ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, March 2, 2011

LEFT OVER BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY JELO

 
LEFT OVER BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY JELO

Muaahahhaa... Ke London kita petang ni ekk.. apa ada kisah.. janji rasanya enak giteeeewww kan... masam-masam manis.. cantik rupanya... warnanya tu yang memang i suke! suka ler sesangat ekk... apa pun menu minum petang ni sungguh simple dan jimat belanja dan jimat tenaga.. tak sampai 30minit dah siap! menunggu set kat dalam chiller tu aje yang lama cikit.. cikit jerkk.. bila memasak ni nak kena banyak bersabor... hasilnya pasti mendeborkan! cewahhh.... okay semua tahukan 'LEFT OVER' tu maksudnya saki-baki ler gitu.... so masa buat sandwich untuk Bday Boy tu ada ler baki kulit roti yang keras tu.. so i bancuh ler jadikan bread puddings.. pastu i bancuh i buh strawaberry segor dan masakkan sikit strawberry jelo tu.. dah siap! rasanya pun mak aii.. pak aii.. nak tahu cemana rasa kena ler cuba ekk.. ekk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!! 
LEFT OVER BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY JELO

Bahan-bahannya :
  • 8 keping roti ~ potong kecil
  • 2 biji telur
  • 70gm gula perang
  • 1 sudu besar vanilla
  • 5 biji strawberry segar ~ dadu
  • 1/2 tin susu cair
  • sedikit garam
  • loyang untuk membakar
Cara menyediakan :
  • campurkan telur, susu cair, gula perang dan vanilla
  • kocok sehingga gula hancur
  • masukkan roti dan strawberry yang di cincang sehingga serap dan kembang
  • masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 20 minit atau keperangan/set
  • angkat dan sejukkan terlebih dahulu
 
Bahan untuk Jelo :
  • 1 kotak kristal jely ~ nona masak di atas api sederhana sehingga larut/ ikut panduan di belakang kotak 
  • 6-8 biji strawberry segar ~ belah dua
  • whipping cream untuk tambahan
Cara menyediakannya :
  • susun buah strawberry yang di potong dua di atas adunan bread puding yang telah sejuk sepenuhnya
  • Tuangkan aduanan jeli ke atas puding roti sehingga rata di atas permukaan puding 
  • sejukkan ke dalam chiller sehingga puding set
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!!
LEFT OVER BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY JELO
 
SELEPAS NI KALAU ADA ROTI YANG BERBAKI TU SIMPAN EKK.. PASTU TRY LER BUAT CENGGITU.. TAK MEMBAZIR DAN SEMESTINYA THUMBS UP! MY KIDS TELL ME! HEHE...:):)

SELAMAT MINUM PETANG SEMUA!!

TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ