ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, March 3, 2011

MEE GORENG SEA FOOD

 
MEE GORENG SEA FOOD
Hah! ni ler menu makan malam i, simple dan yummy! modal pun murah jerk ekk... sebab... i cuma beli udang dan sotong ngam-ngam, taugeh dan kucai pun ngam-ngam... so tak ada ler bahan yang berbaki dalam peti beku tu ekk... menci tul taip beku! telur pun i tak bubuh ekk.. macam jemu gitu tau... yer ler tuu... hehe... okaylah sembang pendek aje ekk.. jap lagi i nak turun memasak untuk tenghari ler pulak ekk.. :):) hari ini untuk makan tengahari masakan simple tetapi tetap menyelerakan! memang dah tak ada selera dah pun! hehe.. berat badan tetap mencanak naik! yahooo! (dengan suara putus asa hehee...)
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MEE GORENG SEA FOOD
 
Bahan-bahannya :
  • *kisar
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering 
Bahan-bahan lain :
  • 1kg mee kuning ~ lerai dan cuci dan toskan
  • 200gm udang ~ kupas kulit tinggalkan ekor sahaja
  • 300gm sotong ~ potong kecil
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar kicap lemak manis
  • 7 sudu besar sos tomato
  • daun kucai RM1 ~ potong 1 inci
  • 2 biji buah tomato ~ potong 6
  • taugeh 50sen ~ buang ekornya
  • daun sadri dan lada merah untuk hiasan
Cara memasak :
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan *bahan-bahan yang di kisar halus sehingga garing atau pecah minyak
  •  masukkan udang dan sotong
  • masukkan sedikit air dan mee kuning kacau rata
  • masukkan kicap pekat, sos tomato dan kicap lemak manis
  • sesuaikan rasa masukkan sayur dan gaul rata
  • angkat dam hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
MEE GORENG SEA FOOD
Amacam? mudah aje tu kan.. ngam-ngam aje untuk makan malam ekk.. ekk....
 selamat mencuba kawan-kawan!!!
TATA!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ