ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label SOSEJ PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label SOSEJ PELBAGAI JENIS. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Sosej Black Pepper Bersayur


 Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati sekalian... :)

Apa khabar semua? semestinya yang mana ada anak-anak bersekolah, hari ini semestinya agak kelam-kabut dan busy...

Apa taknya hari pertama persekolahan... samalah kita... ;))

Awal pagi i bangun.. bangun lebih awal dari biasa... semenjak dah ada PA ni... maka kerja semakin ringan.. hanya perlu pantau anak dara kerempeng i tu je bersiap ke sekolah.. menu sarapan pagi awal-awal i dah susun untuk semingu persekolahan...

Almaklumlah tinggal Nellysha je sorang yang bersekolah... sayu aje hati ni tau.. dalam hati dok ler berkata-kata.... dah besar dah Nellysha... lagi dua tahun dah masuk ke alam sekolah menengah.. dah remaja macam abang-abangnya yang dua orang tu...

pastu i dah tak ada anak kecik lagi dah!!!!

bab ni memang sebak sangat... mana nak cari baby???? ada sesiapa murah hati nak pinjamkan i barang setahun???? ATAU  selamanya??? hadoiyaiiponnn....... :))


Okaylah sambung kisah.. hari ini i masak lauk yang cukup simple.. menu untuk menyambut kepulangan Nellysha dari sekolah jap je lagi ni.. buat sosej, sup ayam kentang dan karot, peria goreng untuk i dan my PA yang lelain tu jangan ko harap nak cuit peria yang pada mereka macam makjon! muahahhaa... :))

sosej tu i buh sayur sikit.. hirisan kobis dan lada benggala@capsicum.. blackpepper tu buh tak ler berapa banyak takut kang ada Nellysha nak ke sekolah agama sakit perut hhehee...  dah jom! masak!

Sosej Black Pepper


BAHAN-BAHANNYA :

6-7 batang sosej *potong 3 dan belah 4 hujungnya
1/2 sudu teh black pepper *corsed@separa hancur
1 mangkuk kecil kobis *potong kecil

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar seasoning
1 sudu besar kicap manis
garam secukupnya

Bahan Tumis :

sedikit minyak
1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
1/2 inci halia *hiris
1/2 biji cili benggala hijau *capsicum *hiris kecil
1/2 biki cili benggala merah *hiris kecil

CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan sosej dan goreng sehingga belahan kembang seperti bunga. 
Masukkan *Bahan Tumis sehingga naik layu.
Masukkan kobis dan black pepper dan gaul rata.
Masukkan sos tiram, kicap manis dan seasoning, sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

 Sosej Black Pepper



simple dan makan bersama nasi putih panas-panas.. Ternaik!! i tell you olls :D


i ni kan bukan nak cakap apa.. bila memasak i tak reti nak mengunyah...
tapi tadi kan kan.. siap je angkat sosej tu..
wahhh!!! 3 keping sosej dah kucucuk dengan garfu dan telah ku telan dengan mata terpejam... << sedap benor ler tuh! :))

  
sekian dulu ajelah yaa... sambung nanti...

selamat menguruskan anak-anak pulang dari sekolah..

Untuk yang bekerja.. selamat menjalankan tugas...

jumpa nanti.. jaga diri...

Assalammualaikum..

TATA!!

Friday, March 4, 2011

SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM

 
SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM

Malam tadi awal-awal Aemir hero kedua tu dah beritahu ekk.. "Momma esok Hafiz dengan Rem nak tido sini." macam biasa.. hujung minggu memang ramai ler anak-anak angkat datang bertandang ekk.. i memang ler suka... anak reramai kat umah ni... walaupun ramai tetap tak bising oke.. syarat utama di rumah ni.. nak berhiruk-pikuk gi ler di bawah pondok tepi umah tu... so hari ni i masak ler lebih ekk.. kiranya mengikut kategori umur ler jugak ekk.. kekanak remaja tu kan mana boleh di pisahkan dengan sosej.... so i masak ler sosej goreng... ku bubuhkan dengan daun bawang bebanyak dan serbuk lada hitam dah tu jerk... 20 batang i masak oke.. memang licin ler tu... pulak hari ni semua umat islam akan berkumpul di masjid untuk solat Jumaat.... dah tu jerk ekk... menu petang nanti semestinya untuk hidangan anak-anak angkat i tu juga! tungguUuu....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM
Bahan-bahannya :
  • 2 peket sosej ayam/daging ~ potong 3
  • 1 biji bawang besar ~ dadu
  • 4 ulas bawang putih ~ dadu
  • 5 batang daun bawang ~ dadu
  • 1 lada merah dan lada hijau ~ potong
  • serbuk lada hitam secukup rasa
Cara memasak :
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • tumiskan bawang merah, bawang putih, lada merah dan lada hijau sehingga layu
  • masukkan sosej dan gaul rata, taburkan serbuk lada hitam
  • sesuaikan rasa dan masukkan daun bawang gaul rata 
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
SOSEJ GORENG DAUN BAWANG LADA HITAM
selamat mencuba!!
MENU MAKAN TENGAHARI 4HB MARCH 2011 :
  • SINGGANG BONDA
  • SOSEJ DAUN BAWANG LADA HITAM
  • ULAMAN DAN SAMBAL BELACAN
  • IKAN MASIN 
  • IKAN GORENG
selamat mencuba kawan-kawan!!
TATA!!!




Thursday, February 10, 2011

SOSEJ BLACK PEPPER

 
SOSEJ BLACK PEPPER

Macam biasalah... dah namanya tukang masak di rumah ni.. masak ketam ada yang tak suka ketam! masak Udang ada yang tak suka udang! aje memang tau.. hah! ni lauk tambahan.. hero i yang nombor dua tu tak makan ketam! katanya leceh nak mengongges! adeh.. dehh.. dehh.. ku masakkan ler sosej black pepper.. aje memang bertambah ler nasi tu nanti! memang tau! sayang punya pasal i masak juga oke... sharing is caring..:)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SOSEJ BLACK PEPPER
Bahan-bahannya :
  • 1 peket sosej ayam ~ potong 3 dan belah 4 di hujungnya
  • 4 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1 batang lada hijau ~ hiris
  • 1 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
Cara memasak :
  • Tumiskan bawang putih dan lada hijau
  • setelah layu masukkan sosej gaul rata dan masukkan lada hitam
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
SOSEJ BLACK PEPPER 
 SOSEJ BLACK PEPPER  
 SOSEJ BLACK PEPPER  
Mudah aje bah! 
selamat mencuba!!!
menu tengahari 10 FEBRUARI 2011
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ