ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 4, 2011

ASAM PEDAS IKAN MERAH BERSAMA PERIA KATAK

ASAM PEDAS IKAN MERAH BERSAMA PERIA KATAK
WAHHHH... minggu yang lalu i  share dengan you all gambar i petik kacang panjangkan.. kali ni buah peria katak! pulak dah boleh di petik! aduhaii.. segor dan bergayut-gayutan aje ko.. apa lagi snap! snip! ler dengan gunting sakti i tu... kalernya yang green aje tu.. geram aje tengok.. nak je ku picit peria katak tu ekk.. apasal nama sayur tu peria katak ekk??? yewwww... kalau sebut aje memang geli-geleman! rasanya perghh.. pahit ya hamfunnn!! tapi ingat bukankah pahit itu kaya dengan khasiatnya... terus ler dapat idea.. masak asam pedas ikan merah dengan peria katakku yang segar tu ekk... peria tu i rebus dulu.. dengan sedikit garam... pastu i... rebus jap. buang airnya.. masa dah siap masak asam pedas tu baru i susunkan peria katak tu ekk... aje memang meletop! oh! pocot! mak aku! hehee.. kengkonon melatah ler tu! mengader ko sha! i tak mengader tetapi manje huhuhu...
TENGG!!! TARRAAA!!!
ASAM PEDAS IKAN MERAH BERSAMA PERIA KATAK
ASAM PEDAS IKAN MERAH BERSAMA PERIA KATAK
ASAM PEDAS IKAN MERAH BERSAMA PERIA KATAK
 Bahan-bahannya :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 30 batang cili kering
  • 2 sudu kecil belacan bakar
  • **KISARKAN KESEMUA BAHAN-BAHAN DI ATAS
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 biji bawang merah ~ hiris
  • 1 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1 ekor ikan merah ~ potong dan cuci toskan
  • 4 biji peria katak (rebus bersama sedikit garam dan buangkan airnya selepas di rebus)
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1 sudu teh halba
  • 1 buku asam jawa ~ jadikan 5 gelas air
  • 1 helai daun limau purut
CARA MEMASAK :
  •  Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halba dan serai sehingga layu
  • masukkan bahan-bahan yang di kisar sehingga masak atau pecah minyak
  • masukkan air asam jawa dan didihkan
  • setelah mendidih masukkan ikan merah
  • sesuaikan rasa dan masak sehingga ikan merah empuk
  • susunkan peria katak di atas ikan
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAAA!!!
ASAM PEDAS IKAN MERAH BERSAMA PERIA KATAK
 memang mudah, enak dan rasanya cukup luar biasa! dari asam pedas biasa tu ek.. sebab ada peria katak! yewww.. sebut katak tu yang tak sanggup! nape ler namanya cenggitu guper ekk..
makan dengan nasi perghh dah macam makan berulam pulak tau!
selamat mencuba!!
menu tengahari 4hb Februari untuk keluarga tersayang
pulak ramai yang bertandang!
memang syiok!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG

SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
wAH! WAH! Cewah! cewah!! tu dia... tertunduk-tunduk tu memetik sayur petola i yang bergayut kat pokok tu ekk... terus ler menyayur! segor dan semestinya tiada racun serangga! seronok ko! mau taknya.. beli benih dan tukang buat batas dan tanam si neng naya my assistant tu... tetapi bahagian memetik i punya kerja! hehe.. teruja betul! pulak cuaca cantik pagi tadi terang aje matahari membakar ke bumi... wah! terus ler dapat idea... beningkan aje! simple aje masakan untuk petola dan kacang panjang yang segar tu ekk.. kuahnya pun manis aje gituh! tidak rugi berbudi kepada tanah! pasti hasilnya cukup best!
TENGG!!! TARRAA!!!
SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
Bahan-bahannya :
  • 2 batang petola muda dan segar
  • 1 biji bawang merah
  • 3 sudu besar ikan bilis
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 helai daun kunyit
  • **tumbuk hancur bawang merah, ikan bilis dan lada hitam
Cara Memasak :
  • masukkan bahan-bahan yang di tumbuk ke dalam periuk bersama 5 gelas air
  • didihkan kuah
  • masukkan sayur petola dan kacang panjang dan juga daun kunyit yang telah di siat kecil
  • sesuaikan rasa
  • setelah sayur bertukar warna angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
SAYUR BENING PETOLA DAN KACANG PANJANG
 Amacam? mudah aje kan.. jangan lupa gorengkan ikan masin dan juga sambal belacan!
aje memang menjalar aje ler selepas makan ekk..
menu tengahari tadi! ikan masin jangan lupa tau!
TATA!!
 



Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ