ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, February 20, 2011

JEMPUT-JEMPUT UDANG

 
JEMPUT-JEMPUT UDANG

Ni sebenarnya tak masuk dalam list minum petang hujung minggu ekk.. ehh.. tengah dok syiok menunggu kek dalam oven tu masak ehh... tetiba Pak Habibi berbunyi ekk.. "DAPAT JEMPUT-JEMPUT UDANG BEST BETUL" wah! best betul ekkk.. wish aje gerenti Tengg!! Tarraaa!!! dah ada depan mata.. buatkan ler ekk... i pun cakap cenggini... "Udang ada.. cukup untuk buat sambal tumis udang dengan petai.. kalau buat jemput-jemput udang... jangan tanya mana SAMBAL TUMIS UDANG ekk.. ekk.." lama ko baru Pak Habibiku membuat keputusan... ekk.. ekk.. yer laa.. nak JEMPUT-JEMPUT UDANG jugak! hah! tu dia.. lagi bagus, jemput-jemput lagi mudah buat main pakai potong aje ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
JEMPUT-JEMPUT UDANG
 Bahan-bahannya :
  • 1 biji bawang merah/kuning ~ hiris
  • 300gm udang ~ buangkan kulit tinggalkan ekor
  • 1 tangkai lada merah ~ potong dadu
  • 2 batang daun sadri ~ hiris
  • 500gm tepung gandum + 1 sudu teh baking powder (ayak bersama)
  • air
Cara memasak :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas campurkan dengan air sehingga menjadi adunan yang sedang, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
  • sesuaikan rasa
  • panaskan minyak gorengkan jemput-jemput sehingga keperangan angkat, toskan dan hidangkan bersama kuah sos cili
TENGG!! TARRRAAA!!!
JEMPUT-JEMPUT UDANG
WAH! tengok tu... dapat aje 'JEMPUT-JEMPUT UDANG' semakin laju Pak HAbibi kesayangan i yang montel tu menyapu daun kering ekk... bersama anak-anaknya yang ramai tu laa... ekk...ekk.. i tak tolong oke! tolong masak aje hehe... apa pun... perkara yang leceh anggap mudah... mudah ler jadinya.. renung-renungkan...:):)
TATA!!

KEK MARBLE STRAWBERRY ASAM

 
KEK MARBLE STRAWBERRY ASAM

Hari ni hari minggu... Pak Habibi pulak bolehlah rajin mesin rumput depan rumah tu. Bermakna memang tak ke mana ler jawabnya hujung minggu ni ekk.. lepak je kat umah... i memang suka lepak kat umah! mengadap FB dan UPDATE BLOGS... yang 6 buah tu ekk.. hehe.. Tebiba Bonda pulak berbunyi... "buat laa kek marble.. ajak Mak Ana (jiran sebelah umah ekk..) minum petang kat bawah pokok durian!" dah agak dah.. bonda memang ler fav kek dia marble... i kurengs kalau namanya kek ekk.. tapi membuat memang ler rajin! suka lihat hasilnya.. mulalah membancuh.. ada pulak stok kepingan asam ala asam yang nipis macam duit syiling tu... hah apalagi terus ler lapiskan dalam kek marble.. kali ni just satu warna sahaja dan buh ler perasa strawberry aje memang mengasyikkan YouuuuUUUU!!! makan pulak atas meja batu... bawah poko durian aduhaii... meh ler.... salin resipe ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KEK STRAWBERRY ASAM

 Bahan-bahannya :
  • 250gm mentega
  • 270gm gula
  • 280gm tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar glisserin
  • 1 sudu teh vanilla
  • 2 sudu besar perisa strawberry
  • 1 peket besar asam keping (untuk kek lapis)
  • 6 biji telur ayam
  • 6 biji strawberry untuk hiasan
  • sedikit gula aising untuk tabur di atas kek
Cara memasak :
  • lenserkan acuan kek dengan sedikit mentega, shasha guna acuan yang berlubang tengah
  • putarkan mentega dan gula sehingga kembang
  • masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang
  • masukkan glisserin, vanilla dan perisa strawberry
  • masukkan tepung dan kaup balikkan
  • masukkan sedikit adunan dahulu dan lapiskan dengan kepingan asam tuang lagi sedikit adunan dan lapiskan lagi dengan kepingan asam dan ulang sehingga adunan habis
  • susun kepingan asam di atas adunan kek yang penghabisan dan bakar di dalam oven
  • suhu 170'C selama 40-45 minit atau cucuk kek di tengah dengan lidi jika lidi bersih bermakna kek sudah masak sepenuhnya
  • angkat dan taburkan gula aising dan hidangkan bersama kopi o!
TENGG!!! TARRAA!!!
KEK STRAWBERRY ASAM
 Baunya HARUMMMMMM!!!!!
tu dak kerempeng! aje memang fav dia asam keping tu ekkk.. sama naik dengan Pak Habibi.. setengah peket masuk mulut dia berdua aje ekk.. ekk...
Tu dia... Bonda and the gangs! menikmati minum petang bersama kopi o dan juga kek strawberry asam!!! riuh rendah jam tu ekk.. i tak der... tukang ngambik gambor oke! hehe... selamat mencuba kawan-kawan!
TATA!!!



MEE HOON TAUCO UDANG

 
MEE HOON TAUCO UDANG

Berabad dah rasanya tak masak..... 
MEE HOON TAUCO UDANG ekk... sebagai tukang masak di rumah ni... idea kekadang tu beku.. ada rencah, bahan penuh satu peti sejuk tu kekadang pun tak tahu nak masak apa hehee... termenung ler depan peti sejuk tu.. termenung-termenung... tergaru-garu... (walaupun tak gatal ekk..) pastu terus dapat idea! simple dan sesuai di hidangakn buat keluarga cuti hujung minggu  begini ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MEE HOON TAUCO UDANG

 Bahan-bahan Kisar :
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 sudu besar belacan
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 cawan udang kering
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kilo udang sederhana ~ buang kulit tinggalkan ekor sahaja
  • 1 botol kecil tauco
  • 5 keping tahu ~ potong kecil
  • 1 cekak daun kucai ~ potong 1 inci 
  • 5 biji tomato ceri ~ belah dua
  • 2 keping asam gelugor
  • daun bawang dan sadri untuk tabur
  • bawang goreng untuk tabur
  • limau sambal dan sambal belacan
  • taugeh dan timun
Cara Memasak :
  • Panaskan periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing masukkan air rebusan daging atau air paip sebanyak 2000ml atau lebih pun tak apa
  • didihkan masukkan tahu, asam keping, tomato ceri dan renehkan selama 5 minit
  • masukkan udang, taucho dan daun kucai dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan
  • taburkan daun bawang, daun sadri, cilipotong dan bawang goreng. makan bersama sambal belacan dan perahkan bersama asam limau
TENGGG!!!! TARRRAA!!!!
MEE HOON TAUCO UDANG

SlurPPPPppp... aduhaii.. memang syiok makan pepanas ekk... kalau ada mee kuning juga bisa dong!

SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ