ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, September 15, 2012

Sajian Indonesia Ayam Pekalongan



Assalammualaikum... :)

Apa khabar ibuk-ibuk, bapak-bapak?
 nona manis gi mana sih hari ini? ;)
kangen nggak sama gue? :D

Waduh... hari ini embak ingin berkongsi satu resep istimewa dari Indonesia.. dari daerah Pekalongan...
pernah ke sana? nggak? yaa.. samalah kita yaa ibuk-ibuk... 
ya giteewww ;))


Ya, Udah... Mintak ampun sih.. pingin bener ingin ngomong gaya indo.. apa pun yang terkeluar jawo campur giteww.. ;)

Okaylah maaflah yaa.. itu nama bersusah-payah ni cuba nak bebahasa indo. ehh serius lho kalau bercakap dalam bahasa indo@Jakarta tetiba rasa ayu gittuuuu.. ala macam pakai kain batik berkemban gitu. :D

Okay resipi ini memang asalnya dari Indonesia.. Hidangan kegemaran dari Jawa Tengah. Dan dapat namanya dari Pekalongan. Sebuah pekan Jawa yang santai berdekatan pantai selatan pulau itu.
Ya, giteew.


di pendekkan cerita. Pagi tadi i memang tak ada kerja nak di buat. So masa yang terluang tu i mengeledahlah almari buku resipi i yang bersusun tu kan.

Terfikir-fikir apa yang aku nak masak hari ni?
dah jemu jelak balik-balik lauk tu jugak.
Jemu jadi tukang masak ni kan.

So i pun memilih satu resipi dari buku Sajian Indonesia.
Dah lama dah i beli buku resipi ni tau.
So sebenarnya i dah pernah membaca dan dah tamat pun menyelak tiap helaian muka surat.

Kalau nak tahu penulis buku resipi ini adalah seorang wanita berbangsa Inggeris yang telah menetap di Tanah Jawa selama lebih 20 tahun! tu dia....

Dan buku ini juga telah di terbitkan pada tahun 1970! i belum jadi lagi okeh! ;)) antik kan kan...:) i like sangat!

Di pendekkan cerita wanita istimewa yang bernama Agnes de Keijzer Brackman belajar memasak masakan Indo dari tukang masaknya yang sepanjang beliau menetap di Indonesia.

Hebat tak hebat? wanita berbangsa kulit putih boleh menguasai masakan Indonesia?

Dan sekarang ini i pulak nak cuba belajar memasak cara Indonesia. dengan bertujuan lepas ni tiap hari masakan dan resipi baru di dapur ku ini.. Insya~ALLAH :) ayuh kita memasak yuk! wahh gitewww... :D

Ayam Pekalongan


*NOTA*

i tak ubah suai tetapi i dah tambahkan bahan kerana dalam resipi asal. Hanya menggunakan isi ayam. So i guna satu ekor ayam. Yang lain memang i tak ubah suai ya. Harap maklum.

BAHAN-BAHANNYA :

1ekor ayam *potong 12-16*
2 biji bawang besar *dadu
4 ulas bawang putih *dadu
2 cm lengkuas *tumbuk
3 batang cili merah *tumbuk
1 cm belacan *jadikan serbuk
4 sudu besar air asam jawa
250 ml santan pekat
gula dan garam
minyak

BAHAN YANG I TAMBAH :

6 biji tomato ceri *potong 2
7 tangkai cili padi merah *potong 2

CARA :


Mula-mula sekali. Ambil ayam dan masukkan ke dalam periuk dan tuangkan air sama paras dan cukup menutupi ayam. Taburkan sedikit garam.
Rebus sehingga ayam empuk dan toskan.
Ketepikan sebentar


Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
Masukkan lengkuas dan cili merah yang telah ditumbuk.
Masukkan belacan, air asam jawa dan kemudian masukkan ayam.
Kacau rata dan masukkan santan.
Masukkan buah tomato dan cili padi.
Renehkan sehingga kuah pekat. 
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Ayam Pekalongan


Masa i tengah masak Ayam Pekalongan tu kan kan..
teringin sangat nak merasa kuah tu..
ya,lah macam tak dapat bayangkan bahan-bahan digunakan punyalah sedikit. Tak berhalia, serai dan rempah ratus pun tak ada!
Macam manalah rasanya gak ekk???
:))
so i cicip sikit dalam sesudu kecil.
Wahh! kisahnya.. i dah pernah makan lauk ni masakan padang!
lebih kurang sama aje rasanya YoU!


Lawankan nasi putih panas-panas..
dan i alaskan dengan daun pisang sebab nak dapatkan mood makan di Indo kengkononya alah di Pekalongan gitewww :))


Gorengkan pulak kacang buncis isi udang tu lebih sikit.
Buh sohoon... wah tetiba teringat dulu masa duk Jakarta! :))


Ambil mood baik punyer!
punyalah rajin.. ;) i gorengkan keropok dan ikan masin.
Buat pulak sambal belacan awww... kabare wak???
:))


Dan sekarang ini mood i untuk terus mencuba lagi masakan Indonesia semakin meletOP! dan ngeTOP!
waduhhhhh nggak sabar sih mau mencoba!

Ada sesiapa nak ikut i ke Pekalongan?
Ayuh! bersiap sedialah selepas ini yaa... ;)


Sekian sahaja.. 
nanti kita jumpa lagi yaaa....
jaga diri...

Assalammualaikum!


TATA!!!



Simple French Toast


Assalammualaikum :)

Bon matin tout le monde! *french* >>> english Good morning everyone! :D
Wahh bercakap French kita pagi ni ;)) betul ke tidak hentah ler... cek ler kat kamus memasing tu yerk :))


Pagi ini i buat sarapan yang cukup ringkas!
tetapi cukup mengenyangkan!
Nellysha ada latihan tarian di sekolah... awal pagi dah kena menghantar dia ke sekolah...
Tarian apa?
Hah! ingat tak Imelda di Masterchef season 1 dulu tu?
Hah! Nellysha tengah belajar tarian kipas ala chinese style giteew... ;)


Tiap hari lepas balik dari sekolah mintak i ajarkan dia macam mana nak bukak kipas dengan satu tangan dan tutup sekelip mata! wahh paham ke tak ni? ;))
Ishh masa di MCM dulu i dah belajar dengan imelda macam mana nak bukak kipas ala-ala gitewkan..
sekarang ni skill tu turun pulak ke Nellysha.. tak sangka.. sekarang ni Nellysha pulak yang ajar cikgu cina dia macam mana nak bukak dan tutup kipas tangan dengan begitu pantas sekali!
PRAPPP!!
ya giteew bunyinya ;))

French Toast


Bahan-bahannya :


4 biji telur
2 tangkai daun parsley *ambil daun sahaja dan hiris halus
30 ml susu segar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih

*berpandukan gambar di atas. Kocok sebati*


8 keping roti putih *gardenia potong separuh *3 segi
ambil beberapa keping dan celupkan ke dalam adunan telur tadi.


Panaskan kuali non-stick dan lengserkan dengan sedikit butter dan panggangkan roti yang telah di celup tadi.


Panggang sehingga kekuningan kedua belah bahagian. 
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

French Toast


Sangat mudah dan menyelerakan.
Mengenyangkan juga! :D



Selamat bercuti hujung minggu bersama keluarga tersayang :)

Jumpa lagi...

Assalammualaikum!

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ