ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, January 2, 2013

Sosej Black Pepper Bersayur


 Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati sekalian... :)

Apa khabar semua? semestinya yang mana ada anak-anak bersekolah, hari ini semestinya agak kelam-kabut dan busy...

Apa taknya hari pertama persekolahan... samalah kita... ;))

Awal pagi i bangun.. bangun lebih awal dari biasa... semenjak dah ada PA ni... maka kerja semakin ringan.. hanya perlu pantau anak dara kerempeng i tu je bersiap ke sekolah.. menu sarapan pagi awal-awal i dah susun untuk semingu persekolahan...

Almaklumlah tinggal Nellysha je sorang yang bersekolah... sayu aje hati ni tau.. dalam hati dok ler berkata-kata.... dah besar dah Nellysha... lagi dua tahun dah masuk ke alam sekolah menengah.. dah remaja macam abang-abangnya yang dua orang tu...

pastu i dah tak ada anak kecik lagi dah!!!!

bab ni memang sebak sangat... mana nak cari baby???? ada sesiapa murah hati nak pinjamkan i barang setahun???? ATAU  selamanya??? hadoiyaiiponnn....... :))


Okaylah sambung kisah.. hari ini i masak lauk yang cukup simple.. menu untuk menyambut kepulangan Nellysha dari sekolah jap je lagi ni.. buat sosej, sup ayam kentang dan karot, peria goreng untuk i dan my PA yang lelain tu jangan ko harap nak cuit peria yang pada mereka macam makjon! muahahhaa... :))

sosej tu i buh sayur sikit.. hirisan kobis dan lada benggala@capsicum.. blackpepper tu buh tak ler berapa banyak takut kang ada Nellysha nak ke sekolah agama sakit perut hhehee...  dah jom! masak!

Sosej Black Pepper


BAHAN-BAHANNYA :

6-7 batang sosej *potong 3 dan belah 4 hujungnya
1/2 sudu teh black pepper *corsed@separa hancur
1 mangkuk kecil kobis *potong kecil

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar seasoning
1 sudu besar kicap manis
garam secukupnya

Bahan Tumis :

sedikit minyak
1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
1/2 inci halia *hiris
1/2 biji cili benggala hijau *capsicum *hiris kecil
1/2 biki cili benggala merah *hiris kecil

CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan sosej dan goreng sehingga belahan kembang seperti bunga. 
Masukkan *Bahan Tumis sehingga naik layu.
Masukkan kobis dan black pepper dan gaul rata.
Masukkan sos tiram, kicap manis dan seasoning, sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

 Sosej Black Pepper



simple dan makan bersama nasi putih panas-panas.. Ternaik!! i tell you olls :D


i ni kan bukan nak cakap apa.. bila memasak i tak reti nak mengunyah...
tapi tadi kan kan.. siap je angkat sosej tu..
wahhh!!! 3 keping sosej dah kucucuk dengan garfu dan telah ku telan dengan mata terpejam... << sedap benor ler tuh! :))

  
sekian dulu ajelah yaa... sambung nanti...

selamat menguruskan anak-anak pulang dari sekolah..

Untuk yang bekerja.. selamat menjalankan tugas...

jumpa nanti.. jaga diri...

Assalammualaikum..

TATA!!

3 comments:

Nooriah Abdullah said...

salam Sha..alah akak pun selalu rebus or goreng je sosej tu boleh jugak kalau try resepi Sha mesti anak2 akak suka bangat ni, thnks apa kabar Sha lama tk ngobrol ni heee

Qasey Honey said...

slm rindu2an Kak Sha...lama dh kita xbsuakan...nk peluk akak kuat2..hihi
slmt thn baru ye kak...

lauk sosej tu buat ratah pon sodappp..

Liza said...

slmt thn baru sha...sosej ni kalau anak2 liza tgk, kompem diaorg suruh buat ni...

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ