Assalammualaikum.. Good Evening my friends... Beignets Bourguignons Hamboii! wahh gitewww.. tajuk minum petang kita hari ni yaa.. ke tengah laut kita hari ni *OVER THE SEA* hhehehe... hari ni i buat minum petang awal.. ngam-ngam Abang Aemir balik tusyen hidangan minum petang pun siap! hebat betol! hehehh...
Pssttt.. tau ke nyebut tu??? samalah kita... @________*
Awal-awal pagi lagi dah ku bancuh sejenis desserts ala-ala Fritters giteew kan... sebab nak kena perap dalam fridge lebih kurang 2 jam! wahh.. asalnya teringin nak buat donuts... tapi malas nak menguli dan membanting.. tak kuasa cakap jujur ni hehehehh... kerja nak sikit selera makan bukan main besorr lagi kan kan...:))
so i telah menyelak-nyelak buku resipi i yang bersusun kat atas lemari bahan-bahan kek i tu...
di terbitkan di Britain pada tahun 1990... dessertnya sangat mudah dan sungguhlah menyelerakan! dulu buku inilah yang i bawa masa di Gelanggang MasterChef tu.. *dan ada banyak lagi yang ku hangkut kesana!*
siap ada nama Nelly lagi hahaha.. dia yang tulis ingat lagi tu tulisan dia masa umur 5 tahun! habis satu buku dia tanda right! macam cikgu menanda kertas periksa giteww...
Sampai Brian Chen tegur i... "Kak sha ni siapa yang conteng right ni??"
"Anak akak Brian! yang mana dia tanda right tu.. hah! kengkonon dia kata sesuai untuk akak cuba! LULUS!"
dah ler ramai yang dok pinjam buku tu hehhee.. sebab nak tengok yang mana LULUS hahahaa...
psst.. bukan buku tu aje yang kena conteng! 45% buku resipi i yang tebal2 tu di contengnya! hadehhh haii...
resipi yang sangat mudah... sedap dan resipi asal menggunakan alcohol tetapi telah kugantikan dengan orange paste.. harum dan enak bangat! meh! ler kita memasak yaa..:))
Beignets Bourguignons Hamboii!
175 gm tepung kek
50 gm castor sugar
2 biji telur *kocok
2 sudu besar orange paste
75 gm butter
minyak untuk menggoreng
Sampingan :
aising sugar, rasbessy jam, chocolate sauce
CARA :
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati.
masukkan ke dalam cling wrap dan perapkan di dalam peti sejuk selama 2 jam
torak dan potong bentuk diamond...
goreng dan toskan terlebih dahulu... baunya waduhhhhhhhhh
TARRAA!!!
Beignets Bourguignons Hamboii!
taburkan dengan gula aising di atasnya....
Beignets Bourguignons Hamboii!
posing kan pulak macam tu.... agar kelihatan bentuk diamondnya heheheh
Beignets Bourguignons Hamboii!
wahhhhh... marilah kita bagaikan ekk...
Beignets Bourguignons Hamboii!
with rasberry jam! wahhhh.. mabelezzzzzzz
keenakkannya sehingga terlelap YoUUu..
Beignets Bourguignons Hamboii!
secara zOoooOOmmmm giteww..
with chocolate sauce anyone??? terbaik!!!
Beignets Bourguignons Hamboii!
memang enak, simple..
lepas ni dah malas nak buat donut uli-uli.. gini aje dah.. rasa lebih kurang sama...
garing di luar.. lemak, harum, jimat tenaga.. jimat masa.. langsung tak berpeluh...
memang sesuai untuk i yang memang sedang malas dan sangat sibuk dengan pelbagai urusan!
bagaimana dengan anda?? jika anda seperti saya..
apa tunggu lagi! moh! kita memerapkan doh tu... wahh giteeww.... << macam iklanlah pulak hahahahaa
Beignets Bourguignons Hamboii!
Beignets Bourguignons Hamboii!
Beignets Bourguignons Hamboii!
*sebut banyak-banyak kali...
jadi lidah tak ler tersempal giteew hehehehehehehhhhhhhhhh...*
dan rasberry jam adalah gandingan yang paling manTOP! giteww...
S.E.D.A.P!!! <<< mengeja taw ni... :)))
Sekian terima kasih laporan petang ini.. berjumpa di lain kisah.. malah lebih menarik dan merapu! hePP!! bukan sebarangan merapu okey ada isinya hehehhe..
jumpa lagi!
TATA!!