ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, August 2, 2012

Juadah Berbuka Puasa 2hb Ogos 2012



Assalammualaikum.. kawan-kawan semua :) *suara ala-ala Upin & Ipin :D Wahh... Syukur Alhamdulillah.. dah Ramadan ke 13.. esok dah masuk Ramadan ke 14.. cepat benar masa berlalu..

mood nak memasak okay lagi.. mood nak buat hidangan manis dah memang ke Sungaii :)) dah terjumpa sebuah gerai tepi jalan yang menjual juadah berbuka puasa dekat simpang rumah i.. kuih-muih dia sedap sangat dan harga untuk RM1 untuk 4 biji kuih!!! mana nak dapat cenggitu gaya.. murahkan? tadi i borong banyak naa kuih-muih... terus edarkan kerumah jiran... dah ringkas kerja i tak perlu nak membuat pemanis.. tapi sok lusa tak tahulah tekak ni teringin benau nak makan puding.. :)

Okaylah.. menu berbuka puasa i sekeluarga untuk Ramadan ke 13 ialah :


Asam Pedas Daging Tetel / Gulai Tetel


Sayur Kobis Goreng Bersama Tempeh dan Udang Kering


Anak Ikan Bawal Goreng Garing 


Ikan Masin Tenggiri Jeruk *baki hari tu ada lagi* :D


Sambal Belacan
Ulam Jering Dan Petai 
*tak jadi nak celur pucuk ubi dan pucuk berbuas dengan alasan.. tak kuasa :D*

Asam Pedas Daging Tetel / Gulai Tetel


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm daging bertetel *daging berlelemak*
3 biji kentang *belah dua
2 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
1000 ml air
minyak untuk menumis
gula dan garam

BAHAN MENUMIS :

1 batang serai *titik
1/2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
1 sudu besar rempah campur

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
1 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm belacan
30 tangkai cili kering
1 sudu kecil lada hitam

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan *BAHAN KISAR* dan kacau sebati, renehkan lama dengan api sederhana dan sentiasa di kacau.
Masukkan daging dan kacau sebati.
Masukkan air dan didihkan sehingga daging empuk.
Setelah daging empuk, masukkan kentang, daun limau purut, asam gelugor dan masukkan gula dan garam.
Renehkan sehingga kentang empuk dan sehingga kuah agak pekat.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAAA!!!

Asam Pedas Daging Tetel / Gulai Tetel


Uishhh.. dahlah daging tu empuk.. kentang empuk.. ada pulak tetel kat celah daging tu... perghhh...
dapat lempeng kelapa ni fuYoooh memang meleTOP!! :D


ini dia kuih-muih yang i beli kat gerai menjual kuih-muih berbuka..
4 keping RM1 i beli banyak-banyak edarkan ke rumah jiran... yang jadi delivery girl Nellysha siapa lagi.. naik basikal muaahhaahaa :D


Hepp.. sebelum hantar kuih-muih rumah jiran kena tolong petik buah limau sambal..
perghhh masa tu i tak jengah.. di petiknya limau nipis 3 biji! perghhh...
tak pe.. tak pe.. yang penting baru petang tadi Nellysha tahu itulah pokok limau sambal! :))
mak ko dulu Nellysha.. usia 5 tahun dah tahu panjat pokok limau bali nak aii.. :))



Hehehee.... nafsu... nafsu... ternampak pulak Tiramisu kat kedai Kek Season.. cadang nak sambar sepeket je.. ehh... tetiba sampai kaunter.. kisahnya 3 peket yang ku cekot! Aduyaii Ponnnn... :D

Sekian sahaja...

Selamat Berbuka...

Assalammualaikum..:)

TATA!!


Menu Dan Tips Berbuka Puasa


Assalammualaikum.. :) Syukur Alhamdulillah dah masuk puasa yang ke 13 hari ini.. Diam tak diam kan..
Apa pun seharian ini i telah mengemas dan menghumban segala buku-buku di atas rak Nellysha.. perghhhh 5 kantong plastik hitam saiz XXL dapat ku kumpulkan sekejap tadi.. kalau $$$$$ dalam karong tu kan best.. ni tak.. :))

Esok ada maid dari agent akan datang membantu i mengelap, mencuci dan apa sahaja kerja-kerja pembersihan.. Syukur Alhamdulillah ringan sikit bebanan yang i tanggung selama ini tanpa pembantu rumah.. Phewww lega  sangat YoUuuu :D

MENU BERBUKA 2HB OGOS 2012

  1. Nasi putih.. *nasi lagi :D* semua yang ada dalam rumah ni penduduk Malaysia Sejati :D
  2. Gulai Daging Bertetel/Asam Pedas Daging Tetel
  3. Sayur kobis goreng udang kering 
  4. Sambal Belacan
  5. Pucuk Ulaman ~Pucuk Ubi,Pucuk Berbuas
  6. Kuih-Muih *setakat ini macam nak beli di bazar Ramadan :D
Resipi dan Gambar Insya~ALLAH petang atau malam sikit akan kukongsikan kepada semua yaa.. :)

TIPS PENYEDIAAN SEBELUM MEMBUAT BISKUT RAYA :D



Macam biasa.. tak perlu tunggu raya menjelang, setiap kali ada operasi atau projek besar-besaran melibatkan dapur membuat kek/biskut atau oven i tu.. awal-awal lagi i akan keluar atau punggah semua peralatan membuat kek/biskut.
Ku cuci dan keringkan. Kemudian susun elok-elok minggu depan nak projek buat biskut dah nak mula :D so dah tersiap sedia dan tidak perlu lagi TERBELI lagi atau TERKAIS-KAIS mencari, ya giteeeww :D


Bahan-bahan membuat kek/biskut yang mana dah tamat tempoh, HUMBAN :D *ayat power my mom*
Yang mana dah hampir habis atau tiada dalam stok.. tulis dalam nota senarai bahan-bahan kek/biskut yang perlu di beli.
Masa tu SILA PERIKSA LIST BISKUT apa yang bakal anda buat untuk Raya nanti so taklah ter OVER BUDGET ATAU TEROVER-OVER SYIOK SENDIRI masa membeli di kedai bahan-bahan kek tu nanti.. *DAN ITU YANG SELALU i TER... TER.....LAKUKAN kekadang tak sengaja.. kekadang memang ku sengajakan* :)) :D


SEKIAN SAHAJA TIPS UNTUK HARI INI... 


seminggu sebelum Raya biasanya i akan mula mengemas kinikan laman dan taman yang hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
TOoooOOOOooOOOoolonGGGGG makkkk!!!
*sebab banyak pokok bunga i yang dah KOJOL!!!!!!* :))
tak pe.. tak pe.. kedai bunga banyak.. :D


Syukur Alhamdulillah... Kuiz yang i anjurkan telah TAMAT.. LEGA BENAUUUU... :D
Jutaan terima kasih buat semua peserta yang turut serta kuiz marathon..

'LEBIH RAMAI, LEBIH MERIAH DUNIA BLOGGING KITA, YA, GITEEW' :D


Sekian sahaja.. jumpa nanti yaa..

Assalammualaikum.. :)

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ