ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label PASTA WESTERN STYLE. Show all posts
Showing posts with label PASTA WESTERN STYLE. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Fettucini With Peppercorns & Prawn **Peppercorns Yang Di Terbangkan Dari Pasar Satok Kuching Sarawak


Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati :D

Apa khabar? sibuk ke? maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah kan kan.. tak kering tangan ibu2 di rumah nak menyediakan juadah buat anak-anak di rumah.. samalah kita :D

i masak simple aje.. just pasta.. yang ada di rumah hanya yang bujang2 aje.. Nellysha dak kerempeng tu dah nun jauh bercuti bersama bonda meninggalkan emaknya terkonteng2 tak berteman ni hah! :D tak pe.. tak pe.. :D << menyedapkan hati yang rindu kat dak kerempeng ;)  


Okay gambar di atas itu adalah lada hitam muda.. yang i borong semasa bercuti di Sarawak minggu lalu.
Masih segar dan banyak i borong.. murah pulak tu! kat semenanjung ni mana nak dapat? kan...
so i tak lepaskan peluang untuk memborong pelbagai jenis bahan2 masakan yang tiada di semenanjung.


Tu dia.. lada hitam muda yang di jual di pasar Satok Kuching Sarawak.. sepiring hanya RM2..
murah!!!!!!! i borong 4 piring! hambik ko! :))
kata penjual di pasar Satok tu.. lada hitam muda ni.. mereka hanya makan dan jadikan ulam..
rasanya manis.. serius ni.. kunyah cam tu je.. langsung tak pedas tapi mulut tu berangin je! :D
kalau yang dah tua tu.. hah! memang pedas dan sama sahaja dengan rasa biji lada hitam yang kita sering gunakan di dapur!
soOoooooooooo interesting!!!! i loikeeeee sejuta kali!

Tu dia.. sepiring besar RM2.. banyak tau tu..
beli bebanyak bukan tamak.. tapi memandangkan di semenanjung tak pernah ku lihat.. ada pun dalam botol! dan harganya mak aii.. pak aii..
kat situ... murah gilerrrr :D 


tu dia pokok lada hitam..
i cadang nak ke ladang lada hitam.. tapi sayangnya kesuntukan masa.. punyalah baik hati tourist guide yang bawa kami berjalan di Sarawak.. dia sanggup cari pokok lada hitam semata-mata nak menghilangkan rasa JAKON i yang ketika itu tahap 9!!! :))
jadilah dari tak de kan kan.. ;)


beli memang banyak..
so i simpan elok-elok dalam peti sejuk dan i bungkus di dalam kertas surat khabar yang lembab..
soon i akan jadikan jeruk.. waduhhh.. waduhh.. tetiba stok lada hitam segau banyak benau di rumah ni hah! :))
Okay dah! JOM! Masak! :)

Fettucini With Peppercorns & Prawn


BAHAN-BAHANNYA :

1 peket pasta fettucini *rebus sehingga al-dante *tidak terlalu lembik **ambil satu cawan air rebusan pasta dan ketepikan

2 biji bawang holland *potong dadu
8 ulas bawang putih *hiris
1 biji lada capsicum merah (i guna capsicum i yang comel lotey sedang lebat berbuah :D
4 sudu besar peppercorns *leraikan dari tangkainya
350 gm udang *buang kulit
3 sudu besar parmesan cheese
4 tangkai daun selasih *ambil daunnya sahaja
1/2 biji lemon *ambil jusnya
garam secukupnya
minyak zaitun


CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
Tumiskan bawang holland, bawang putih dan capsicum.
Tumis sehingga bawang holland nampak jernih, baru masukkan udang dan kacau sebati.
Masukkan garam, air rebusan dan pasta kemudian kacau sebati.
Masukkan peppercorns dan parmesan cheese.
Gaul sebati, sebelum di angkat baru masukkan daun selasih.
Gaul rata dan angkat!

TARRAAA!!!!!

 Fettucini With Peppercorns & Prawn


Waduuhhh.. bila dah siap di masak..
terus ler i rasa..

WAHHHH!!! nyaman gitewww... tak sia-sia borong lada hitam tu bebanyak :D
kalau tahu borong 4 KG! :))


bila suap je.. tergigit peppercorns tu.. waduhh...
hilang mata hitam! :))


Sesuai di hidangkan untuk hidangan tengahari dan makan malam..

sangat simple... yet delicious!!!
tak caya.. cecuba.. cecuba.. ;)


nantikan pelbagai resipi yang bakal ku ciptakan dari peppercorn tu ya.. ;)


Nak lagi sedap dan meleTOP! leTOP! dalam mulut bila di kunyah tu..
taburkan dengan parmesan cheese sewaktu menghidang.. waduhh.. waduhh.... 
S.E.D.A.P!!! <<< tak perlu eja ;))


i dah mula edit gambar ketika berada di Sarawak..
 dan i baru keluarkan Part 1 Mukadimah dulu... KLIK SINI PART (1) TQ




Kawan-kawan... Shahriah akan berada di JB untuk demo masakan.. tidak lama lagi...

semestinya hidangan yang cukup istimewa yang bakal Shahriah hidangkan buat semua yang hadir..

2hb Disember 2012 (Ahad)

2:00 Petang

Lokasi : Ruang Legar Galeria@Kota Raya Johor Baharu

Tak Sabar nak jumpa Orang Johor!!!!

Datang tau!!! info lanjut nanti i share di blogs penulisan i DI SINI


Jumpa nanti yaa... Jaga diri  muahzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Assalammualaikum...

TATA!!

Friday, November 9, 2012

Fried Beef Penne Special.. Because Of YoUuuu... Ya Giteew... Cecewahhhhh



Assalammualaikum... :)

Emboi.. Emboii... tajuk ke main lagik!

agak hotz giteww... ;))

Okay inilah hidangan i tengahari Jumaat tadi...

keputusan idea nak masak apa.. manjang nasi.. jemu dah weh!

nama pun penulis kan kan... so carilah idea.. selongkar dalam almari apa yang ada.... :D


Terjumpa Penne Pasta!!

amboi.. terjumpa tu yang tak leh nak angkat! :))

so masa dok menepuk2 peket pastu.. dalam hati dok berfikir.. apa yang nak ku bagaikan pasta ni??

kat rumah i ni ramai beno yang berpantang larang! menci tullah! grr...

ada yang tak suka sayur! << Pak Habibi TembamBOM! grr...

ada yang tak suka paste tomato! <<< dak kerempeng Nellysha...

ada yang suka semua!!!! << i dan Abang Aemir.. bonda tak de.... kat Melaka... Abang Amin tak de... kat kolej... :))

kais lagi idea...

pergi kebun mini i tepi rumah tu..

tengok apa yang boleh di bagaikan... :D


ya... pokok cili capsicum kerdil i berbuah dengan lebatnya!!!!

musim hujanlah katakan...

tu dia sekali berbuah!

kalau tak kerana penne tu aje memang cili capsicum tu dok kering camtu jerk :D


petik mana yang dah masak ranum....


petik pulak cili hijau yang sedang galak berbuah... :D

i love cooking pasta with basil.... ;)


dan inilah hasil petikan tepi kebun mini i tu... tak perlu ke pasar.. ;)


pasta with lemon??

yumeehhhh :D

Fried Beef Penne Special


BAHAN-BAHANNYA :

1 peket penne pasta ~ celur dan toskan.. kepikan dalam secawan air rebusan pasta tadi
400 gm daging cincang *Ramly

2 biji bawang holand *dadu
8 ulas bawang putih *dadu *i pencinta garlic* :D

6 batang cili hijau *potong
6-7 biji cili capsicum kerdil merah *potong

secekak daun selasih
1/2 biji lemon *ambil jusnya
cracked pepper
cracked black pepper
sedikit garam
minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan 2 jenis cheese ~parmesan+ mozarella

CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
Tumiskan : bawang holland, bawang putih, cili hijau dan capsicum sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging bertukar kecoklatan.
Masukkan air rebusan pasta dan renehkan sebentar.
Masukkan penne, dan sesuaikan rasa.
Akhir sekali sebelum di angkat, masukkan daun selasih, cheese, gaul rata dan hidangkan!

TARRAA!!!

Fried Beef Penne Special


SEDAP TAK???


Cecuba.. cecuba :D


simple made easy.... yet delicious! ;))


sekian dulu perkongsian kali ini...

jumpa lagi.. jaga diri yaa... ;)



Assalammualaikum...

TATA!!


Tuesday, May 29, 2012

Spaghetti Meat Balls Sempoi Jugak YouUuu.. Versi School HolidaY


Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua adik-adik, ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian... :) Cuti sekolah ni kan kan.. hah! nak ceritalah sikit ni ekk.. :))


Selagi namanya cuti sekolah.. dan selagi masih terperap kat dalam rumah ni hah! jawabnya.. dapur masih berasap! 
kuali dan periuk belanga masih belum boleh di gantung :))

Tetapi.... ada tetapinya :)) 
mood nak memasak tu aje memang dah tinggal suam-suam kuku aje  YoUUuu.. i camtu.. tak tahulah you all macam mana pulak :))


Mulalah memasak seringkas yang boleh..
nasi memang dah tak jumpa dah!

semua anak-anak tak nak makan nasi waktu tengahari.. :)
selalunya i masak pasta waktu malam... sebab tak kuasa! :))

tapi sekarang dah tukar pulak.. semua nak ringkas sebab memasing ada yang menghadap tv dari pagi santak ke petang!
ada jugak yang menghadap PC dari pagi santak ke malam!
i ler tu! muahahahaa :))


So i masakkanlah apa yang ada dan ringkas..
waktu memasak pun singkat!
dapur tak bersepah!
i like... :)

SPAGHETTI MEAT BALLS


BAHAN-BAHAN UNTUK MEAT BALLS :

100 gm daging kisar
50 gm serbuk roti
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 sudu teh British parsley *serbuk
1/2 sudu teh serbuk oregano
sedikit garam
1 biji telur

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan dan perapkan selama 10 minit.
Bulat-bulatkan seperti gambar di atas.


Panaskan minyak *sedikit sahaja* 
dan gorengkan daging sekadar keperangan, angkat dan ketepikan.

UNTUK SOS :

1 biji bawang holland *dadu
3 ulas bawang putih *dadu
3 biji tomato masak *dadu
1 sudu besar paste tomato
cracked black pepper
sedikit minyak zaitun
garam dan sedikit gula
sedikit air

Parmesan cheese untuk taburan di atasnya

Spaghetti celur dan toskan.

CARA :

Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga naik bau.
masukkan buah tomato dan paste tomato.
masukkan air dan renehkan sebentar.
Masukkan meat balls dan renehkan sehingga kuah pekat!
Angkat dan hidangkan bersama spaghetti dan taburan parmersan cheese!

TARRAA!!!

SPAGHETTI MEAT BALLS

Paling simple dan ringkas!


YummeehhHHhhh YoUuuu :)


selamat bercuti kawan-kawan... :)


Ehhh dalam malas dan nak serba ringkas tu... wahh wahhhh....


Apa tewww???

TungguUUUuu... :)

TATA!!

Thursday, May 17, 2012

Special Pasta For Me.. Ngeh! Hati Sebak, Melalak tak sudah!


Assalammualaikum... selamat tengahari semua.. :)) wahh hari ni i masak awal.. sebab hari ni.. masakan yang i masak memang untuk ikut tekak dan selera i taw.. hehhee.. lagi pun semua balik lewat hari ni.. so buat ler sesorang tadi di dapur.. *memang selama ni sesorang pun hehehhh*

WahhHHHH kemain lagi tajuk i hari ni ekk...
 apa kess??

Sebelum tu nak ler bersembang sikit yerk.. masak awallah katakan hahaha.. okay.. ada tak sesiapa yang menonton TV9 semalam? jam 8:30 malam??? ada?? wahhh nampaknya i sorang hehehhe.. 


i ni jarang menonton tv waktu malam.. selebihnya hanya memerap kat dalam opis i tu... so semalam masa baca surat khabar tu kan kan.. adalah iklan... ada drama kisah sedih... huaaa... memang suka! tapi tak suka tengok sebab takut emo.. dan terbawak-bawaklah sampai 2-3 hari hah! gitewww... so tengoklah jugak sebab sinopsis cerita tu sangatlah ter menarik hatiku ini... yaa giteeww...

Tajuk drama tu... 'HILANGNYA DOA SEORANG IBU' huaa... korang tahu tak.. awal-awal sebelum drama tu start, awal-awal lagi i dah call Bonda dulu.. wahh.. kengkonon nanti bila nak menonton drama sedih tu taklah rasa banyak naa dosa! hadehhhhh.... *______@ berbuallah.. sampai drama tu dah nak start... masa tu siap tanya Bonda..

"Tengah tengok TV channel berapa Bonda?" << wahh menanya tak nak Bonda pun tengok sama hahahahaha...

"Biasalah... i tengok cerita korea i lah.." << Fullamakkk....Wahh lega! Tq! Bondaku! hahahhaaha....

Bukan apa tau.. kang kalau Bonda sama tengok TV9 nanti lepas ni bila jumpa.. confirm punyalah dia bagi ceramah baekKKKKK punyeYYYY!! hokey.. sekian terima kasih kerana terlalu memahami muahahahhaaa..


Kisah bersambung!!! jom kita memasak dulu yeay!

Special Pasta For Me.. Ngeh!


100 gm Fishcioni pasta + 100 gm spiral pasta rebus dan toskan


3 biji US tomato belah dua + 1 biji bawang besar, hiris +3 ulas bawang putih, hiris + 2 keping turkey pastrami, hiris + cracked black pepper + sea salt = kesemua bahan susun dan taburkan diatasnya macam tu.... dan renjiskan dengan olive oil

dan masukkan ke dalam microwave set kepada suhu medium high selama 7 minit


setelah itu... perahkan bersama 1 biji lemon juice dan gaul rata


sweet basil dalam 5 tangkai dan lurutkan daunnya..
 ambil daun sahaja.. 


gaulkan kesemua bahan-bahan ke dalam pasta, taburkan lagi cracked black pepper, sea salt dan olive oil... gaul dan gaul yaa cik dan puan dan tuan sekalian.. yaa begiteeeewww...


jangan lupa sebelum di hidangkan parutkan cheddar cheese, i guna jenama Bega Strong & Bitey Vintage 
buh ler bebanyak yaa.. giteeww... sedap YoUuuu!

TARRAA!!!

Special Pasta For Me.. Ngeh!


Simple and delicious!!!


inilah dia... Special Pasta For Me.. Ngeh!


sambung cerita tadi tewww... hehehe...

memang best betul drama tu taww... melalak-lalak... teresak-esak i menonton semalam sesorang kat depan tv sambil makan kacang pis! sedihh benor citer tu tawwww..

Pak Habibi i yang tembamBOM tu ada kat bilik.. sibuk tengok tv channel sukan ler apalagi..

so selesai aje menonton tu... wahhh!!! terus ler emo dan tiba jamtu gak macam nak jemput Bonda.. suapkan bonda, kalau boleh jamtu gak nak cium tangan Bonda.. huaaaa....

memang best cerita tu... dan sebab tu lah hari ni i buat masakan istimewa untuk diri i sendiri.. sebab nak pujuk sedih sebak bagai nak rak! sampaikan Pak Habibi i gelak macam nak rak! jugak! 
peh! dan pagi ini.. sebagai imbuhan dek meratap bagai semalam tu kan kan...


apalagi mata bengkak ler hari ni!!
pakai cermin mata hitam i you jemur baju tadi pagi! hebat sunggoh.... :)))


psst tunggu petang nanti ada hidangan minum petang baekk punyer!
tunggu ekk.. selamat menjamu selera kawan-kawan...

pssttt ada nama Azellea Nellysha kat atas tu.. bukan buku resipi dia tu.. buku i muahahaa.. dia memang nak jadi teacher kot??
sambung petang nanti ehhh.... :))


Dan terima kasih jugaklah sebab sudi mendengar kisah i pagi tadi hehehheeh..

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ