ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label SOTONG ~ SAMBAL/GORENG DLL. Show all posts
Showing posts with label SOTONG ~ SAMBAL/GORENG DLL. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Sotong Goreng Sempoi Aww!


Assalammualaikum.. Selamat Malam Semua.. :)

Wah! N3 kali ni sebelah malam.. :D

Sebesar tidak gambar sotong i post kat sini :D

Siapa suka makan sotong? angkat mouse!

Siapa tak suka makan sotong??

Wah! tak ada yang angkat mouse ;))

Okay-okay.. yang mana angkat mouse tu sila turunkan sekarang :D

Macehhh ;)) 



Kali ni i nak share kat you all semua satu lagi resipi sempoi..

biasalah i kalau masak manjang sempoi dan simple.. yang susah dan leceh i masak bila ada majlis istimewa.. terutama sekali hujung minggu bila keluarga dan sanak-saudara datang berkunjung..

Kalau hari biasa.. manjang lauk biasa sahaja... ;)
dan yang paling kerap dan biasa i masak tiap hari.. untuk anak-anak yang tak pernah jemu-jelak..

Ayam Goreng! tak ayam goreng, telur dadar! tak telur dadar.. spaghetti! itu ajelah yaaa... ;)

tapi malam ni i share sotong! Aww! :D lega sikit kan... ;))

Sotong Goreng Sempoi Aww!


BAHAN-BAHAN :

500 gm sotong   saiz M      } buang hitam dan potong 3
100 ml air
1 keping asam gelugor
garam dan gula secukupnya
2 helai daun limau purut      } siat

BAHAN TUMIS :

Minyak
1 biji bawang besar       }
3 ulas bawang putih       } hiris
3 tangkai cili hijau        }
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 batang serai                 } titik

CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan *Bahan Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan sotong, asam gelugor, daun limau purut, air dan renehkan sebentar.
  3. Setelah kuah agak pekat, sesuaikan rasa.
  4. Angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!!

Sotong Goreng Sempoi Aww!


Sedap tak?

Sedap laa... :))

Sekian dulu.. sambung nanti... jaga diri yaa..

Assalammualaikum..

TATA!!  

Friday, September 21, 2012

Tom Yum Putih, Sotong


Assalammualaikum... :)

Hari Jumaat dah ya.. :D tukar mood hari ni...

saja je kononnya masak awal, cuaca kat luar pulak tu bukan main cerah lagi YouUuu :))


lama jugak nak amik mood tu :D

macam nak snap gambar kat luar ajelah... kat kebun mini i tu...

fikir banyak kali. Panas! tak pe.. tak pe.. kejap je... ambil masa 20 minit okeh nak snap gambar kat luar sana tu hah!


tu nampak tak tu?

rumput dah tinggi dari buku lali i... ada lipan tak ekk?

hati ni cuak jugak :)) berkira-kira lagi nih!

maka kumpulkan semangat tu kan..

tertinjit-tinjit keluar...


jiran sebelah rumah i jeling-jeling..

i angkatkan tangan! :))

keluarkan props.. adalah dua kali keluar masuk dapur tu :))


laju aje jari tu memetik daun limau purut. padahal pokok tu baru nak tumbuh! :))

petikkan bunga entah ke haper nama sampai laa tak ingat :))


i masak simple je hari ni.. sibuk dengan kerja penulisan i tu..

masak Tom Yum Putih Sotong


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm sotong saiz besar *potong dan siat kulit
2000 ml air
1 biji lemon *ambil jusnya
10 tangkai cili padi merah siam *belah dua jangan putus. terputus tak pe... tak pe.. :D
6 biji jagung putik *belah 2
1 biji buah tomato *belah 4
2 helai daun limau purut
1 batang serai *titik
1 biji bawang holland *potong bulat
4 ulas bawang putih *hiris
2 inci halia *hiris
3 inci lengkuas *hiris
1 pelepah daun ketumbar
sedikit cracked black pepper
sedikit cracked white pepper
garam

CARA :

campurkan kesemua *BAHAN-BAHAN* kecuali sotong dan jus lemon.
renehkan di atas api sehingga mendidih.
Masukkan sotong dan jus lemon.
Sesuaikan rasa. 
Setelah masak angkat dan hidangkan!!


Tom Yum Putih Sotong


nampak aje jernih tu yangg oii.. pedas giler tu weh! :))


memang terbaik! simple and easy :D


SlurPPppppp... Aaahhhhhhhhhhhhhhhhhh :D

ya giteewww ;)


sekian sahaja lah yaa.. sambung nanti...

amacam okay ke kalau lepas ni i snap gambar masakan kat luar rumah?? komen ler sikit :D

macam kurang kerja! muahahhaaa ;))

Assalammualaikum..


Khas buat semua teman-teman kesayanganku yang baru dan yang lama.. minta maaf sebab belum lagi berkesempatan nak BW rumah you all..

kerja penulisan i memang bertimbun-timbun ni hah!

ada sesiapa nak tolong?! :))

Yang mana baru add i tu.. terima kasih yaa.. Insya~ALLAH i akan pilih waktu yang sesuai untuk follow you olls... sabar yaa.. jangan kecik hati tau!

sayang kat you all semua.. muahzzzzzzzzzzzz << kissed sampai terlelap naa tau! :))

TATA!!


Friday, July 20, 2012

Sambal Sotong Hidangan Tengahari Sebelum Menjelang Ramadhan Al-Mubarak


Assalammualaikum, :)

Hidangan tengahari sebelum Ramadhan Al-Mubarak menjelma hanya beberapa jam sahaja lagi. Dan hidangan yang ku kongsikan di sini hari ini mungkin dapat membantu surirumah dan juga wanita yang bekerja. Hidangan yang simple tetapi cukup membuka selera setiap kali menyuap, ya giteew :D sesuai untuk bersahur dan berbuka juga.

SAMBAL SOTONG


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar *saiz sedang*
4 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm belacan
30 tangkai cili kering

BAHAN LAIN :

1 kg sotong *saiz sedang*
1 batang serai titik
1 biji bawang hollan *potong bulat*
50 ml air asam jawa
gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan serai dan juga *BAHAN KISAR* renehkan dengan api sederhana dan sentiasa di kacau dan tumiskan lama sedikit.
Setelah itu masukkan air asam jawa, gula dan sotong.
Renehkan sehingga sotong masak dan masukkan bawang holland, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!

SAMBAL SOTONG


Kuah tu biar lebih pun tak apa, esok boleh panaskan dan rebuskan telur masukkan dalam kuah sambal sotong, dah selesai menu untuk sahur hari esok :D


Jangan lupa gandingkan dengan sayur bayam goreng bersama fish ball.. waduhh.. tergolek-golek biji mata tu!

@___________@


Gorengkan pulak ikan kerisi bersama kunyit, goreng tu garing-garing 5 minit sebelum semua duduk di meja makan untuk bersahur..
terus segoorrr biji mata tu yaa..:))


Inilah hidangan terakhir di siang hari... esok dah tak boleh makan tengahari sebab puasa :D



Kek coklat 5 pintu petang sikit i share yaa.. belum bercuit pun... molek je dok atas meja bawah tudung saji.. tak pe.. tak pe.. tak kecur pun.. sebab hari ni belum lagi puasa :D


Macam manalah keadaan Alif bila puasa esok hari ya.. jangan dia asyik ke dapur bukak peti sejuk tu dah ler... esok i berbuka kat rumah Alif nanti i share keadaan terkini Alif setelah seharian berpuasa ya.. jumpa nanti.. :)

Assalammualaikum..

TATA!


Friday, April 6, 2012

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG


Assalammualaikum... Wahh... dah lama betul tak masak cik abang sotong kembang... rasanya selepas pulang dari Gelanggang MCM tu i tak pernah lagi bikin sambal sotong ni... memang hampir terlupa... hari tu ke pasaraya membeli-belah... Pak Habibi i yang tegur... "Sotong kembang!!" << intonasi suara macam jakon dan macam duduk di Paris giteeww.. so belilah dengan senyuman penuh keterujaan giteewww... *tepuk tangan*

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHANNYA :

3 keping sotong kembang *potong
1 batang serai *titik
2 keping asam gelugor@asam keping
50 ml air
1 biji bawang holland *potong bulat
minyak
gula dan garam

BAHAN KISAR :

35 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR, api sederhana dan tumiskan lama sehingga cili masak.
Masukkan air, serai dan renehkan sebentar.
Masukkan sotong, gula dan garam dan renehkan sebentar.
Masukkan bawang potong dan kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRA!!!

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG


Makan bersama roti putih pun sedaP!


Selamat menjamu selera kawan-kawan...:)))

TATA!!!!

Tuesday, March 6, 2012

Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong


Assalammualaikum... awal-awal cakap ini lauk fav Pak Habibi i yang tembam tu ekk.... masa nak mengais ikan kat dalam peti sejok tu.. kais punya kais... ehhh.... ada Sotong!!! hmm... tak cakap pun ada sotong ekkk.. agaknya Pak Habibi takut i mengeluh... apa taknya.. sotong tu bukan boleh di bagaikan apa pun.. manjang sotong sambal! sotong sambal! sotong sambal! <---- sila ulang sampai you all jemu okeh.. hah! macam tu ler yang i rasa setiap kali ternampak Cik abang sotong tu! awwww.... *pengsan*

Sambal Tumis Sotong

1 kg sotong - buang tulang dan hitam
1 batang serai *titik
50 ml air asam jawa
gula dan garam

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
30 tangkai cili kering
1 cm belacan

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan *bahan kisar. Renehkan lelama sikit yaa...
masukkan air asam jawa, gula, garam, sotong dan renehkan sehingga kuah pekat. 
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Sambal Tumis Sotong


Psstt.. rasanya dah banyak kali dah masukkan resipe sotong sambal ni kan kan.. tapi tiap kali bikin tu ada aje yang i tambah dan kurangkan bebahan tu... rasanya macam tu jugak... licin!

TATA!!!

Wednesday, January 4, 2012

Baby Sotong Masak Sambal

Baby Sotong Masak Sambal


Catch of the day..... Baby Sotong Masak Sambal...:))) comey momey.... selalunya i masakkan goreng dengan bawang aje cenggitu.. tak pun celup dengan tepung goreng garing-garing memang terbaik! i tell you all ekk... Okay.. kembali kepada masakan melayu @ kampung... kalau masak apa jua lauk bersambal tu kan.. i mesti masakkan sayur berkuah... dan padanan yang terbaik untuk lauk bersambal tu... contohnya.... Asam rebus kobis dan lawan yang paling Umphhh sekali ikan masin... nak nak ikan masin sepat! dan hari ini i memang masakkan ketiga-tiga jenis lauk tu ekk.. simple and easy... tapi cukup menyelerakan.. makan pulak dengan nasi putih.. panas-panas pulak tu! aduhaiii... malas nak cerita lagi ekk...:))) meh ler salin resipe...:)))

Baby Sotong Masak Sambal

500gm baby sotong
1 helai daun limau purut
1 batang selai *titik

Bahan Dikisar :

1 biji bawang besar *saiz paling besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
30 tangkai cili kering
1/2 inci belacan
gula dan garam secukup rasa
air asam jawa

CARA :


  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, serai  tumiskan bahan-bahan *dikisar sehingga naik bau atau pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, sotong, dan renehkan sehingga kuah agak pekat. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!!
TARRAA!!!
Baby Sotong Masak Sambal



I suka sambal yang manis-manis pedas... cecah dengan roti putih pun sedap!


Ikan masin sepat... perah pulak dengan limau kasturi... aduhaiii terbaik!!!

Catch of the day....:))))


Selamat menjamu selera!!! take care yaa...:)))

TATA!!!

Thursday, May 26, 2011

SOTONG MASAK HIRIS


SOTONG MASAK HIRIS

AUwwwww.... sotong gitu kan.. i sotong biasa-biasa sahaja.. tapi gengs di rumah ni tak ku tahu mengapa, kenapa dan apalah yang mereka sukakan sangat dengan Cik Kak Sotong tu kan? sebab sotong manis dan enak... yer betul... tapi i tak suka masak dan beli sotong... contohnya.. kalau beli sotong 1 KG bila dah masak.. kecut terus jadi satu mangkuk kecik aje... kalau ayam sekilo dapat kaki dan leher tau.. muahaha.... dah tu jerk!

JOM!! SALIN RESIPE!!
SOTONG MASAK HIRIS

1 kg sotong ~ cuci bersih dan toskan

BAHAN-BAHAN DIHIRIS :

1 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang lada merah
1 batang lada hijau
2 batang daun sadri 

CARA MEMASAK :

Tumiskan bahan-bahan di hiris sehingga layu
masukkan sotong, sesuaikan rasa
dan renehkan sehingga sotong empuk
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!
SOTONG MASAK HIRIS
  :
SENANG AJE TU KAN...:):)

TATA!!! 



Friday, April 15, 2011

SOTONG MASAK HITAM

SOTONG MASAK HITAM
Sotong lagi!!!! apa nak buat ini ler kesukaan Pak Habibi dan gengsnya yang lain tu.. i sotong biasa jer... nak masak tu yang lemah cikit.. sebab i paling tak berapa gemor masak bahan yang sama aje yer tak.. tukang masak ni tak demanding.. tapi kalau boleh jangan terserempak dalam seminggu... apa pun.. permintaan Pak Habibi harus di tunaikan.. Demand pulak tu nak makan sotong masak hitam... perghhh... bagus!! mudah bebenau i suka.. kalau bercili hehee.. leceh cikit... cikit jerk.. sangka mudah... Insyallah segalanya mudah.... ~wallahualam~

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan DIKISAR :
1 biji bawang merah *saiz sederhana
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
8 tangkai cili padi
6 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan

Bahan-bahan LAIN :
500gm sotong ~ kerat dan cuci bersih *jangan buang hitamnya/dakwat sotong
1 helai daun limau purut
1keping asam gelugor/asam keping

Cara Memasak :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
tumiskan *bahan-bahan DIKISAR sehingga naik bau atau rempah masak
masukkan sotong, asam keping dan daun limau
renehkan sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!


TENGG!! TARRAA!!
SOTONG MASAK HITAM
 SELAMAT MENCUBA!!!
SEKARANG SEGALANYA RINGKAS... SEDANG SIBUK... STUDY.. STUDY... LAMA DAH TAK STUDY NI... ADUHAII.. DOAKAN YANG TERBAIK BUAT SAYA YAA.. TQ KAWAN..:):) ALL THE BEST TO YOU ALL...:):) MUAHHH....

TATA!!!


Saturday, March 26, 2011

SINGGANG SOTONG

SINGGANG SOTONG

Wahhh.. berjumpa lagi kita dengan Cik Abang Sotong Awww.. giteeew kan.. kali ni no more goreng dan sambal-sambal ekk.. kang tak jadi lauk.. kali ni i singgangkan aje ekkk.. buat tu pedas-pedas! cili padi lebih pastu ko renjiskan dengan sebuk lada hitam yang kasar tu ekk.. perghh. tetiba lauk sotong tu lambat jerk luaknya haaha.. :):) dah tu jerk.. tunggu petang nanti ada minum petang tau!

JOM!!! SALIN RESIPE!!
SINGGANG SOTONG
 segalanya di HIRIS...
1 biji bawang merah (besar) ~ bulat
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai ~ TITIK
10 batang cili padi ~ belah *tak putus

Bahan-bahan lain :
1/2 kg sotong ~ buang kulit dan potong kecil
2 helai daun limau purut ~ siat
garam
2 helai daun limau purut ~ siat
800 ml air asam jawa

CARA MEMASAK :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali sotong. Renehkan sehingga mendidih dan masukkan sotong, sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
SINGGANG SOTONG
 MUDAH AJE KAN...:):)

Pstt.. PENGUMUMAN.. MULAI 26HB MARCH 2011 yakni hari ini ler hehe.. BLOGS SHASHA SUKA (HOBI) tu.. akan DIUPDATEKAN SENTIASA DAN SETIAP MASA *(jika berkesempatan ler ekk..) KHAS DAN KHUSUS UNTUK KAUM WANITA.. TENTANG DUNIA KECANTIKAN DAN BERFESYEN.. walaupun i cuma insan biasa sahaja.. tetapi BLOGS KHAS DAN KHUSUS UNTUK KAUM HAWA NI TAk banyak.. betulkan?? SO SEKARANG NI.. BOLEH LER SENTIASA JENGAH DI BLOGS SHASHA SUKA TU EKK.. UNTUK SIAPA??? KHAS BUAT ANDA.. KHUSUSNYA KAUM WANITA DAN REMAJA.... CEWAHH..:):) SEGALANYA KHAS UNTUKMU DARIKU.. SHAHRIAH ABDULLAH.. TERIMA KASIH SERING BERKUNJUNG KE SINI YAA..:) DATANG SELALU EKK.. EKK... KLIK SINI >>>> UNTUK KE BLOGS SHASHA.... SUKA >>> KHAS DAN KHUSUS UNTUK WANITA,,,:)

TATA!!!


Tuesday, March 8, 2011

SAMBAL TUMIS SOTONG VERSI (2)

 
SAMBAL TUMIS SOTONG VERSI (2)

Muaahahhaa... sotong kalau kat umah ni memang tak jadi lauk.. kalau tak di goreng kunyit, goreng blackpepper, tak pun masak hitam! jemeeeewwwww.... tau! gengs di rumah ni apa ada kisah.. nampak aje ada sotong dalam peti sejok tu ewahhh.. ada aje yang berbunyi.. goreng sedap ni! ewahh.. ewahh.. cewaahh.. cewahh.. ari ni kusambalkan aje.. sebab biasanya i kalau menyambal sotong hanya sotong beku.. sotong segar jarang buat sambal... dah termasak nak buat macam mana.. ehh.. tetiba ekk.... apa pun sotong yang sesegau idak tu Bonda yang beli di pasau... sotong jarum.. memang best isinya.. ada telur Youuu!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL TUMIS SOTONG VERSI (2)
Bahan-bahan KISAR :
  • 30 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
Bahan-bahan lain :
  • 1 KG sotong jarum ~ buang hitam dan cuci bersih
  • 1 batang serai di titik
  • sedikit air asam jawa
  • bawang untuk hiasan
  • garam dan gula
Cara memasak :
  • Tumiskan bahan-bahan yang di kisar dan serai sehingga garing 
  • masukkan air asam jawa, sedikit air dan sotong
  • renehkan sehingga kuah pekat
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAAAA!!!!
SAMBAL TUMIS SOTONG VERSI (2)
Syarat utama kalau membuat apa jua bahan yang berlada... tumis dengan api perlahan dan lama-lama... bahan akan rasa lebih enak dan matang giteewwww....:):)
Sambal tumis sotong...YUMMYY!!! :):)
MENU HIDANGAN TENGAHARI 8HB MARCH 2011 :
  • SAMBAL TUMIS SOTONG
  • TUMIS AIR SAWI, CENDAWAN DAN TAUGEH
  • SAMBAL BELACAN BACHANG DAN ULAMAN
  • TELUR MASIN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN...:):)

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ