ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, June 4, 2012

Triple Treats Brownies With Ice Cream And Chocolate Bombastic! School Holiday


Assalammualaikum...

Tu dia.. menu minum petang i hari ni hehe.. sebenarnya membuatnya dah beberapa hari yang lalu.. sibuk bercuti punya pasal baru teringat petang tadi! :))

terus ler ku bagaikan... snap asal ada hehehe.. selebihnya cepat-cepat masuk mulut.. sebab mudah cair hadoii... :))

Dapat idea dari blogs cik adik Diana yang comey cun melecun tu.. 


Masa tu i singgah blogs Diana pukul 1:29 am << pagi hokey! you all semua tengah mimpi agaknya masa tu ;)

so masa jengah dapur Diana tu.. terus ler bijik mata terjojol!!

jam tu gak! pepagi kala tu turun ke bawah terus mengerjakan apa yang ada.. walaupun tak sama.. tapi perghh...

rasanya.... MELETOP!! in your mouth :))

ya giteww... :))

Nak tahu macam mana i dapat idea.. sila klik bawah tu yaa...



Diana cayang akak macam biasalah dik.. tak kuasa buat macam Diana hehhee..

jadi akak buat ala-ala versi school holiday yeah!!

macehh Diana muahhhzz

 Triple Treats Brownies With Ice Cream And Chocolate Bombastic!



Okay.. i guna Triple Treats Brownies... yang memang sentiasa ada stok dalam almari es i tu..

kesukaan anak-anak di rumah.. rasanya perghh.. memang meletop!

dan harganya pun memang TOP! :))


tu dia rupa biskut brownies tu yaa... 

di salut dengan cekelat lagi youUu... ;)

sedap giler!!! :))


ambil ice cream *i guna eskrem cekelat* buat macam gambar di atas.. 

ala-ala buh ice cream di tengahnya dan tangkupkan dua.. wahhhh

masa ni.. eskrem mudah cair.. so cepat2 buat kerja tu yaa..

bayangkan i mengerjakan ni tengah pagi buta!

jam 2 am okeh! kecurr punya pasal.. jangan memain dengan i... :))


yer gitew.. nampak tak dah cair eskrem tu.. hokey lepas tu...


celupkan dalam coklat cair dan bungkus dalam aluminium foiled..

dan simpan di dalam peti beku selama 4-5 jam!

i simpan dah dekat 4 hari! hahahaha :))

terlupa hokey! so petang tadi baru ku keluarkan dan ku kerjakan bayekkk punyer!

ya giteww..:))


golek2kan di atas coklat rice... hah! macam gambar di atas tu...

pastu lekas-lekas! paggil Abang Aemir dan Nellysha suruh makan!

cepat! cepat! nanti cair!

wahh gitewww i berteriak yaa.. ;)


bila di gigit.. waduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

@_____________@

sedap!!!!!

Abang Aemir cakap "WOW!!!"

nellysha cakap "Ada lagi tak Momma??!!!"

:)) :)) :))

Triple Treats Brownies With Ice Cream And Chocolate Bombastic!




masa cuti sekolah ni lah segalanya nak simple, ringkas dan mudah.... 

mudah nak di sediakan.. anak-anak pun enjoy!!!


Percutian plan Z hari tu.. segalanya ku redah!


 Piknik pun yaa.. ku redah jugak!! mandinya tidak! :))

banyak lagi tempat percutian Plan Z i.. entah bilalah nak masukkan N3 dalam blogs cuti2 i tu.. tahap kepenatan masih tak hilang lagi... :)

Jumpa lagi.. ada banyak lagi menu dan resipi yang i tak sempat masukkan.. dah berderet aje ni.. Insyallah soon.. :)

Tq so much kepada yang tidak jemu datang bertandang ya... maceh semua muahhzzzz :)

TATA!!


Sambal Tumis Udang Petai School Holiday! Hadoii


Assalammualaikum.. selamat petang semua... dah makan?? wahh.. sure hari ni semua masak yang best! best kan... i belum lagi memasak hehehe.. dan hidangan menu Sambal Tumis Udang Petai ini adalah hidangan sepanjang bercuti bersama keluarga tersayang...  :)) dan baru sekarang nak share.. busy ler katakan... ;)


Sepanjang pagi tadi.. i sibuk ber Blog Walking dan singgah ke dapur dan rumah kengkawan blogger.. maklumlah sepanjang busy 2-3 hari ni manalah sempat nak menghadap blogs kan...:))

Yang mana meninggalkan jejak tu.. Insyallah petang sikit bila i dah siap mengemaskan kain baju yang dah bertimbun macam busut tu selesai.. akan ku sambung menjejaki kawan2 semua yaa.. tq so much.. :)


Sambal tumis udang bersama petai ni masakan i semasa berpiknik bersama keluarga tersayang.. plan Z i tu ler..

ke mana?? hehehe.. nantilah yaa.. bila dah free semestinya akan i share kan di blogs cuti-cuti i tu... Insyallah...


Cadangan memang awal-awal dah plan nak ke Batam Indonesia bercuti.. Plan A i tu asalnya.. tapi di sebabkan Abang Amin cuma dapat cuti 5 hari sahaja dan Pak Habibi tak dapat cuti.. so kami telah menukar Plan Z.. yang tu kisah nanti.. *hadoii berapa kali nak bagi tahu ler ekk..* 

Pstt.. kengkonon naik bot! hahahaa.. jadilah.. kesian Abang Amin. tak dapat ke Batam... :(

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI


BAHAN-BAHANNYA :

600 gm udang segar *cuci dan toskan*
2 sudu besar air asam jawa
100 gm petai *potong kecil*
gula dan garam
minyak

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
40 tangkai cili kering
2 cm belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumiskan *Bahan-bahan kisar* sehingga naik bau dan garing. *api sederhana dan tumiskan lama dan sentiasa di kacau*
Masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa.
Masukkan petai, udang dan renehkan sehingga udang bertukar warna.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

bermacam hidangan yang i bawa bekal semasa kami berpiknik tu.. 
i masukkan yang ini dahulu yaa... makan pulak dengan nasi bungkus daun pisang berlapiskan kertas surat khabar lama...

FuyoooHhhhhh!!!

"Owesome!"

yaa.. giteewww :))


ikutkan i masih belum lagi habis bercuti.. 

kiranya beberapa hari yang lalu sepanjang Abang Amin balik tu.. itulah percutian Plan Z i..

Plan A masih tertunda.. i ni cuak aje takut tiket yang kami beli semasa di Matta Fair tu tamat tempoh!

nak pergi tak cukup korem.. tak best betullah! :( 


terketaq-ketaq tu hokey!

percutian Plan Z hehehehe :))


Khas buat semua warga JB dan Singapura yang bertanyakan mana nak cari buku resipi

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH..

tu.. ya hari tu ternampak di kedai BUKU MPH di CITY SQUARE JB...

silalah cari di sana yaa.. stok baru sampai!! tq so much :) muahhzzz


Props yang i gunakan untuk Sambal Tumis Udang Petai... :)

Sebelum sambal tu di masukkan ke dalam bekas tupper-ware... awal pagi i bangun hokeh! takut bila dah kena keroyok masa piknik tak sempat di abadikan khas buat you all semua untuk mencuba..:)

Insyallah jumpa lagi!

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ