ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 25, 2011

MENU UNTUK MAJLIS ULANG TAHUN AMINMUSTAQIIM SHAH 17TH YRS OLD

 
MENU UNTUK MAJLIS ULANG TAHUN... AMINMUSTAQIIM SHAH 17TH YRS OLD

Salam semua teman-teman yang menjengah blogs masakan kesayanganku ini... TEKEJUT SEMUA KALI NI GAMBOR MANUSIA DAN BUKAN GAMBOR MAKANAN! HEHEH.. rileks... cool... okay today no resipe.. sebab.. bersangkutan dan berkaitan dengan tajuk di atas tu ler ekk.. memang sedang sibuk giler ni ekk.. tetapi i tetap cool dalam menyelenggarakan setiap tugasan yang telah i tulis, kemudian i taip dan print selepas itu selenggarakannya dengan mengikut jadual yang telah di tetapkan... Tiba pat-pat menyambut apa jua majlis terutama majlis menyambut ulang tahun... setiap bulan mesti ada punyalah! itu pun kalau tak ada gengs yang menyambut pada bulan tu ekk. rasanya tiap bulan kot hehee.. suka betul pat-pat menyediakan juadah untuk sebarang majlis terutama untuk keluarga tersayang ler ekk.. ekk.. nak kata pakar sangat tu tak lah.. cuma bayangkan ler setiap tiba ulang tahun keluarga aje.. mesti sha dah siap-siap dan awal-awal dah planning nak masak apa atau nak kena buat apa... mengikut kategori ler ekk.. kebetulan semenjak ada blogs ni aje memang ler rajin bebenau nak share kepada semua... bukan dengan niat menunjuk atau membangga diri tetapi sekadar berkongsi dan memberi idea kepada teman-teman yang mana tak oke tu abaikan ler ekk.. sebab memasing ada cara tersindiri and this is my way... contohnya kali ini Ulang tahun anak sulong shasha yang ke 17 tahun... segala kengkawan kat sekolah tu di jemputnya ekk... cikgu, jago, tukang kebun semuanya dia jemput ekk.. DENGAN NIAT MENJAMU TETAMU DAN BERSEDEKAH.... ikhlas dan tiada niat lain... so bila menyambut majlis ORANG BUJANG ni... kena ler dengan kategorinya ekk... di sini shasha share apa yang bakal shasha hidangkan pada majlis ulang tahun anak bujang tu nanti... dengan anggaran lebih dan kurang 80 orang kot... so persiapan untuk 80 orang kalau berlebih... sila bungkus dan bawa pulang ekk..:):)

**kategori yang akan hadir di majlis itu nanti dari usia 15 tahun ~ 45 tahun (kengkawan amin dan cikgu sekolah) so shasha dah ada listing menu dan persiapan lain..... resipe selepas majlis pada hari Sabtu 26HB sha akan share di blogs okay kengkawan...:):) MAJLIS BERMULA JAM 3:30 PETANG DAN BERSURAI JAM 6:00 PETANG

  1. KEPAK AYAM BLACK PEPPER ~ BBQ ~ SEGALA PERSIAPAN UNTUK MEMANGGANG DAH TERSEDIA... AYAM AKAN DI MARINATE PETANG NANTI
  2. SOSEJ AYAM BEREMPAH ~ BBQ
  3. JAGUNG SEGAR SEGONI DAH KU BELI ~ BBQ
  4. MUSH ROOM SOUP ~ AKAN KU MASAK TENGAHARI ESOK 
  5. GARLIC BREAD ~ PETANG NANTI AKAN DI SAPUKAN DENGAN GARLIC DAN MENTEGA BERSAMA DAUN MINT ~ MEMBAKARNYA ESOK SETELAH TETAMU HADIR... PANAS-PANAS GITUH!
  6. SEBUKU BESORRRR.... KEK CHOCOLATE GANECHE ~ AKAN DI BANCUH PETANG NANTI DAN AKAN DI TOPINGKAN DENGAN CHOCOLATE GANECHE MALAM NANTI
  7. AGAR-AGAR PEACH ~ AKAN KU BANCUH PETANG NANTI DAN SIMPAN DIDALAM CHILLER...
  8. DAN BEBERAPA JENIS LAGI KUIH-MUIH ~ JIKA TERLARAT
***SEPANJANG MAJLIS BBQ BERLANGSUNG SHA DAH SIAPKAN TEMPAT UNTUK PARA REMAJA TU BERKUMPUL EKK.. SO I TAK MASUK CAMPUR.. CUMA PAK HABIBI AJE JADI TUKANG SNAP GAMBAR.. ADA BACAAN DOA DARI USTAZ FAIRUZ DAN PERSEMBAHAN NASYID OLEH BIRTHDAY BOY DAN KENGKAWANNYA... ACARA GAMES UNTUK REMAJA.. KUPAS KULIT JAGUNG TERBANYAK! HEHE.. SEBAB TU SEGONI JAGUNG I BORONG EKK.. EKK...PASTU KORANG PANGGANG LER RERAMAI KAT ATAS BARA TU EKK.. EKK...

JAMUAN UNTUK PARA TETAMU VVIP (DEWASA) YANG NI SHA JAMU KAT MEJA MAKAN DALAM RUMAH AJE EKK.. LEBIH KURANG DALAM 30 TETAMU YANG BAKAL HADIR (TERMASUK DALAM LIST 80 ORANG DI ATAS TU)

  • NASI PUTIH
  • ASAM PEDAS IKAN MERAH DAUN KESUM
  • SAYUR LEMAK NANGKA
  • IKAN GORENG TEMPURA
  • IKAN MASIN PELBAGAI JENIS
  • ULAM-ULAMAN
  • KUIH-MUIH PELBAGAI JENIS
Okay rasanya itu sahaja setakat ini... i pulak lain peel.. esok bila nak memasak.. ehh.. dalam list 5-6 jenis.. boleh pulak ku masak naik sampai 10 jenis... suka youu.. menjamu tetamu yang hadir... okaylah kengkawan semua yang shasha sayangi.. nanti shasha share GAMBOR DAN RESIPE SEPANJANG MAJLIS TU EKK..EKK... GAMBOR SEPANJANG MAJLIS NANTI SHASHA SHARE DI SINI>>> 
 I sibuk bebenor ni ekk.. nak membancuh kek... nanti kalau i rajin i share dengan you all menu makan malam nanti ekk.. itu pun kalau ada kesempatan.. kalau tak sempat esok aje ler i share resipe BONUS BERGANDA ekk.. psstt.. ahad 27HB Februari nak kena memasak pulak untuk BDAY party My beloved sista dak shelly tu ekk.. tu lagi banyak menunya... nanti Ahad i share menu apa i masakkan untuk Dak shelly tu ekk.. okaylah dah panjang lebor dah menonyeh ni ekk.. malah N3 paling panjang dalam blogs masakan ku ini ekk... SAlam sayang buat semua... wassalam... doakan segalanya berjalan lancar ekkk.. ekkk.. muahhhhh...:):)

 TATA!!!

AMINMUSTAQIIM SHAH 17TH YEARS OLD 
ON 26TH FEBRUARY 2011




CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ