ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, November 9, 2012

Fried Beef Penne Special.. Because Of YoUuuu... Ya Giteew... Cecewahhhhh



Assalammualaikum... :)

Emboi.. Emboii... tajuk ke main lagik!

agak hotz giteww... ;))

Okay inilah hidangan i tengahari Jumaat tadi...

keputusan idea nak masak apa.. manjang nasi.. jemu dah weh!

nama pun penulis kan kan... so carilah idea.. selongkar dalam almari apa yang ada.... :D


Terjumpa Penne Pasta!!

amboi.. terjumpa tu yang tak leh nak angkat! :))

so masa dok menepuk2 peket pastu.. dalam hati dok berfikir.. apa yang nak ku bagaikan pasta ni??

kat rumah i ni ramai beno yang berpantang larang! menci tullah! grr...

ada yang tak suka sayur! << Pak Habibi TembamBOM! grr...

ada yang tak suka paste tomato! <<< dak kerempeng Nellysha...

ada yang suka semua!!!! << i dan Abang Aemir.. bonda tak de.... kat Melaka... Abang Amin tak de... kat kolej... :))

kais lagi idea...

pergi kebun mini i tepi rumah tu..

tengok apa yang boleh di bagaikan... :D


ya... pokok cili capsicum kerdil i berbuah dengan lebatnya!!!!

musim hujanlah katakan...

tu dia sekali berbuah!

kalau tak kerana penne tu aje memang cili capsicum tu dok kering camtu jerk :D


petik mana yang dah masak ranum....


petik pulak cili hijau yang sedang galak berbuah... :D

i love cooking pasta with basil.... ;)


dan inilah hasil petikan tepi kebun mini i tu... tak perlu ke pasar.. ;)


pasta with lemon??

yumeehhhh :D

Fried Beef Penne Special


BAHAN-BAHANNYA :

1 peket penne pasta ~ celur dan toskan.. kepikan dalam secawan air rebusan pasta tadi
400 gm daging cincang *Ramly

2 biji bawang holand *dadu
8 ulas bawang putih *dadu *i pencinta garlic* :D

6 batang cili hijau *potong
6-7 biji cili capsicum kerdil merah *potong

secekak daun selasih
1/2 biji lemon *ambil jusnya
cracked pepper
cracked black pepper
sedikit garam
minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan 2 jenis cheese ~parmesan+ mozarella

CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
Tumiskan : bawang holland, bawang putih, cili hijau dan capsicum sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging bertukar kecoklatan.
Masukkan air rebusan pasta dan renehkan sebentar.
Masukkan penne, dan sesuaikan rasa.
Akhir sekali sebelum di angkat, masukkan daun selasih, cheese, gaul rata dan hidangkan!

TARRAA!!!

Fried Beef Penne Special


SEDAP TAK???


Cecuba.. cecuba :D


simple made easy.... yet delicious! ;))


sekian dulu perkongsian kali ini...

jumpa lagi.. jaga diri yaa... ;)



Assalammualaikum...

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ