ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, March 14, 2011

SUPPER SPECIAL ~ OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE


OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE

Muahahaa... wah.. wahh.. cewahh.. ewahh.. kelihatan dan kedengaran seperti diet giteww kan... jangan mudah terpedaya dek kerana nama... makan pun dah malam kala.. maka namanya bukan ler berdiet tetepi mengunyah tanpa henti heee.. tu dia mukadimah di malam hari ini ekk.. maklum ler musim cuti sekolah macam ni.. gengs di rumah ni manjang nak mengunyah aje ekk.. hujan pulak tu.. perut minta di belai.. semua takde selera nak makan nasi... so i buatkan aje roti sesimple idak ekk... namun rasanya... aduhhh.. duhh.. duhhh.. duhh... kalau makan di Starbuck dah RM berapa dah ekk.. buat aje sendiri... selepas makan belengkauuuUUuu....:):):)

Jom!!! Salin resipe!!!
OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE


Bahan-bahan yang di perlukan :

  • Beberapa keping roti oat meal ( i beli di bread talk~rotinya sedap dan enak)
  • buah tomato ~ hiris (jangan terlalu nipis)
  • butter salad (ada di pasaraya, rasanya lebih enak dan lemak jika di bandingkan dengan salad biasa)
  • telur ayam + cheddar cheese + serbuk lada hitam (kasar) ~ bancuhkan telur + cheddar cheese + lada hitam dan lengserkan sedikit mentega dan buat seperti telur dadar. Lipat telur menjadi segi empat sama.
  • sos cili/sos tomato
  • sos thausand island / mayonise ~ ikut suka

Cara menyediakan :

Ambil sekeping roti dan Lapiskan butter salad, tomato dan telur dadar, sos cili / sos tomato dan sos thausand island / mayonise tangkupkan dengan roti sekeping lagi. 
SEDIA UNTUK DI KUNYAH!!

TENGG!! TARRAA!!!
OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE
Di bakar pun sedap, makan begitu sahaja pun sedap!
Khasiat roti Oat Meals tu jangan ler kita pertikatkan lagi yer tak....
Tiba bab telur dan cheese dan segala macam sos tu.... ahah! berat naik ke turun tu???? udah ler yang penting... sebelum makan baca Bismillah dan baca doa makan... sebelum tidur jangan lupa gosok gigi oke! Syukur Alhamdulillah...:):)

SELAMAT BER SUPPER!!!

TATA!!!

CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS

 
CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS

Memang dah lama pun tak buat kek coklat moist kukus... kebetulan ada permintaan dari seorang adik.. dia cakap rumah dia tak de oven so dia nak resipe kek coklat berkukus.. aduhaii.. kek coklat kalau di kukus memang ler enak bangat dong!!! mudah dan simple sahaja.. nama adik tu siapa ekk. tak per ler... kalau dia terbaca N3 ku ini.. kek coklat moist kukus ini ku hadiahkan buatnya ekk... dan juga buat teman-teman yang rajin bertandang di blogs kesayanganku ini...:):):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS
 
Jangan memain ekk.. kali ni i buat kek berdua dengan hero i yang no 2 tu.. hero yang terlampau LOW_____profile... tak suka di ambil gambar dan langsung tidak suka menonjol atau tertonjol di dalam blogs atau di laman Facebook Mommanya.. yak ni i ler siapa lagi ahhaa.. tengok tu.. muka serius ya ampun! tapi bab membantu kalau memasak di dapur memang dia suka bebenau... anyway TQ so much Aemir!!! moga satu hari nanti jadi CHEF okey tayang!

udah ler tu.. jom kita membikin kek!..:):):)
 
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS
Bahan-bahannya :
  • 220 gm gula 
  • 1 cawan minyak jagung atau minyak sayuran
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1/2 cawan susu pekat
  • **gunakan sukatan cawan khas untuk membuat kek ada di jual di pasaran 
  • 170 gm tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu kecil soda + sedikit garam + 50gm serbuk koko di ayak bersama
  • CUP CAKES
  • ALAT PENGUKUS
 Cara memasak :
  • Putarkan minyak dan gula sehingga gula larut
  • masukkan telur dan pukul sehingga kembang
  • masukkan esen vanilla dan susu pekat dan putar sebati
  • masukkan tepung yang telah di ayak bersama serbuk koko sehingga sebati
  • masukkan 1 cawan air panas mendidih dan putar dengan kelajuan maksimum
  • masukkan adunan ke dalam cup cakes isi 3/4 dari paras acuan lakukan sehingga habis
  • kukus di dalam pengukus selama 30-35 minit
  • angkat dan biarkan sejuk sebentar dan oleskan dengan coklat ganache atau hiaskan ikut suka anda
TENGG!!! TARRAA!!!!
CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS
YUMMYYY.... YUMMY....:):)
 
TANPA sapuan coklat di atasnya pun enak.. buh ler vanilla aiskrim aduhaii.. memang syiok!

SELAMAT MENJAMU SELERA DAN SELAMAT BERCUTI!!!

TATA!!!

SUP REBUS TETEL LEMBU

 
SUP TETEL LEMBU

Uwahahaa.... adakah kerana tiada beridea lagi ko shasha??? uish idak ler.. bukan kerana tidak beridea tetapi kerana isi di dalam perut esbok ku itu yang udah susut isi di dalamnya haha.. baru balik dari menghantar bonda di Melaka.. sengaja tak ku penuhkan isi di dalam peti sejuk tu ekk.. maka memasak ler apa yang ada.. walaupun hanya dengan tetel lembu.... tat kala ingin memasak tadi berbagai menu yang di rancang.. nak masak kari tetel ler... nak masak mee rebus tetel ler... ehh.. ehh.. tetiba yang ku masak hanya sup tetel lembu.. kerna apa??? kerna aku malas hehe.. banyak nak masukkan gambar dalam blogs tersohor i yang satu lagi tu.. nanti i share dengan you all ekk.. :):):) Melaka kampung keduaku walaupun aku bukan berasal dari sana... dek sebab adik lelaki tinggal di Melaka kerana bertugas dan Bonda suka ke sana.. maka Melaka umpama kampung keduaku.... jadi kalau ada yang teringin nak ke Melaka tu boleh ler jengah di blogs i yang satu lagi ni ekk >>> TRAVEL & ADVENTURE BEST MAKAN SAKAN 

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SUP TETEL LEMBU
  
Bahan-bahan yang di perlukan (DI KISAR):
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 5 ulas bawang putih ( i pencinta bawang putih)
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 inci kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 biji buah keras
Bahan-bahan lain :
  • 1kg tetel lembu ~ rebus sehingga empuk
  • 1 batang karot ~ kerat 
  • 1 batang celery ~ kerat
  • 5 biji kentang ~ potong 4
  • daun sadri dan bawang goreng untuk tabur
Cara Memasak :
  • masukkan segala bahan yang telah di kisar ke dalam periuk yang berisi tetel yang telah empuk
  • rebus sehingga bahan sebati
  • masukkan kentang, karot dan celery sehingga empuk
  • sesuaikan rasa dan taburkan dengan bawang goreng dan daun sadri
  • sedia di hidangkan!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
SUP TETEL LEMBU
 
AMACAM??? mudah aje kan.. resipe sihat pun yaa jugak.. i kalau memasak sup lebih suka di rebus dari di tumis.. rebus sehingga kuahnya pekat.. waduh.. waduhhh...:):):)
MENU TENGAHARI 14HB MARCH 2011 :
  • SUS TETEL DAGING
  • KACANG PANJANG GORENG BERLADA
  • IKAN MASIN
  • ULAMAN ~ DAUN TENGGEK BURUNG, PUCUK GAJUS, TIMUN MUDA, PETAI REBUS DAN JERING MUDA... UNTUK AWET MUDA...:):)
  • SAMBAL BELACAN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN!!!

TATA!!!

KACANG PANJANG GORENG BERLADA

 
KACANG PANJANG GORENG BERLADA

Waduhhh.. waduhh.. macam dah setahun dapur blogs kesayanganku ini tidak berasap ekk.. bukan di sengajakan memang banyak betul urusan yang terpaksaku uruskan satu-persatu... memang tak memasak pun hehe... ke mana lagi??? kalau tidak menghantar Bonda kesayangan pulang ke kampung ke 2 kami ke Melaka Bandar Bersejarah tu haa... (walaupun kami bukan berasal dari MELAKA, MELAKA umpama kampung kedua kami..:):) kalau dah berjalan tu... hmm... alamatnya memang tak ler memasak ekk.. makan di luar manjang.. nanti i share dengan you all mana tempat best makan sakan di MELAKA tu ekk.. nanti i share di blogs i yang tersohor ni hah >>> TRAVEL ADVENTURES, BEST MAKAN SAKAN malam sikit nanti i share dalam blogs tu ekk.. kerja nak mengedit gambor tu yang leceh! yang lain tak de... hehe..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KACANG PANJANG GORENG BERLADA

Bahan-bahan DIKISAR:
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 4 ulas bawang putih 
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh belacan
  • 4 sudu besar ikan bilis
Bahan-bahan lain :
  • 10 batang kacang panjang ~ potong 1 inci
  • 1 biji buah tomato ~ potong
Cara memasak :
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau dan garing
  • masukkan kacang panjang dan buah tomato
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
KACANG PANJANG GORENG BERLADA
MENU TENGAHARI 14HB MARCH 2011 :

  • SUS TETEL DAGING
  • KACANG PANJANG GORENG BERLADA
  • IKAN MASIN
  • ULAMAN ~ DAUN TENGGEK BURUNG, PUCUK GAJUS, TIMUN MUDA, PETAI REBUS DAN JERING MUDA... UNTUK AWET MUDA...:):)
  • SAMBAL BELACAN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN!!!

TATA!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ