ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, July 11, 2012

Sup Tulang Selangka Sinced 1984! Dan Demo Masakan 15hb Julai 2012


Assalammualaikum.. Apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah... bertemu lagi kita di dapur maya i ni kan kan.. memang sekarang i sedang sibuk sangatt... namun begitu i tetap setkan jadual untuk berkongsi resipi masakan harianku buat semua teman-teman sekelian.. ya begiteewww :))



Apa yang kujanjikan semalam untuk Blog Walking di rumah kengkawan blogger yang telah meninggalkan jejak akhirnya tertunai.. bukan sedikit masa yang kuluangkan tiap kali BW.. i akan singgah dan baca tiap baris ayat yang kengkawan tuliskan.. itu yang kekadang bila nak BW tu i akan tetapkan waktu yang sesuai kerana sekiranya i mula BW pada jam 10:30 malam dan ianya akan selesai kekadang tu naik sampai jam 1 am bayangkan! tak sia-sia kan :D sebab pelbagai cerita dan menu yang kengkawan semua kongsikan.. terima kasih kerana sudi berkongsi dan masih tetap sabar menanti kunjungan balas dariku... *walaupun ada juga yang i terlepas pandang.. Insya~ALLAH ada kelapangan semestinya akan ku jejaki nanti yaa.. :)*


dan ini adalah hidangan yang i hidangkan buat keluarga tersayang... :)
dan kisah di sebalik menu ini akan kukongsikan pada semua sekejap aje lagi... :D

  1. Nasi putih
  2. Anak ikan cermin goreng kunyit garing-garing
  3. Sambal belacan ikan bilis goreng pedas giler!
  4. Ulam timun muda aww :D
  5. Sup Tulang Selangka Sinced 1984 *resipi dari Bondaku*
*kisah bersambung :D*

Satu lagi Demo Masakan dari buku resipi

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

bakal berlangsung tidak lama lagi..
i sharekan juga di sini.. kerana sebelum ni ramai yang buh komen cakap mereka terlepas info... :)
so sekarang dah bagi info ler ekk..:)




Demo Masakan Bersempena :

HARI KOPERASI NEGARA 'Malaysia'

Bertempat di : Stadium Bukit Jalil 
(kawasan parking BOOTH KARANGKRAF)

Tarikh : 15hb Julai (AHAD)

Tepat Jam : 2-3 Petang

Demo Masakan dari buku resipi :

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH



Resipi apakah yang bakal Shahriah masak dan kongsikan buat semua nanti??


Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


Sila betulkan duduk anda.. kerana i dah mula nak berkisah :))

1984 bermakna ketika itu usiaku baru sahaja mencecah 10 tahun aww.. muda dan sangat belia benor :))


Sejak kecil Bonda dan Arwah Ayah sibuk bekerja.. masa untuk kami bersama sangat terhad.. pulak masa tu Bonda kesayangan bekerja sebagai auditor di sebuah jabatan kerajaan, pergi awal subuh dan pulang hampir senja, kerana lokasinya agak jauh masa tu..:)

So boleh di katakan tiap hari sup adalah hidangan wajib buat kami sekeluarga.. TIAP HARI! << baca betul-betul bukan selang sehari yerk :)) ko bayangkan.. jemu tak sha?? ehhh tak pulak :D

Antara sup yang setiap hari Bonda akan masak *Awal dulu masa i masih kecik tenonet aww* masa tu i tembamBOM dan cute naa.. << kena tulis kalau tak you all ingat i kurus melidi macam nellysha muahahahahaa :)) :))


sup pipi ikan
sup ayam
sup kaki ayam
sup tulang ayam
sup daging
sup tulang selangka
sup sayur
sup bebola daging
sup kentang
sup telur
sup dan memacam lagi sup bla.. bla.. bla.. :))

sebab apa tau.. sebab mudah dan sebab Arwah Ayah sukakan sup.. so kami anak-anak pun sukakan sup *sebab tak ada pilihan* :)) :))


bawang goreng :/ ini yang paling i tak suka!!!!

apa taknya.. setiap kali bonda masak sup... i mesti kena mayang bawang kecil dan goreng bawang sehingga garing!
dan hasil gorenganku sentiasa rentung dan hangit! :D
hasilnya juga.. lengan birat kena ketil dengan bonda!

apa taknya sambil menggoreng main dengan kucing!
perghhhh... sampai laa bila nak goreng bawang tu i dok usap lengan i awww... sakit tawww :))


hirisan daun sadri wajib ada.. kalau tak ada.. hah! penat ke, malas ke, tak kuasa ke....

pergi lah ko kedai Pak Khalid hujung simpang tu.. kalau basikal pancit!
naik ler dengan kaki muahaahahaha... :))

tak pe.. tak pe..

dapat upah 10 sen! beli chewing~gum bau nangka!
baekkk punyer okeh! :D
so iktibar buat semua insident tu.. sampai laa.. i sentiasa stok daun sadri dan daun bawang dalam fridge! :))


bila ada sup.. mesti wajib ada anak ikan goreng.. dan sampai laa.. bila nak masak sup bonda tu.. i akan sentiasa ikut menu zaman kekanak i dulu awww... Tua sangat ke i sekarang ni?? :))


sambal belacan ikan bilis goreng bersama bawang buh cili padi bebanyak...
juga wajib ada ulam timun.. inilah kesukaan Arwah Ayah dan bonda dan kami sekeluarga apa taknya..
dah itu aje menu hari-hari muahaahahaaa :D


pedas, lemak, berdesing dan jangan lupa hirisan limau nipis, bila nak makan.. perahkan.. waduhhh... menu wajib mesti ada masa zaman kecik2 dulu... sekarang tidak lagi aww :))

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


500 gm tulang selangka *rebus sehingga empuk, tapiskan airnya dan ketepikan*

BAHAN-BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 peket serbuk perencah sup *dulu masa kecik guna brand Adabi, sekarang i guna Brand Mak Siti! Aww*
1/2 sudu teh lada hitam
sedikit air

BAHAN TUMIS :

2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit minyak

BAHAN LAIN :

3 biji kentang *belah 2/4*
hirisan daun sadri dan bawang goreng
1 biji buah tomato *belah 2*
2 batang celery *i tambah :D*
garam secukup rasa

CARA :

Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* kemudian masukkan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan tulang dan kentang dan renehkan sehingga kentang empuk.
Masukkan tulang selangka dan *BAHAN LAIN* renehkan sehingga kuah agak pekat dan sebati.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sadri dan bawang goreng!!

TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!


*tak kuasa nak taip* :))





Props yang i gunakan.. surat khabar lama!!
:)) :)) :)) dulu masa kecik walaupun meja ada beralas.. mesti bonda suruh alas dengan surat khabar.. dengan motto "Habis nanti alas meja kerawang Bonda!" ya begitewww... sekarang tidak lagi! :D


Teera and Temel baru di lepaskan dari kandang.. wajah penuh tak puasa hati!!!

tak mo kawan! :))

TARRAA!!!

Sup Tulang Selangka Sinced 1984!



sekian sahaja menu dan kisah panjang berjela hari ini..:)



Assalammualaikum.. :D

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ