ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, October 8, 2012

Sambal Tumis Udang & Petai Dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Assalammualaikum... :)

Selamat malam semua :D

Kali ini i memilih salah satu resipi dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah :D


Kepada sesiapa sahaja rakan-rakan yang telah mendapatkan Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah i nak ucapkan Jutaan Terima Kasih :)

Boleh di dapati di mana-mana kedai buku berhampiran.. terutama sekali Popular Book Store, MPH, Badan Book Store, Kedai menjual majalah dan pendek kata di RNR hentian lebuh raya Utara & Selatan pun ada :D *sekadar menyebut beberapa nama kedai buku*


Sambal Tumis Udang dan Petai adalah hidangan kesukaan keluarga di rumah. Baik sebelah i atau pun sebelah Pak Habibi... kalau datang ke rumah i.. ada aje petai.. mesti suruh i buat sambal tumis udang petai :D
Ya.. gitewww.. i tak dapat udang tak pe.. petai jangan tak dapat! merajuk sampai ke esok malam you aii.. :))


nampak tak petai yang matanya lebih besar dari mata Nellysha! :D

pemberian dari jiran rumah i sebelah kiri... :) jiran i bagi 8 papan... i hulurkan 4 papan ke rumah sebelah kanan pulak! dengan motto.. Sharing is caring :D (padahal jiran i sebelah kanan ada tepi longkang masa jiran sebelah kiri hulur kat i.. :))


jantung pisang... 
Pak Habibi bersihkan pokok pisang, so dia potonglah jantung pisang tu.. adalah dalam 4 tongkol.. so i masakkan dalam 2 tongkol! ada lagi 2 nanti nak cuba buatkan urap..


petikkan pulak daun selasih dan bayam gajah tepi rumah tu... waduuhhhhh... ;)
tetiba hidung terasa mancung aje *belalai gajah!* ;)


Bening jantung pisang bersama daun bayam gajah..

lawankan pulak dengan....


anak ikan cermin goreng garing.. lawankan dengan sambal tumis udang petai..

apa komen???

mau tak pengsan! sedap ngko aii... bersilang tangan tengahari tadi i makan dengan Bonda..
sambil makan tu mulalah kami berdua dok bercerita kisah dulu-dulu... inilah lauk yang bonda sering masakkan untuk kami masa zaman kekanak dulu.. :)
tu yang update blogs malam ni... siang tadi kekenyangan.. tersandor kami berdua celah sofa sambil menonton rancangan masak-memasak :))

Sambal Tumis Udang & Petai

Sumber : Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


BAHAN-BAHANNYA :

400gm udang *cuci bersih
150gm petai *belah dua
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
50ml air asam jawa
1 biji bawang besar *potong bulat

BAHAN KISAR :

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1sm halia
1sm belacan
15gm cili kering

CARA :

Goreng udang dan petai sehingga bertukar warna. Ketepikan.
Tumis bahan kisar sehingga garing.
Masukkan air asam jawa dan biarkan sekejap.
Masukkan udang, bawang besar dan petai. 
Perasakan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan!

TARRAA!!!

Sambal Tumis Udang & Petai


Simple dan enak..
Udang dan petai tak dapat di pisahkan..
lawankan dengan nasi panas-panas..
sambil makan tu kan kan..
mulut tak bercakap..
apa taknya.. suap.. suap.. suap..
lepas makan.. menguap :))

Mulakan dengan Bismillah..
Akhiri dengan Alhamdulillah..
Berhenti sebelum kenyang.. 

Sekian sahaja..

Assalammualaikum..

TATA!!


Roti Bakar, White Coffee, Good Morning Friend's!


Assalammualaikum.... Good Morning Friend's!!! <<< baca dengan nada dan suara ala-ala bersemangat memulakan pagi isnin yang indah ini :D

Walaupun i tak bekerja makan gaji.. pagi isnin macam hari-hari yang biasa i lalui.. taklah monday blues.. ;) tapi agak kesunyian apabila anak-anak mula bersekolah, Pak Habibi kesayangan i ke pejabat... anak yang sorang dah ke kolej semula.. yang tinggal hanya i terkonteng-konteng di rumah ni hah!

Mujur ada Bonda jadi taklah sunyi rumah ni.. nanti bila Bonda dah melancong ke rumah anak-anaknya yang lain... hmm.. sepi lah rumah ni.. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

Pokok Ceri dah berbuah!!!


nampak tak gambar di atas tu???? :D

Yaaa... itulah pokok ceri i dah berbuah! bukan sebiji malah berbiji-biji.. baru sebiji yang masak ranum!

Awal pagi bangun.. masa nak tata-tata! Pak Habibi tu... i terus ler jengah kebun mini i tepi rumah tu... :D

tengah dok tertinjau-tinjau tu.. ehhh... buah ceri i dah masak ranum! wahhh terus senyum tu sampai ketelinge :D << macam ni :))

rupanya.. my neighbour dari tadi dok perhatikan i celah tingkap! :))

"Buat apa tu?!" << my neighbour... :D

"Tengok pokok!" << senyum i masih keliling kepala :D

"Breakfast apa pagi ni?" << my neighbour :D

Masa ni i tengah dok panjat atas kerusi siram pokok bunga dan terkial-kial nak sangkutkan sarang burung tempua! :))


"Tak sarapan lagi. Ada roti ingat nak bakar je."

:D

You all tahu tak.. roti kismis yang i beli di Season semalam dok keluar masuk fridge ingatkan nak buat bread pudding! malas......

so dapat ler idea pagi ni... dengan motto... ringkas janji kenyang dah!

Syukur Alhamdulillah :D ya giteeeww ;))

ROTI BAKAR


versi sangat simple... mudah dan mengenyangkan! ;)


ambil beberapa keping roti kismis...

masukkan dalam alat pembakar roti.. set timer paling minimum.. kerana roti manis sangat mudah rentong! :))


curahkan dengan maple syrup.. kalau tak de.. curahkan madu lebah!

potong beberapa biji strawberry untuk hilangkan manis dan lemak tu...

dan lepas tu sprinkle kan dengan aising sugar!


Walla!!!!

sempurnalah sarapan pagi untuk hari isnin yang tenang di pagi hari! :D


tak sempurna hariku..

tanpa secangkir white coffee...

:))


maka dengan ini... hati yang berbunga-bunga dek pokok ceri i yang dah berbuah sebiji terkonteng-konteng atas pokok tu... maka selesai sarapan pagi.. :D


selamat bersarapan pagi kawan-kawan... :D

Hari ini i akan cuba update blogs i yang lagi 4 tu! :))

2 hari tak update.. i akan luangkan masa pagi ini jugak cuba nak update blogs i yang bertimbun tu! ;))





2 hari menyepi dengan aktiviti padat di rumah... :)

Jumpa lagi.. Jaga diri.. :D

 Assalammualaikum!

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ