ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, January 31, 2011

SUP SAYUR IKAN MERAH

TENGG!! TARRAA!!!

SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
SLURPPPP................
 AHAH! nak beritahu ni ekk...
nama ikan tu ikan merah.. tapi jangan pulak ke pasau ko beli ikan merah yang matanya dah merah!
aje memang ler tak fresh ekk.. tak mo cenggitu tauu.
okay hari ini ramai kekanak riang kat umah i tu ekk..
nak masak asam pedas kang asyik makan berulamkan air jerk tu nanti
so hari ini i masakkan sekali sayur dan ikan merah jadikan kuah sup...
lama dah tak masak sup ikan merah bersama sayur
kekanak riang tu pun makan bertambah-tambah.. sejuk perut tukang masak hehe...
JOM!! SALIN RESIPE!!!

SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH

 BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1 peket rempah sup ikan MAK SITI
  • **BAHAN-BAHAN DI ATAS DI KISAR HALUS
1 EKOR IKAN MERAH ~ POTONG DAN CUCI BERSIH


SAYUR :
  • 7 batang kacang buncis ~ potong 3 dan belah sedikit di hujungnya
  • 2 biji buah tomato ~ belah 2
  • 1 batang karot ~ buat bentuk bunga
  • 1 batang celery ~ potong nipis
  • daun sadri untuk tabur dan sedikit bawang goreng
  • TAMBAHKAN SAYUR YANG ANDA SUKE
CARA MEMASAK :
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus sehingga naik bau atau garing sedikit
  • masukkan air dan didihkan
  • setelah mendidih masukkan semua sayur-sayuran
  • masukkan ikan merah dan renehkan dengan api perlahan
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng!
TENGG!! TARRAA!!!

SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
SUP SAYUR IKAN MERAH
 
 AMACAM?
mudah aje kan.. kan..
rempah sup MAK SITI tu i beli di 'NASUHA HERBS PARADISE' 
melancong ke pusat 'HERBA'
rempahnya bermacam-macam jenis ada!
nak tahu di mana 'NASUHA HERBS PARADISE BERADA... sila jengah di blogs cuti-cuti i ekk..
GAMBAR DI BAWAH TU MENU TENGAHARI I HARI INI...:):)

TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ