dalam erti kata kecur gitu ekk... so buh ler dalam sambal sardin tu.. dah tu jerk sembang tengahari ni ekk.. panas betul kat luar tu tau! jom tido! heee..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL TUMIS SARDIN VERSI (2)
Bahan-bahan di kisar :
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 20 batang cili kering
Bahan-bahan lain :
  • 2 tin sardin
  • 8 tangkai cili padi
  • 5 biji tomato ceri ~ belah dua
  • saun sadri untuk tabur
  • belimbing buluh 
  • sedikit air asam jawa
Cara memasak :
  • Tumiskan bahan-bahan yang di kisar sehingga garing atau pecah minyak
  • masukkan sardin, tomato ceri, cili padi, belimbing buluh dan air asam jawa
  • renehkan sebentar, sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!!
SAMBAL TUMIS SARDIN VERSI (2)
Berlaukkan sardin memang tak jemu.. kenapa ekk??? sebab ikan sardin tu lemak kot...:):)


MENU HIDANGAN 3HB MARCH 2011 :
  • SAMBAL TUMIS SARDIN VERSI (2)
  • SAYUR REBUS PETOLA DAN KENTANG
  • TELUR DADAR PUDINA 
  • IKAN MASIN & SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
SELAMAT MENJAMU SELERA!!
TATA!!





SAYUR REBUS PETOLA DAN KENTANG

 
SAYUR REBUS PETOLA DAN KENTANG

Aduhaii.. cuaca punya ler panas di luar sana tu... memang ler tak boleh masak lauk berat-berat, berlemak dan berkari ekk.. aje memang macam muak aje gitu.. pulak sayur petola di belakang tu bergayut dalam 4 batang apa lagi terus ler masakkan sayur rebus aje udah.. petikkan daun selasih.. buh sohoon bebanyak dan kentang potong kecik-kecik... wahhh! berpeluh di makan dengan sambal belacan ekk.. IKAN masin jangan lupa tau kengkawan! udah tu jerk...

JOM!! SALIN RESIPE!!
SAYUR REBUS PETOLA DAN KENTANG
Bahan-bahan di tumbuk :
  • 1 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar ikan bilis
Bahan-bahan lain :
  • Sayur petola ~ hiris
  • 1 ikat sohoon
  • 2 biji kentang ~ potong
  • 1 biji tomato ~ belah 4
  • 2 batang daun selasih
Cara memasak :
  • campurkan air dan bahan-bahan ditumbuk ke dalam periuk
  • didihkan dan masukkan kentang, rebus sehingga kentang empuk
  • masukkan petola dan sohoon
  • sesuaikan rasa
  • masukkan daun selasih dan angkat!
TENGG!!! TARRRAA!!!
SAYUR REBUS PETOLA DAN KENTANG
MUDAH AJE KAN... SIMPLE DAN YUMMYYY!!!

MENU HIDANGAN 3HB MARCH 2011 :
  • SAMBAL TUMIS SARDIN VERSI (2)
  • SAYUR REBUS PETOLA DAN KENTANG
  • TELUR DADAR PUDINA 
  • IKAN MASIN & SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
SELAMAT MENJAMU SELERA!!
TATA!!



MEE GORENG SEA FOOD

 
MEE GORENG SEA FOOD
Hah! ni ler menu makan malam i, simple dan yummy! modal pun murah jerk ekk... sebab... i cuma beli udang dan sotong ngam-ngam, taugeh dan kucai pun ngam-ngam... so tak ada ler bahan yang berbaki dalam peti beku tu ekk... menci tul taip beku! telur pun i tak bubuh ekk.. macam jemu gitu tau... yer ler tuu... hehe... okaylah sembang pendek aje ekk.. jap lagi i nak turun memasak untuk tenghari ler pulak ekk.. :):) hari ini untuk makan tengahari masakan simple tetapi tetap menyelerakan! memang dah tak ada selera dah pun! hehe.. berat badan tetap mencanak naik! yahooo! (dengan suara putus asa hehee...)
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MEE GORENG SEA FOOD
 
Bahan-bahannya :
  • *kisar
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering 
Bahan-bahan lain :
  • 1kg mee kuning ~ lerai dan cuci dan toskan
  • 200gm udang ~ kupas kulit tinggalkan ekor sahaja
  • 300gm sotong ~ potong kecil
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar kicap lemak manis
  • 7 sudu besar sos tomato
  • daun kucai RM1 ~ potong 1 inci
  • 2 biji buah tomato ~ potong 6
  • taugeh 50sen ~ buang ekornya
  • daun sadri dan lada merah untuk hiasan
Cara memasak :
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan *bahan-bahan yang di kisar halus sehingga garing atau pecah minyak
  •  masukkan udang dan sotong
  • masukkan sedikit air dan mee kuning kacau rata
  • masukkan kicap pekat, sos tomato dan kicap lemak manis
  • sesuaikan rasa masukkan sayur dan gaul rata
  • angkat dam hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
MEE GORENG SEA FOOD
Amacam? mudah aje tu kan.. ngam-ngam aje untuk makan malam ekk.. ekk....
 selamat mencuba kawan-kawan!!!
TATA!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ