ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, May 29, 2012

Spaghetti Meat Balls Sempoi Jugak YouUuu.. Versi School HolidaY


Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua adik-adik, ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian... :) Cuti sekolah ni kan kan.. hah! nak ceritalah sikit ni ekk.. :))


Selagi namanya cuti sekolah.. dan selagi masih terperap kat dalam rumah ni hah! jawabnya.. dapur masih berasap! 
kuali dan periuk belanga masih belum boleh di gantung :))

Tetapi.... ada tetapinya :)) 
mood nak memasak tu aje memang dah tinggal suam-suam kuku aje  YoUUuu.. i camtu.. tak tahulah you all macam mana pulak :))


Mulalah memasak seringkas yang boleh..
nasi memang dah tak jumpa dah!

semua anak-anak tak nak makan nasi waktu tengahari.. :)
selalunya i masak pasta waktu malam... sebab tak kuasa! :))

tapi sekarang dah tukar pulak.. semua nak ringkas sebab memasing ada yang menghadap tv dari pagi santak ke petang!
ada jugak yang menghadap PC dari pagi santak ke malam!
i ler tu! muahahahaa :))


So i masakkanlah apa yang ada dan ringkas..
waktu memasak pun singkat!
dapur tak bersepah!
i like... :)

SPAGHETTI MEAT BALLS


BAHAN-BAHAN UNTUK MEAT BALLS :

100 gm daging kisar
50 gm serbuk roti
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 sudu teh British parsley *serbuk
1/2 sudu teh serbuk oregano
sedikit garam
1 biji telur

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan dan perapkan selama 10 minit.
Bulat-bulatkan seperti gambar di atas.


Panaskan minyak *sedikit sahaja* 
dan gorengkan daging sekadar keperangan, angkat dan ketepikan.

UNTUK SOS :

1 biji bawang holland *dadu
3 ulas bawang putih *dadu
3 biji tomato masak *dadu
1 sudu besar paste tomato
cracked black pepper
sedikit minyak zaitun
garam dan sedikit gula
sedikit air

Parmesan cheese untuk taburan di atasnya

Spaghetti celur dan toskan.

CARA :

Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga naik bau.
masukkan buah tomato dan paste tomato.
masukkan air dan renehkan sebentar.
Masukkan meat balls dan renehkan sehingga kuah pekat!
Angkat dan hidangkan bersama spaghetti dan taburan parmersan cheese!

TARRAA!!!

SPAGHETTI MEAT BALLS

Paling simple dan ringkas!


YummeehhHHhhh YoUuuu :)


selamat bercuti kawan-kawan... :)


Ehhh dalam malas dan nak serba ringkas tu... wahh wahhhh....


Apa tewww???

TungguUUUuu... :)

TATA!!

10 comments:

Unknown said...

amboi Sha kak Noor baru je bercadang nak buat spagheti tapi ball nya yg dah siap haha sbb malas nak buat nak cepat tapi mmg belum buat pun tut tut dah ada kat depan mata nim makan dulu lah kasi habis dulu esuk lusa tulat baru akak buat lagi hee bak sepinggan ball lebih tau!!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Noor cayangg.. buat aje kak noor janji sedap hehee... memang malas nak membikin meat ball tu... tapi mood ada rajin cikit hari ni hehhehee

MamaFaMi said...

Tetiba macam datang resa lak nak makan spagetti... tapi meatballs ready made dah out of stock. Mama ni, versi cuti ke tak cuti ke, memang versi malas je... ahaks...

Haaa... bekas panjang panjang tu, nak wat roti ke? Wah syiok ni...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam mama cayang muahh.. yer laa sha ni ikutkan malasss naa nak memasak.. tetapi dari kena drive kereta sanggup sha masak hahhaaa...

Bukan roti mama.. cayangg Kek.. heehehhh tunggUuuuu

Shellya... Kami Gembira... said...

Haloooo My LoBoLy LoLyPoP sister.. Aduhai.. x leh tahan nengok meat ball ko tuu.. Sodapnyer!! Wonta nak cikit!!

hazila said...

Rajin betul mama sorang ni. Beruntung anak anak sebab kenyang memanjang...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Shelly adikku yang comot hahahaa.. nak datang rumah yaaa... muahhh wonta momma

Shahriah Abdullah Novelis said...

K Hazila... bukan rajin tu kiranya menu dah tak kuasalah tu heheee

Kamalia said...

kak sha..dah lama tak buat spageti meatballs ni..selalu buat spageti baisa jek.. tumpang makan kat sini jela.nampak sedap sangat dah ni..

quinnie said...

adehhh sedapnya...saya suka resepi simple cam gini....:)

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ