ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, January 31, 2011

BUN DAGING DAN KENTANG

TENGG!! TARRAA!!!

BUN DAGING DAN KENTANG
BUN DAGING DAN KENTANG
BUN DAGING DAN KENTANG

 NYUMM!! NYUMM!!
 ADUHAII.. HAII.. HAI.. musim hujan cenggini.. makan apa pun sedap yer tak??
kalau buat pengat bukannya tak laku, tapi kurang menangkap!
cewahh.. ewahh.. ewah... 
ILMU SEGALA JENIS INTI DAH DI TURUNKAN SEBELUM INI KAN...
itulah dia.. bila inti dah ada, cakap aje teringin nak makan apa! semuanya boleh buat jam tu jugak yer tak?
okay! tak mo cakap banyak petang ni.. esok kita cerita panjang lagi ekk..
rasanya resipe BUN/ROTI/DOUGHNUT PELBAGAI JENIS KOT SEPANJANG MINGGU NI..
maklum ler hujan.. perot gengs2 di rumah tu manjang lapo! lapo! lapo!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BUN DAGING DAN KENTANG
BUN DAGING DAN KENTANG
BUN DAGING DAN KENTANG
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI DAGING DAN KENTANG :
  • 1/2 kg kentang
  • 250gm daging ~ rebus terlebih dahulu dan potong kecil
  • 1 helai daun salam
BAHAN-BAHAN KISAR :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 3 batang cili kering
CARA MEMASAK INTI :
  • panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • masukkan bahan-bahan di kisar sehingga naik bau
  • masukkan kentang dan daging yang di potong kecil
  • masukkan sedikit air dan renehkan sehingga kentang empuk dan kuah kering
  • angkat dan ketepikan!
  • setelah sejuk bersedia untuk di jadikan inti PAU/ROTI/PIE/PIZZA DAN LAIN-LAIN LAGI
UNTUK DOH : 
BAHAN-BAHANNYA: 
  • 1 KG TEPUNG GANDUM + 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
  • 3 BIJI TELUR SEGAR
  • 1 GELAS SUSU SEGAR
  • 3 SUDU BESAR GULA PASIR
  • 1 SUDU GARAM
  • 1 PEKET IBU ROTI
  • 1/2 BUKU MENTEGA
  • 1 SUDU TEH SHORTENING (TAK ADA TAK MENGAPA)
CARA MENYEDIAKAN DOH:
  1. CAMPURKAN IBU ROTI KE DALAM TEPUNG
  2. CAMPURKAN GULA PASIR
  3. GAUL RATA
  4. MASUKKAN TELUR
  5. MASUKKAN SUSU SEGAR (AGAK-AGAK JANGAN TERLALU CAIR)
ULI DOH:
  1. CAMPUR ATAU GAULKAN ADUNAN
  2. MASUKKAN SUSU JIKA ADUNAN KERAS JIKA LEMBIK TABURKAN TEPUNG DAN ULI SEHINGGA ADUNAN MENJADI SEBUKU DOH SEPERTI DOH DOUGHNUT
  3. LUMURKAN DI ATAS DOH DENGAN SEDIKIT MENTEGA DAN BIARKAN DOH NAIK DUA KALI GANDA DARI SAIZ ASAL
  4. SETELAH ITU ULI LAGI DAN CEKUT ADUNAN ANGGARAN 50GM DAN LEPERKAN ISIKAN INTI KARI DAGING DAN KENTANG DI TENGAHNYA DAN BULATKAN SEPERTI SEBIJI BOLA GOLF
  5. SUSUN DI DALAM LOYANG YANG TELAH DI OLESKAN DENGAN SEDIKIT MENTEGA
  6. SAPUKAN ATAS DOH DENGAN TELUR DAN SUSU SEGAR 
  7. BIARKAN SEBENTAR SEHINGGA DOH NAIK SEDIKIT
  8. BAKAR DI DALAM OVEN SUHU 150'C SELAMA 25-30 MINIT ATAU SEHINGGA BUN BERTUKAR KEPERANGAN
  9. ANGKAT DAN HIDANGKAN!
TENGG!! TARRAA!!!

BUN KENTANG DAN DAGING
BUN KENTANG DAN DAGING
BUN KENTANG DAN DAGING
Amacam??
mudah ajekan?? tak cuba tak tahu.. try sekali mesti nak lagi!
selamat mencuba!!
TATA!!



Shahriah Abdullah Novelis

INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING

TENGG!! TARRAA!!!

INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
 
INti! inTI! buat inti macam-macam jenis simpan dalam peti sejuk!
anytime, any day! nak buat kuih apa pun senang inti dah ada!
tinggal panaskan dan boleh ler lepas tu buat PULUT CAWAN/PULUT PANGGANG/CUCUR BADAK dan lain-lain lagi!


JOM!! SALIN RESIPE!!


INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING



BAHAN UNTUK INTI :
  • **3 sudu besar udang kering ~ rendam bersama air panas dan toskan
  • **1 biji bawang merah 
  • **1 ulas bawang putih
  • **1 batang serai
  • **7 batang cili kering
  • **sedikit lengkuas
  • **1 sudu teh ketumbar
  • 2 cawan kelapa parut ~ putih 
  • garam dan gula
**bahan yang bertanda kisar halus. gaulkan kepala bersama bahan-bahan yang dikisar tadi. campurkan gula dan garam.
cara memasak inti :
CARA MEMASAK :
  • panaskan minyak sedikit di dalam kuali
  • masukkan bahan-bahan yang di campur tadi sehingga kering dan tidak garing ekk....
  • angkat dan sejukkan
  • **SEJUKKAN TERLEBIH DAHULU BARU DI MASUKKAN KE DALAM BEKAS DAN SIMPAN DI BAHAGIAN ATAS PETI SEJUK!

TENGG!! TARRAA!!!

INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING
 
mudah sahajakan.. lepas ni kita buat pulut cawan dan pulut serunding oke!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

INTI KACANG HIJAU

TENGG!!! TARRAA!!!

INTI KACANG HIJAU
INTI KACANG HIJAU
INTI KACANG HIJAU

BAHAN-BAHANNYA:
  • ½ buku gula Melaka
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 mangkuk kacang hijau yang telah direbus sehingga empuk
  • Sedikit garam
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT INTI :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau di atas api sehingga pekat
  • Angkat dan sejukkan
  • **SEJUKKAN DAHULU INTI, BARU DI MASUKKAN KE DALAM BEKAS BERTUTUP DAN SIMPAN DI BAHAGIAN ATAS PETI SEJUK!
TENGG!!! TARRAA!!!

INTI KACANG HIJAU
INTI KACANG HIJAU
INTI KACANG HIJAU
mudah aje kan.. kan... lepas ni kita buat kuih pau KACANG HIJAU OKE!!
jangan lupa buat pelbagai jenis inti jadi esok lusa senang nak membuat pelbagai jenis kuih-muih..
sekadar memberi tips..:):)
TATA!!



Shahriah Abdullah Novelis

INTI SARDIN

TENGG!!! TARRRAA!!!

INTI SARDIN
INTI SARDIN
INTI SARDIN
 Inti sardin...
resipe ni mudah aje ekk..
lepas ni kalau dah ada stok inti sardin dalam peti beku tu.. 
senang dah nak buat SARDIN ROLL/BUN/PAU/PIE/PIZZA dan macam-macam lagi lah idea yang terlintas di kepala yer tak?
di rumah ni shasha akan sentiasa stok pelbagai jenis inti, jadi bila teringin nak makan kuih-miuh pedas atau manis segala jenis inti dah tersedia ada, tinggal di panaskan sahaja di kuali!
tips untuk jimat masa dan tidak akan ada terkeluar perkataan cam ni ekk..
"ALA MALASNYA NAK BUAT INTI!'
so luangkan sehari tu untuk khusus menyediakan pelbagai jenis inti...
cayalah shasha!
cayalah kat you all jugak sebab selalu singgah di blogs kesayanganku ini..
terima kasih ekk.. ekk.. ekk..

JOM!! SALIN RESIPE!!!
INTI SARDIN
INTI SARDIN
INTI SARDIN
 
BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 tin sardin ~ buang kuahnya atau sos dan hancurkan
  • 1 biji bawang merah ~ potong dadu
  • 3 ulas bawang putih ~ potong dadu
  • 1/2 inci halia ~ potong dadu/jika suka
  • 1 batang lada merah ~ potong dadu
CARA MEMASAK:
  • panaskan kuali
  • tumiskan bahan-bahan yang telah di potong dadu sehingga layu 
  • masukkan sardin dan gaul rata
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan ketepikan!
  • **SEJUKKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM DI SIMPAN KE DALAM BEKAS BERTUTUP DAN SIMPAN DI BAHAGIAN BEKU!
TENGG!!! TARRRAA!!!

INTI SARDIN
INTI SARDIN
INTI SARDIN
 
 Selamat mencuba!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

INTI KELAPA DURIAN

TENGG!! TARRRAA!!!

INTI KELAPA DURIAN
INTI KELAPA DURIAN
INTI KELAPA DURIAN
 Baru jap tadi i share resipe INTI DAGING & KENTANG
sekarang i share dengan you all resipe inti kelapa dan durian
caranya sama sahaja macam mana nak buat inti kelapa yang biasa mak kita selalu buat tu.. cuma shasha tambahkan gula durian/jem durian dalam inti kelapa.. rasanya memang ler lebih enak jika di bandingkan dengan inti kelapa biasa tu kan..
sesuai untuk di buat inti PAU/BUN/KUIH DADAR/DAN LAIN-LAIN LAGI
jimatlah masa bila nak membuat yer tak?
cayalah sha! caya you all balik ekk..  terima kasih singgah di blogs kesayangan i ni..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!

INTI KELAPA DURIAN
INTI KELAPA DURIAN
INTI KELAPA DURIAN
BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 biji kelapa parut ~ putihnya sahaja
  • 1 buku gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu besar gula durian/jem durian
  • sedikit garam
  • sedikit air

CARA MEMASAK :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan
  • panaskan di dalam kuali dan kacau sehingga gula larut dan kelapa kering
  • sesuaikan rasa angkat dan sejukkan terlebih dahulu
  • **SEJUKKAN INTI BARU BOLEH DI SIMPAN DI DALAM BEKAS DAN SIMPAN DI TEMPAT BEKU


TENGG!! TARRRAA!!!

INTI KELAPA DURIAN
INTI KELAPA DURIAN
INTI KELAPA DURIAN
 Amacam? mudah aje kan.. kan...
'BERSUSAH-SUSAH DAHULU... BERSENANG KEMUDIAN..'
selepas ni nak buat pau kelapa pun anytime!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

INTI DAGING DAN KENTANG

TENGGG!!! TARRAAA!!!

INTI DAGING DAN KENTANG
INTI DAGING DAN KENTANG
INTI DAGING DAN KENTANG
 SIMPLE DAN SEDAP!
 Sebelum nak buat apa jua jenis roti, bun, pizza ke, pie ke...
kena buat inti dulu yer tak?
so hari ini i nak tunjuk ler bagaimana i stok inti daging dan kentang dan bermacam-macam lagi jenis inti manis dan pedas dalam esbok i tu ekk..
so bila nak membuat roti, pie atau ada tetamu datang mengejut...
dah ada.. tinggal uli doh pastu sumbat dengan inti!
cayalah sha!
hehe... you all pun jugak!
cayalah! sebab selalu singgah di wall blogs kesayangan i ni,
cayang you all jugak!
ehem!
dah tu tak reti-reti salin resipe sekarang so lain kali i share resipe bun ke roti ke..
dah boleh kita sesama membuatnya yer tak!

JOM!! SALIN RESIPE!!

INTI DAGING DAN KENTANG
INTI DAGING DAN KENTANG
INTI DAGING DAN KENTANG

 
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI DAGING DAN KENTANG :
  • 1/2 kg kentang
  • 250gm daging ~ rebus terlebih dahulu dan potong kecil
  • 1 helai daun salam
BAHAN-BAHAN KISAR :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 3 batang cili kering
CARA MEMASAK INTI :
  • panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • masukkan bahan-bahan di kisar sehingga naik bau
  • masukkan kentang dan daging yang di potong kecil
  • masukkan sedikit air dan renehkan sehingga kentang empuk dan kuah kering
  • angkat dan ketepikan!
  • setelah sejuk bersedia untuk di jadikan inti PAU/ROTI/PIE/PIZZA DAN LAIN-LAIN LAGI
  • **untuk simpan di dalam peti sejuk, pastikan inti benar-benar sejuk dan baru di masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti beku.
TENGGG!!! TARRAAA!!!

INTI DAGING DAN KENTANG
INTI DAGING DAN KENTANG
INTI DAGING DAN KENTANG

Mudah sahajakan... selamat mencuba...:):)
TATA!!!
ITU LER NAMANYA KENTANG AJAIB!

Shahriah Abdullah Novelis

SUP SAYUR IKAN MERAH

TENGG!! TARRAA!!!

SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
SLURPPPP................
 AHAH! nak beritahu ni ekk...
nama ikan tu ikan merah.. tapi jangan pulak ke pasau ko beli ikan merah yang matanya dah merah!
aje memang ler tak fresh ekk.. tak mo cenggitu tauu.
okay hari ini ramai kekanak riang kat umah i tu ekk..
nak masak asam pedas kang asyik makan berulamkan air jerk tu nanti
so hari ini i masakkan sekali sayur dan ikan merah jadikan kuah sup...
lama dah tak masak sup ikan merah bersama sayur
kekanak riang tu pun makan bertambah-tambah.. sejuk perut tukang masak hehe...
JOM!! SALIN RESIPE!!!

SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH

 BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1 peket rempah sup ikan MAK SITI
  • **BAHAN-BAHAN DI ATAS DI KISAR HALUS
1 EKOR IKAN MERAH ~ POTONG DAN CUCI BERSIH


SAYUR :
  • 7 batang kacang buncis ~ potong 3 dan belah sedikit di hujungnya
  • 2 biji buah tomato ~ belah 2
  • 1 batang karot ~ buat bentuk bunga
  • 1 batang celery ~ potong nipis
  • daun sadri untuk tabur dan sedikit bawang goreng
  • TAMBAHKAN SAYUR YANG ANDA SUKE
CARA MEMASAK :
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus sehingga naik bau atau garing sedikit
  • masukkan air dan didihkan
  • setelah mendidih masukkan semua sayur-sayuran
  • masukkan ikan merah dan renehkan dengan api perlahan
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng!
TENGG!! TARRAA!!!

SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
 
 AMACAM?
mudah aje kan.. kan..
rempah sup MAK SITI tu i beli di 'NASUHA HERBS PARADISE' 
melancong ke pusat 'HERBA'
rempahnya bermacam-macam jenis ada!
nak tahu di mana 'NASUHA HERBS PARADISE BERADA... sila jengah di blogs cuti-cuti i ekk..
GAMBAR DI BAWAH TU MENU TENGAHARI I HARI INI...:):)

TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

TERUNG BERLADA IKAN BILIS

TENGG!! TARRAAA!!!

TERUNG BERLADA IKAN BILIS
TERUNG BERLADA IKAN BILIS
TERUNG BERLADA IKAN BILIS
 Terung! oh! Terung!
tak ramai gengs di rumah ni yang makan terung...
so masak ler terung berlada dengan ikan bilis, menu dan resipe yang paling simple sekali
tetapi.. jangan pandang sebelah mata aje tauu...
masak nasi tu lembik sikit... makan berlaukkan terung berlada!
dah malas nak citer hehe...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!

TERUNG BERLADA IKAN BILIS
TERUNG BERLADA IKAN BILIS
TERUNG BERLADA IKAN BILIS
 BAHAN-BAHANNYA:
  • *1 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *sedikit lengkuas
  • *4 batang lada merah
  • **TUMBUK KASAR BAHAN-BAHAN *BERTANDA
  • 4 biji terung belah 2 ~ goreng terlebih dahulu dan ketepikan
  • 4 sudu besar ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan
CARA MEMASAK :
  • panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk kasar sehingga naik bau
  • masukkan ikan bilis dan goreng sehingga garing sedikit
  • masukkan terung, gaul rata sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!! TARRAAA!!!

TERUNG BERLADA IKAN BILIS
TERUNG BERLADA IKAN BILIS
TERUNG BERLADA IKAN BILIS
 
 amacam?
mudah aje tu kan.. dulu i tak suke terung tetapi kini tidak lagi heheee...
selamat mencuba
di bawah tu menu tengahari ini..:):)
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

MARI MAIN PONDOK-PONDOK BERSAMA MOMMA, IBU, MUMMY DAN KAKAK KARIPAP TELUR GERGASI

MARI MAIN PONDOK-PONDOK BERSAMA
MOMMA, IBU, MUMMY & KAKAK PART II 
MEMBUAT KARIPAP TELUR GERGASI 
 
APA-APA HAL KITA SALIN DULU RESIPE..
RESIPE INI BARU AJE i buat aritu ekk..
kiranya recall order ler ekk...
sebab tukang main pepondok tu sebelum ni kempunan cuma dapat tengok di Blogs sahaja.. so kali ini Ibu, mummy dan kakak Amalina (anak sulong ibu) turun ke padang!
dah macam padang Fun Fair!
perghh... TEMBAM DAN KEMBANG KARIPAP GERGASI DI KIJEKAN IBU, MUMMY DAN KAKAK EKK...
JOM!! SALIN RESIPE SEKALI LAGI!!
BAHAN-BAHANNYA:
untuk kulit:
  • 500gm tepung gandum + sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit air
 CARA MEMBUAT KULIT PASTRI :
  • cairkan minyak sapi dan mentega di dalam kuali
  • tuangkan ke dalam tepung dan gaul rata
  • campurkan dengan sedikit air
  • sekadar di jadikan sebuku doh dan jangan di uli!
  • torakkan nipis-nipis


BAHAN UNTUK MEMBUAT INTI :
  • 6 biji telur
  • 5 biji telur ~ di kocok
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 2 ulas bawang putih ~ hiris
  • 2 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
  • garam 
  • CAMPURKAN BAHAN-BAHAN DI HIRIS, BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN LADA HITAM KE DALAM TELUR YANG DI KOCOK
CARA MEMBUAT KARIPAP :
  • TORAKKAN DOH SEHINGGA NIPIS, MENYAMAI BESAR PINGGAN LAUK
  • TUANGKAN SESENDUK TELUR YANG DI KOCOK BERSAMA BAHAN-BAHAN TADI
  • PECAHKAN SEBIJI TELUR
  • KEMUDIAN LIPAT DUA DAN TEKAN DENGAN GARFU 
  • RUJUK GAMBAR DI BAWAH

 CARA MENGGORENG :
 panaskan minyak banyak. masukkan sekeping karipap, api sederhana sahaja jangan terlalu kecil nanti serap minyak. goreng sehingga keperangan, balik-balikkan dan angkat, toskan.
 PERGHH... macam nak rak!
riuh rendah di dapur i yang sempit tu oke!
tengok aje ler gambar-gambar yang i snap tu perghh..
macam-macam gaya aje!
DAN...............
HASILNYA.........
THUMBS UP!!!
MENJADI KO!
WALAUPUN.....
HUISH! PATUTLAH GAJI PENGARAH BESOR EKK..
HMM.... dah tak larat nak mengadu ni..
itu lah hasilnya KARIPAP GERGASI TELUR
 'Main Pepondok Reramai' memang menyeronokkan!
selain ilmu yang baik di manfaatkan bersama...
hubungan kekeluargaan pun erat dan terjalin indah..
kenangan yang tak mungkin dapat ku lupakan...
SHARING IS CARING..:):)
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

MARI MAIN PONDOK-PONDOK BERSAMA MOMMA, IBU DAN MUMMY KEK CHOCOLATE CHIPS

MARI MAIN PONDOK-PONDOK
BERSAMA MOMMA, IBU DAN MUMMY
KEK CHOCOLATE CHIPS 
"DALAM HATI ADA TAMAN"
Adehaii.. ni ler... pertama kali mengajo 2 orang ibu tersohor yang seumur hidupnya bila di tanya...
"Suka makan chocolate cake tak?"
"SUKE!! SUKE!! SUKE!!"
wah! tu gambor yang menjawab mengalahkan upin dan si ipin ekk..
 perghh... bergambor bukan main lagi ekk..
masa nak mengajor membuat kek chocolate chips tu adehh... dehhh.. dehhh..
walau macam mana pun minum petang bersama biras dan my sista Shelly cukup menyeronokkan!!
kisah benar di sebalik main pondok-pondok bersama...
Momma ( i ler..) Ibu (Rodha my beloved biras) dan...
Mummy (Shelly my beloved sista)
Mereka berdua yang membikin dan i yang mengarah sambil snap gambar ekk.. jom! kita saksikan.. errrkk.. sebelum tu....
JOM!!! SALIN RESIPE!!!

CHOCOLATE CHIPS CAKE
CHOCOLATE CHIPS CAKE
CHOCOLATE CHIPS CAKE
 BAHAN-BAHANNYA :
  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula castor
  • 100 gm gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 150ml susu segar
  • 300gm tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bicarbonat (ayak bersama)
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu teh ovellete
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 150gm chocolate chips
UNTUK TOPING CHOCOLATE :
  • 1 sudu besar koko
  • 50ml susu segar
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil mentega
  • 1 buku dark coklat
  • campurkan kesemua bahan-bahan kaedah double boiler
CARA MEMBUAT KEK :
  • putarkan mentega + gula kastor + gula perang sehingga kembang
  • masukkan telur satu persatu sehingga sebati + ovellete
  • masukkan esen vanilla dan susu segar putar sehingga sebati
  • masukkan serbuk koko dan chocolate chips
  • masukkan tepung dan kaup balikkan
  • masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah di alas dengan kertas minyak dan di oles dengan sedikit mentega
  • masukkan ke dalam oven dengan suhu 200'c sehingga 40-45 minit
  • ***KALAU ADA YANG TERTINGGAL SILA BERITAHU YA.. TQ..:):)
 
setelah kek masak... sejukkan terlebih dahulu
hah! dah mula ler ekk.. 
momma, ibu dan mummy nak main pepondok!
jom! tengok cemana ibu dan mummy buat toping atas kek dan hias kek chocolate chips tu ekk..
wah! terornya ibu dan mummy tu sha..
TERROR???
hehe.. okay lulus!
wahhhh......
pstt.. nampak aje macam main pepondok tu best ekk..
perghh.. sama naik hebatnya kekanak tadika membuat kek di nursery oke!
riuh rendah ko..
 wah... pernah tengok orang toping kek sampai dua orang??
tak pernahkan..
yer di rumah i ni first time belaku oke.. bersilang-silang tangan ko!
 perghh.... dah siap di topingnya kek yang secomey idak tu..
boleh pulak di calitnya!
bukan sekali dua oke!
berkali-kali!
cettt!!
ibu.. ibu... mummy.. mummy.. ish.. ish..
(sambil geleng kepala...)
 MASA UNTUK MENGHIAS KEK!!!!
ADEHHH..... dehh... dehhh...
ni satu kes lagi ni ekk...
suke dan teruja ko bila ku berikan perabah memanik segala macam jenis tu..
i cuma cakap cam ni jerk..
buat ler konsep apa yang ibu dan mummy nak buat ekk..
wah!
maklum ler kedua-duanya dah terlebih makan garam..
tajuk kek tu kata Mummy...
"DALAM HATI ADA TAMAN!"
hah! ko SEMAN! (SEMAN My cousin oke)
aje memang tau..
Momma dah seram jerk.. kalau dah bunyi tajuknya taman.. aje memang ler..
korang tengok aje ler ekk...
 apa kes?????
tabur manik sampai bersilang tangan????
adehhhh.... dehhh... dehhh....
buat malu cekgu aje tau!
pstt sebab tajuk bebas yer kan aje ler...
adenggg!! dengg!!! denggg!!

TENGG!!!! TARRARRRA!!!!
"CHOCOLATE CHIPS CAKE DALAM HATI ADA TAMAN!"
pstt.. cuma tenung betul-betul manik hiasan atas kek tu...
apa perkataan yang tertulis...
tenung bebetul ekk..
tu dia... tertera perkataan "CINTA"
mana perkataan "DALAM HATI ADA... TAMAN??? nape tak namPAK tulisan yang lain tu ekk??
yer ler.. kengkonon serpih yang berselirat cam entah hape-hape tu..
maksudnya 'DALAM HATI ADA TAMAN"
tak boleh nak mengeje semua huruf!
kalau dah macam belukar di kijekannya!
hehe...
 hah! pastu berposing sakan!
di usungnya kek tu kesana kemari!
aje pening siapa yang makan kek tu ekk..
perghh.. kelaku ibu dan mummy tu aje mengalahkan kekanak riang!
cett!

 yang ni malas nak komen!
entah apa rese... main pakai suap-suap pulak!
 anggornya dah pening kot?
hehe.. makan kek yang di buat siap bersilang tangan!
usung ke sana kemari bergambor 
yek eleeee...
 apa pun Ibu, MUmmy memang students yang terbaik!
nanti kita memain pepondok lagi ekk..
pstt.. nanti you all try ler buat cenggitu ekk..
pstt.. buh tajuk tu jangan panjang... kontotz aje tau...
TATA!!



Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ