ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, November 24, 2010

IKan CarU BaKar



IkaN CarU BaKaR
Bahan yang diperlukan :

  1. 1Kg Ikan Caru Segar ~ Bersihkan dan toskan.
  2. Sedikit Garam ~ Lumurkan pada ikan Caru.
  3. Perapkan beberapa minit.
Cara Untuk Memasak Ikan Caru Bakar :

  1. Panaskan kuali dan Lengserkan sedikit minyak didalam kuali non-stick.
  2. Dengan api sederhana, susun ikan caru di dalam kuali.
  3. Balik-balikkan ikan sehingga berwarna keemasan atau keperangan.
  4. Angkat dan pastikan isi ikan masak sepenuhnya.
Tarraa!!! dah siap!! Ikan CAru Bakar, sungguh mudah dan enak... jangan lupa hidangkan bersama kuah asam untuk dicicah bersam Ikan Caru Bakar. Bahan untuk membuat kuah cicah air asam sungguh mudah. Hanya hiriskan, bawang merah, cili padi merah+hijau, air asam jawa, sedikit garam, perahkan air asam limau jika suka, campurkan kesemua bahan itu ekk... dan Walla! dah siap kuah cicah air asam... mudah sangat!
Selamat mencuba! Hidangan ini sesuai di makan jika dah tak ada selera nak makan apa pun ekk.. tambah pulak nasi panas-panas! memang terangkat ekk... Jangan lupa cuba ekk... ~shahriah Abdullah novelis~

KanGKunG GoRenG SimPLe

KangKunG GoreNG SImpLe
KaNGkuNG gOREng sIMpLe



Bahan-Bahan yang di perlukan :


  1. Bawang merah ~ Hiris
  2. Bawang putih ~ Hiris
  3. Lada Merah ~ Hiris
  4. Lada Hijau ~ Hiris
  5. Ikan Bilis ~ 50gm
  6. Buah Tomato ~ 1 biji
  7. Sayur Kangkung ~ 1Kg
Cara Untuk memasak Kangkung Goreng Simple :

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  2. Tumiskan kesemua bahan-bahan tadi sehingga naik bau atau pun layu.
  3. Masukkan sayur kangkung. Kacau rata, sesuaikan rasa dan kemudian angkat!
Tarraaa!!! tu dia dah siap pun SAyUr kANGkunG sIMPLe... sangat mudah dan jimat masa dan tenaga!! Cadangan hidangan untuk di lawankan dengan sayur Kangkung Goreng Simple ni mudah aje ekk... contohnya dengan Sambal Tumis Udang, Lauk singgang Ikan dan juga sambal belacan! ulam timun jangan lupa ekk... memang SyOK! selamat mencuba ekk...~shahriah abdullah Novelis~

Super Duper Burger


SUPER DUPER BURGER! YUMMyyYY!!


Super Duper Burger!


Bahan-Bahan yang di perlukan untuk menyediakan :

SUPER DUPER BURGER!

  1. Roti Arab ~ Bersaiz besar dan Ada pelbagai perisa. Shasha pilih yang berperisa Herbs
  2. Daging Burger ~ Jenama Ramly
  3. Mentega ~ untuk sapu diatas roti
  4. Cheese
  5. Mayonise, Chili Sos
  6. Sayur ~ Timun, Salad dan Tomato
  7. Bawang Merah ~ Goreng sehingga layu (jangan garing)

Roti Arab ~ Belah dua dan sapukan dengan sedikit mentega. Bakar di dalam oven sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Daging buger yang telah di panggang di atas kuali.

Susunkan Sayur di atas roti.
Letakkan Mayonise dan Sos cili.

Susun daging burger di atas sayur, kemudian taburkan bawang goreng.
Letakkan Cheese.


Kemudian lapiskan lagi dengan Sayur. Timun, daun salad dan tomato. Renjiskan cili sos dan mayonise.
Tarraa!!!! dah siap! BURGER SUPER DUPER! hidangkan bersama kentang goreng dan juga salad yang ringkas. Dah sedia untuk di makan. Simple dan enak!
Makan sambil menonton Bola! pergghhh... kesedapannya memang tak terkata! Jangan lupa mencuba resipe SUPER DUPER BURGERR!!! semestinya YUmmyyYYY... dan satu lagi pesanan dari Shasha ekk.... Baca Bismillah dan doa makan sebelum makan BURGER SUPER DUPER tu ekk.... bEsaUUu bangat! ~Shahriah Abdullah Novelis~



kAri piPi iKAn kERApU

KARI PIPI IKAN KERAPU


kArI PiPi iKAn kERaPu












Bahan-Bahan Yang di perlukan :


Hiris kesemuanya~ Bawang merah, bawang putih, Halia, serai, lengkuas, cili kering di potong dua, serai titik dan celery

Bahan-bahan Lain : Santan pekat (tak nak pun boleh), rempah campur, rempah tumis, rempah kari, daun kari, tomato/kacang bendir/terung/kobis.

1KG Pipi Ikan Kerapu ~ saiz besar~potong kecil~rendam bersama air asam jawa beberapa minit~cuci bersih dan toskan.

Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang di hiris tadi. Rempah campur, rempah tumis, rempah kari dan daun kari. Tumis sehingga garing dengan api sederhana.






Selepas bahan tumisan garing. Masukkan pipi ikan kerapu. Masukkan sedikit air. Renehkan sebentar.








Kemudian masukkan santan. Sayur tomato/terung/kobis/kacang bendir. Sesuaikan rasa. Renehkan sehingga pipi ikan empuk dan masak.



Tarra!!!! dah siap dah ekk.... 'KARI PIPI IKAN KERAPU'.... sangat simple, enak dan sesuai di makan begitu sahaja hehee.... psstt... untuk tambahkan keenakkan kari tu... jangan lupa taburkan dengan bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap ekk) dan juga jangan lupa taburkan daun sadri dan daun ketumbar. Memang meletup!

Cadangan hidangan : Hidangkan lauk KARI PIPI IKAN KERAPU bersama telur masin/ikan masin/ikan goreng garing. Dan jangan lupa ekk... Sambal tumis ikan bilis bersama petai. Memang Syok! YUmmYYYyyyy..... must try.... more resipe's from
~Shahriah Abdullah Kitchen~

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ