ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, April 18, 2012

Kuih Siput Cumil Untuk Cemilan Samsiah Abdullah


Assalammualaikum.. dan salam sejahtera buat semUuuaaaaAAAaa.... teman-teman blogger lama dan baru.. Tq so soOOooOOOooOOooooOOOoo.... much kerana sudi add i dan singgah di blogs i yang biasa-biasa sahaja.. tetapi kerana you all lah kengkawan yang ku sayangi... maka dengan itu.. hati ini terpanggil untuk berkongsi satu lagi resipe tok noyang kita dulu kala tetapi telah ku ubah suaikan mengikut kehendak tekak dan keinginanku ini. Setelah beberapa kali membeli kuih siput di kedai.. rupa nampak cantik tetapi bila ku kunyah... mak aii pak aii... nak kena rendam dalam air teh o panas baru kembang dan barulah baru boleh di telan! tu pun lama nak kena menunggu muahahaa... hepp! kang ada yang cakap i pakai gigi pelsu.. hahhaaa.... ada lagi ni... *walaupun dah kurang hahaha*


Okay tajuk resipe kali ini ada kaitannya dengan seorang manusia yang bernama Samsiah Abdullah... so dia ni memang suka benor dengan kuih siput! kalau di hulurkan pizza 3 kotak, sanggup tak di jelingnya pon *jika ada kuih siput cumil tu ler kan kan.. kalau tak ada pizza tu di sesahnya dengan jayanya! * okay nak kenal siapa Samsiah Abdullah tu klik sini >> SAMSIAH ABDULLAH si Fanatik siput cumil <<< dan terima kasih kerana sudi tanda 'LIKE' macehhh.... :))


Samsiah Abdullah hehhee.. ini nama dan gelaran baru yang i dapat malam tadi.. siapa yang terlepas N3 tu sila klik sini >> SEJARAH SAMSIAH ABDULLAH sampai laa ni bila i sebut aje nama Samsiah Abdullah sure gelak sakan.. tapi dalam hati aje ekk.. kang laki i cakap i gile pulak... 

So petang tadi tu adalah masa sikit... tengah nak cari idealah kan.. bila dah kering idea nak mengarang tu, mulalah cari kerja sikit.. so membancuh ler kuih siput cumil Samsiah Abdullah tuu.. pastukan masa mengentel siput cumil tu hero i yang no 2 tu menanya ler sesuatu.. masa tu tengah syiok menggentel tau.. tengah feeling dan masa tu dah nekad nama heroin dalam manuskrip baru i tu akan ku bubuh nama Samsiah Abdullah walaupun dah tiba bab 5 pun sekarang ni.... so kenalah edit balik nanti tu...

Tengah syiok-syiok mengentel tu.... telinga ni kedengor tapi macam tak dengor.. apa yang my hero no 2 tu cakap.. yang telinge i dengor macam ni...

"Momma.. nampak tak pengilap kasut? KIWI??" <<< i dengor hero no 2 tu tanya mana buah kiwi???

i pun menyahut ler ekk.. dengan tangan masih sibuk menggentel kuih siput cumil Samsiah Abdullah << bila ku taip aje nama ni aje memang gelak aje tau...

"Kiwi dalam esbok laa.. mana lagi." << wahh suara agak serius jugak tu.. sebab i tengah dok mikir idea apa yang nak kutulis dalam manuskrip tu nantikan... hahaa

"KIWI KASUT MOMMA LETAK DALAM ESBOK??"<<< muka hero no 2 i dah tercengang-cengang tercegat depan i yang masih asyik giteeww menggentel hahahaha....

"Ye laa... nanti tak fresh!" >>> anak i pun bukalah esbok...

"Tak ada pon!" <<< masa ni i gentel doh kuih siput cumil tu dah besar ibu jari kaki dah tawww... << jangan memain ekk..

"Ni apa...sayanGGGGGG" << sambil i keluarkan pek buah kiwi yang hampir tamat tempoh muahahaa....yang GGGG.. tu sebenarnya Grrrrrraammm nooooo....

"Ni Aemir tahulah buah kiwi.. Aemir nak KIWI KASUT lah Maaa.."

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
dengan tangan berminyak segala... jam tu jugak ku tepuk dahi!!! hadehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
:
:
:
:
:
sekian terima kasih... semuanya gara-gara tengah nak cari idea.. segalanya tentang Samsiah Abdullah... hadoiii....

:
:
Kuih Siput Cumil Untuk Cemilan Samsiah Abdullah

Bahan yang di perlukan ialah :

300 gm tepung gandum
200 ml air
1 sudu besar ketumbar *sangai } kisar 
1/2 sudu teh jintan kasar *sangai  }kisar
100 gm mentega cair
sedikit garam
1 sudu teh serbuk ikan bilis *knoor
4 tangkai daun kari

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga menjadi sebuku doh *jangan di uli sekadar jadi sebuku sudahh...


Tu dia doh sebelum dia jadi cumil... heheeh


kalau balang ada reben... alat kuih siput i tu pun ada reben ekk...
reben bunga telor sape tah! ku cabut buh kat situ.... hehhehe


Pastu gentelkan bulat kecik-kecik naa..


pastu gelek ler atas tu....


jadilah macam tuu.... siput cumil..


Jangan tenong lelama yang siput besar ibu jari kaki tu dah ku mansuhkan muahahhaa... <<eksesais rahang :))


Gorenglah sehingga garing dan bukan kehitaman yerk...sebelum nak angkat tu.. baru masukkan daun kari... hah... pastu angkat 


Angkat dan toskan terlebih dahulu...

TARRAAAA!!!

Kuih Siput Cumil Untuk Cemilan Samsiah Abdullah


Bahawa sa nya... kuih siput cumil ini akan ku masukkan dalam cerita yang sedang ku karang sekarang ini....


dapat jugak 3 balang kecik...


lemak, ranggup tak keras macam batu...


dan tak perlu di rendam terlebih dahulu dalam teh O..... *___@


terima kasih buat semua... kerana sudi mendengar cerita dan idea yang bakal ku garapkan di dalam manuskrip tu nanti.... muahhh


Jumpa lagi nanti...... selamat malam Assalammualaikum.... semua...:)))

*kisah bersambung.... selagi tak habis manuskrip i tu ekk..:))

TATA!!

Nasi Briyani@Siam & Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung dan semua teman-teman blogger yang baru dan yang lama... wahhh apa-apa hal meh! i terangkan dulu apa ke pasal boleh dapat nama resipe Nasi Briyani@Siam & Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan...

Yer, begini ceritanya ekk... hadoii ni macam dah tak ada kerja ekk... dok bercerita kat dalam blogs.. tu manuskrip yang dari haritu dok ler bab 3 tak bergerak-gerak lagi hehee.. Okay sambung cerita.. gini... tang Nasi Briyani@Siam tu sebenarnya.. beras yang i gunakan tu ialah beras briyani yang hanya tinggal satu pot dan telah kucampurkan dengan beras siam! tu pasal ler dapat nama tu ekk... dan tang Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan tu hah! yang ni panjang kisahnya... 


Al-Kisahnya... semalam kan.. dalam pukul 1 pagi... lebih kuranglah... i pun dok ler menjengah blogs cuti-cuti i yang tak seberapa tu kan.... masa jengah tu.. ehh... ada blogger yang add i... so i pun add lah insan yang bertuah tu kan kan... masa tu i pun bukaklah blog insan bertuah tu..... tengah baca-baca blog dia tu kan.. tetiba baru i teringat... i pernah makan di sebuah Restoran Masakan Iran... KLIK SINI >>> PERSIA RESTORAN MASAKAN IRAN  dan masa tu.. insan bertuah tu pun telah ke Restoran yang pernah i pergi tu ler... pastukan.. masa bahagian akhir tu.. insan bertuah tu pun promote ler blogs insan yang telah berkongsi di Google tentang  restoran tu sehingga dia ke situ. I pun baca.... macam ni dia tulis ekk....

 "PS: google tentang kedai Arab nie, terjumpa blog Kak Samsiah Abdullah, terbaiklah entry beliau.. jom baca, KLIK SINI"  <<<<  So masa tu kan... kan..dalam hati i cakap ni... ohh dia bukan ambil dari N3 i.. sebab nama yang dia sebut tu... SAMSIAH ABDULLAH...

So i pun klik laa.. kat nama Kak ke adik ke.. yang bernama Samsiah Abdullah.. <<< nak jugak tahu apa ke rupanya muahahaa...

Pastu ngko! hakok macam nak pengsan! rupanya yang ku klik blog SAMSIAH ABDULLAH tu adalah i okeh! muahahahhahahahahhahaha... hadoiiii masa tu dok gelak sesorang psttt masa tu dah dekat pukul 2 pagi.... pastu dengan tangan terketar-ketar sebab keras perot ketawa bagaikan... pastu i balas macam ni kat komen dia... eshh... kalau nak tahu klik sini ekk >>> KOMEN DARI KAK SAMSIAH ABDULLAH AHAKS!


lepas tinggalkan komen tu i pun masuk ler tido.. dan sambil nak menanti mata tu pejam dok senyum sesorang... Samsiah Abdullah... sedap jugak nama tu muahahaaa... hadoi... rupanya kisah tidak berakhir di situ.. bangun pagi-pagi aje kan... i bukak ler FB nak cek manalah tahu dapat cek bernilai 2 juta ke! muahaa... ehh.. sambil gosok mata.. wah! rupanya insan bertuah yang panggil i Samsiah Abdullah tu... pepagi hari dah update blogs dia ko! hadoii.. i pun apalagi berdesup jam tu gak! jengah blogs dia.... Nak tahu apakah yang di tulis oleh insan bertuah tu.. silalah JENGAH SEKARANG JUGAK! >>> SAMSIAH ABDULLAH DATANG CITARASA RINDUAN!!! << tengok dan bacalah sendiri ekk.. 

Wahai adikku insan bertuah tuan tanah yang empunya Blog CITARASA RINDUAN... Kak Sha nak ucapkan jutaan terima kasih yaa dik... akak tak sangka Adik yang bernama Siti Rahayu begitu baik hati telah berkongsi secara Gempar dan menyeluruh dan tersangatlah detailednya tentang kesemua blogs akak yang bersusun tu yang kekadang berupdate dan kekadang sengaja ku biorkan tanpa berupdate hehee... apa pun Terima kasih Siti Rahayu yang memang cukup Ayu..:))) dan demi membalas segala kisah gempar SAMSIAH ABDULLAH tu... akak dengan ikhlas hati mereka satu lagi resipe baru di dapur akak.. dengan tanpa alasan yang kukuh sanggup ku redah secara rempit.. walaupun beras Basmathi ku hanya tinggal se pot! terimalah.... << wahh macam tuju lagu laa....

Nasi Briyani@Siam 
& Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan

Untuk Nasi Briyani@Siam


2 pot beras siam + 1 pot beras Briyani@Basmathi
air secukupnya *bergantung beras apa yang di gunakan
300 ml tairu ~ susu segar+1 biji perahan jus lemon *biarkan berketul maka jadilah tairu
2 sudu besar serbuk briyani
4 tangkai daun pudina
badam & bawang goreng untuk hiasan
1 sudu besar safron/ pewarna kuning
2 sudu besar air mawar

BAHAN TUMIS :

2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar canola oil
2 ulas bawang putih *hiris
2 biji bawang merah *hiris
2 cm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
8 tangkai cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN KISAR :

2 cm halia
5 ulas bawang putih

CARA :

Mula-mula sekali tumiskan *BAHAN TUMIS sehingga naik bau*
Masukkan pula *BAHAN KISAR sehigga naik bau*
Setelah di kacau masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan air dan sesuaikan rasa.
Setelah mendidih masukkan tairu, air mawar, kacau dan tutup periuk sehingga nasi agak kering, baru taburkan daun pudina.
Setelah masak, dengan menggunakan batang senduk kayu buat lubang secara rawak di dalam nasi dan tuangkan safron/pewarna kuning. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi tanak.
Angkat dan hidangkan bersama taburan bawang goreng, daun pudina dan badam!

TARRAA!!!

Nasi Briyani@Siam Citarasa Rinduan


Tu dia.... Nasi Briyani@Siam = Beras Basmathi + Beras Siam... kerana ko tau dik CITARASA RINDUAN...





dan di lawankan pula dengan....

Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ayam *cuci bersih dan lumurkan dengan sedikit garam kemudian goreng sehingga kulit keperangan bukan garing, angkat dan toskan.

4 sudu besar madu lebah
gula & garam
minyak
100 ml susu segar
daun sadri dan daun pudina

BAHAN KISAR :

25 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji buah keras

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* renehkan dengan api sederhana dan sentiasa di kacau dan masak sehingga garing dan bukan hangit yaa.. 
Masukkan ayam, susu segar, madu dan gaul rata, sesuaikan rasa.
Masukkan daun pudina dan daun sadri dan renehkan sehingga kuah pekat.
Angkat dan hidangakan!!

TARRAA!!!

Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan


Lemak manis madu dan ayam...
 wahhh...... <<< sambil mata terpejam nih!


Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan


Simple and Yummy.... :))


Jangan lupa lawankan dengan acar limau.. i buat sendiri... dah bertahun dah.. memang sentiasa i stok sebab inilah yang terbaik di lawankan dengan apa jua nasi bertumis... kan kan..



Kepada adik Siti Rahayu.. terima kasih dik.. moga ALLAH SWT berkati dan permudahkan apa jua yang kamu lakukan.. Amin.. begitu juga dengan sahabat-sahabat blogger ku yang lain tu... Insyallah jika ada masa dan kelapangan.. nak jugak ku mention tiap-tiap dan semua  nama.. perlahana-lahan yaa... Insyallah...

Sekian itu sahaja.. masakan dari dapur SAMSIAH ABDULLAH... adoii... kalau di ingat dan di sebut2 nama ni asyik gelak aje ni hehee... terima kasih semua...:)) psstt jangan lupa jengah dan join blogs CITARASA RINDUAN tu yaa..:)))

**Psstt... maaf jika ada resipe yang tertinggal masa nak taip tu... kalau perasan sila beritahu yaa.. macehhh**

TATA!!

Peach Poached Jelly Keranamu Diana


Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua pengunjung blogs ku yang tidak seberapa ini ekkk... maka dengan ini.. yak ini tengah malam begini yak itu tepat jam 11:55 malam waktu Malaysia... Telah ku kerah diri ini untuk segera mengambil gambar Jelly yang tak seberapa tu.... dengan berpandukan cahaya lampu yang ala-ala begitu romantis giteww.. maka dengan itu.. gambar wahhh.. kelihatan sungguh romantis di celah-celah bunga yang terjuntai itu...... *tepukan gemuruh please...* macehhh.. hehehe...


Al-kisahnya begini.. lepas i masukkan N3 cik ketam bunga i bergoreng tu kan... so masa untuk membaca komen dalam in box i tu ler... tetiba ada komen dari Kak Asma dia tulis... Akak ke sini sebab Diana tunjuk jalan... i pun klik laaa... nama Diana..

Yer laa sekarang ni lah i baru tahu nak singgah dan tinggalkan jejak.. dulu mana tahu... yang ku tahu masukkan N3 pastu bertonyeh sesorang dalam blogs.. bukan ku kesah ada orang singgah ke baca ke haper yang ku masak! muahahaa.. sebab tujuannya hanya nak berkongsi resipe... so sekarang barulah tahu nak mengumpul kengkawan blogger! sumpah! dulu tak tahu tau.. alif lam lam Haa <<< ayat power zaman kekanak dulu! muahahaahaaa << eksesais rahang dan mulot tu oke...

Kisahnya... Cik Adik Diana yang paras rupanya Ayu lagi jelita.. bab masukkan gambor yang memang cantik bebenor tu perghhh.. kisahnya telah mencuba resipe i yang tak seberapa tu ekk.. berserta pujian lagi.. jam tu jugak i terus tak pakai cermin mata << agar nampak lebih anggun kononnye hehee... aduhai... masa tu jantung berhenti kejap! nak tahu kenapa??? hah! sila singgah blogs yang cukup cantik dan power dan super loba loba! ko ada??? muahaha.... i pun tak ada secantik gambor cenggitu guper.... nak tahu masakan apa yang Cik Adik Diana tu cuba silalah singgah ke sini... sekarang jugak! >>> CIK ADIK DIANA YANG AYU DAN JELITA... hah! betul tak??? kan kan... i dah cakap dahhh.... pssttt sudah berpunya tu yaa.. muahahaa... i pon hehhee.. <<< tetiba saham i turun 1 % muahahahaha << still eksesais mulot!


So... bila singgah aje blogs Diana yang ayu tu kan kan... i pun dok ler termenung... lamalah jugak termenung tu.. nak tahu apa yang ku menungkan tu.... bukan pasal bil api dan air taw... tapi memikirkan... baru je tadi lap dan bersihkan dapur... nak memasak sesuatu khas buat Diana yang ayu tu rasa macam menyesal pulak tadi dah kulapkan dapur tu naik sampai berkilat eshhh.. pendek kata dah boleh dijadikan cermin dah yang oii... hahahaa... so tanpa banyak kisah... turun ler semula ke dapur.. padahal baru aje jap terima sms dari editor.... "Kak Sha email kat Tie cepat sikit yaa.." masa tu nak turun ke dapur tu i balas macam ni... "Okay, Tie bagi akak masa... akak ada kat luar ni.." <<< Tie kalau Tie terbaca ni hakak mintak ampon sangat.. akak tahu kerja lebih penting.. tapi kerana Diana akak sanggup kehilangan pekerjaan hakak! <<< Diana yang ayu ko tengok... betapa Kak Sha menghargai dirimu dik.... heheheehee... eshhhh... Diana Kak Sha memain aje tau.. tapi betul akak buat Jelly ni pasal Diana ekk...:))) *tepuk tu jangan lama sangat hehehe*

Peach Poached Jelly Keranamu Diana

Resipe ni simple aje.. sama macam you all selalu bikin tu dengan menggunakan bahan asas.. cuma i ubah suaikan sikit... i suka Agar-agar@Jelly yang lembut ala-ala wigle bila di goyang.. phewwiit.... nampak aje simple ni ada cerita di sebalik kejadian ni jugak ekk...cuba tengok gambar di bawah tu... 


Ingat lagi tak hari tu i ada bikin Poached Pears??? hah! ni kejadian yang tak pernah ku buat! hehhehe.... Ada ke my Pak Habibi tu... dia dok bercerita kat satu opis dia.. yang kengkonon bini dia yang kurang sangat kerja ni kan kan... telah membikin dia naik 1gram dek kerana tu lahh Poach Pear tu... hadoiiiii... dah lah riuh rendah satu opis Pak Habibi ekk.... sudahhhh.... lepas tu balik aje rumah Pak Habibi menjenjet 2 bungkus buah pear! berserta sekotak eskrem dan jugak Coklat Sauce Hershey! ingatkan belikan untuk i... kisahnya... pakat reramai beli dan suruh i buatkan Poached pear tu hokeehhhhhhhhhhhh..... pengsan celah tong gas jam tu jugak! peh! jadi buah pear yang berendam kat atas tu laa... yang ku bikinkan untuk kengkawan opis Pak Habibi.... dan baki jus poached pear tu.. telah ku bikinkan jelly... keranamu Diana hehehe... <<< kisah bersambung... udah ler tu... itu sahaja cerita dan kisah benar untuk tengah malam ini.... meh ler kita memasak yerk.... sekian terima kasih...:))) Cop! Untuk resipe>> POACHED PEARS << KLIK

Peach Poached Jelly Keranamu Diana


okay i guna 1 tin buah peach 
sila ambil jusnya i dapat 300 ml ketepikan.
Buah peach tu sila potong...


Potong macam tu dan susunlah dalam acuan agar-agar...


setengah peket agar-agar kering campurkan bersama jus peach 300ml + 500 air biasa + 1 cawan gula pasir
masak sehingga gula dan agar-agar larut
setelah itu tapiskan...


1/2 peket agar-agar kering yang baki tu campurkan bersama 800 ml jus poached pear... atau kalau tak ada gunakanlah jus apa pun yaa... 
masak sehingga agar-agar larut
setelah itu tapiskan...


Bila dah tapis semua agar-agar tadi tu... bolehlah tuang di dalam acuan... i tuang yang perisa peach dulu.. lepas tu masukkan sebentar dalam freezer anggaran separa set... 
keluarkan dan tuangkan pula dengan agar-agar berperisa jus poached pear tu yaa.. dan lakukan sehingga selesai.. baki buah peach tu bolehlah selang selikan... *ikut kreativiti anda ler yerk....



dan lepas tu bolehlah masukkan dalam freezer sehingga benar-benar set dan lepas tu dah boleh di tangkap gambarnya... ala.. ala celah taman bunga giteeww.....

TARRRAA!!!!

Peach Poached Jelly Keranamu Diana


yer giteewww.....


dan giteewww.. kerja tengah malam ni ekk.. gambor tak terang sangat... <<alasan takot sok pagi bangun dah tinggal suku! huhuu.....





Dan di atas tu ler rupa taman bunga yang terjuntai-juntai giteeww.. tak kuasa nak mencari props.. ku letakkan sepasu celah jelly tu hahahaha.. semuanya kerana ingin mengucapkan terima kasih buat Diana dan semua blogger masakan dan tak kiralah blogger tak masak pun.. TERIMA KASIH KERANA SUDI...SINGGAH DAN MENCUBA RESIPE I YANG ALA-ALA AJE KAN KAN.. aww... maceehh semua.... muahhh...:))


Selamat Malam dan Assalammualaikum...:))

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ