ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, February 9, 2011

ROTI SOSEJ AYAM

ROTI SOSEJ AYAM

Cewah! cewahh! kemain molek aje Roti Sosej tu tersentil ekk... hehhe.. gengs di rumah ni memang ler sukakan sosej tu yang lebih di kenali dengan nama hot dogs! apa yang dogs nya tu ekk.. ish! Istaghfar bebanyak ekk... di pendekkan cerita sebelum i menonyeh lebih panjang lebar.. meh i nak citer ler sikit ni.. selalunya i buat roti hot dogs sosej ni dengan cara lain.. kali ni i share cara lain pulak ekk.. pulak petang tadi duduk-duduk kat buai bawah pokok kelapa tu membaca ler buku resipe masakan cara membuat roti.. wah! cewah! cewah! ada cara baru laa... (walaupun agaknya i sorang jer baru tahu ahakz!) i ni jenis teruja... jam tu gak i uli doh ekk.... maka jadi ler cenggitu guper! ala-ala tersentil! i suka! i tahu you all pun suka hehe..

JOM!! SALIN RESIPE!!!
ROTI SOSEJ AYAM
Bahan untuk doh :
  • 300gm tepung gandum
  • 80gm mentega
  • 150ml susu segar
  • 1/2 sudu teh yis kering (ibu roti)
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar gula
Bahan-bahan lain :
  • 1 biji kuning telur untuk sapuan atas roti
  • 10 batang sosej ayam
Cara membancuh doh :

  •  campurkan yis kering/ibu roti bersama tepung, garam dan gula. gaul rata
  • lubang kan di tengah masukkan telur dan gaul rata
  • masukkan mentega dan gaul rata
  • masukkan susu dan uli sehingga menjadi sebuku doh yang lembut
  • perapkan sehingga doh naik 2 kali ganda
Cara menyediakan Roti :
  • Mula-mula ambil sebuku doh dengan berat lebih kurang 80gm
  • torak sehingga nipis seperti gambar di atas
  • letakkan sosej di tengah-tengah dan kerat doh seperti di atas
  • kemudian selang selikan seperti gambar di atas sehingga habis
  • setelah itu sapukan telur di atas doh
  • tunggu 20 minit atau doh naik sedikit dan bakar dengan suhu 180'C selama 30 minit atau keperangan angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
ROTI SOSEJ AYAM
ROTI SOSEJ AYAM
 ROTI SOSEJ AYAM 
 YUMMYY!! YUMMY!!
YUMMY!!! MOLEK JERK TERSENTIL SOSEJ TU KAN... I LIKE..:):)
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

STRAWBERRY CAKE WITH STRAWBERRY FILLING

STRAWBERRY CAKE WITH STRAWBERRY FILLING

Wah! Wah! macam musim buah strawberry kat rumah i aje gitu ekk.. buah petola ade ler hehe.. puas dah keliling mencari buah strawberry segar, sayangnya tak de.. so i guna aje ler strawberry filling dan jem strawberry berjenama Smucker's low sugar... so rasanya tak terlalu manis sama-sama sedap aje gitu ekk.. nak tahu kenapa tetiba aje i buat kek yang berlapis-lapis tu??? hehe... sebab i nak test, try dan cuba loyang baru i yang tiga petak tu ekk... uishh.. betullah... mudah, jimat masa dan cantik aje naiknya ekk.. best betullah! suka pun ya jugak! siap ler lepas ni ada aje ler kek yang kulapis hehhe...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
STRAWBERRY CAKE WITH STRAWBERRY FILLING
YUMMY!!! YUMMY!!!
 Bahan-bahannya :
  • 150gm gula
  • 120gm mentega
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar perisa strawberry
  • sedikit pewarna merah
  • 120ml susu segar
  • 1 sudu teh gliserine (kalau tak ada tak mengapa)
  • 6 sudu besar Strawberry filling
  • 4 sudu besar jem strawberry berjenama Smucker's (low sugar) + 4 sudu air panas
  • 1 biji loyang 3 petak atau loyang leper atau apa-apa loyang pun boleh
  • ***kalau guna loyang biasa setelah kek sejuk potong dengan benang bahagi kepada 3 lapisan

Cara membancuh kek :
  • putarkan mentega dan gula sehingga kembang
  • masukkan telur, putar sehingga kembang
  • masukkan susu segar, vanilla dan perisa strawberry dan juga pewarna merah
  • putar sehingga sebati dan masukkan tepung, kaup balikkan dan masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas minyak dan di sapu dengan sedikit mentega
  • bakar dalam oven dengan suhu 150'C selama 30-40 minit (mengikut saiz loyang)
  • setelah masak, angkat dan sejukkan

Cara untuk menyapu strawberry jem di atas kek :

Strawberry jam dan Strawberry filling



    • Mula-mula ambil sekeping kek dan letakkan di atas papan kek atau pinggan kek
    • sapukan jem strawberry di atas permukaan kek sehingga rata
    • ambil lagi selapis kek dan sapukan lagi dengan jem strawberry lakukan sehingga selesai ke lapisan ke tiga
    • Untuk lapisan atas sapukan dengan Strawberry Filling sehingga rata.
    • Taburkan gula aising di atasnya
    • siap di hidang!
    TENGGG!!! TARRAA!!!
     STRAWBERRY CAKE WITH STRAWBERRY FILLING  
    STRAWBERRY CAKE WITH STRAWBERRY FILLING 
      STRAWBERRY CAKE WITH STRAWBERRY FILLING   

     Amacam??? nampak aje lecehkan?? tapi punya ler senang... 
    selamat mencuba kawan-kawan..:):)
     Minum petang 9HB Februari 2011
    TATA!!

    Shahriah Abdullah Novelis

    NASI AYAM BLACK PEPPER

     
    NASI AYAM BLACK PEPPER

    Nak mengadu ler ni ekk.. memasak nasi ayam, tak kiralah nasi ayam ke nasi itik ke.. heee... untuk hidangan tengahari... yang lemahnya.. malam kang kena ler masak lagi ekk.. masak sebab nasi ayam ni kalau di makan sekali di telan jam tu gak lenyap! tanpa kesan pulak tu! adehh.. dehh.. dehh.. tu la yang malas benor nak memasak ALL 3 IN 1 ni ekk.. mesti kena memasak.. memasak.. memasak lagi.. gengs kat rumah ni suka.. so memasak ler jugak ekk.. memasak dengan penuh rasa ikhlas dan penuh kasih sayang... Ggggrrrr.... okay kali ni i share resipe ikut gambar oke! satu persatu akan i tunjukkan gimana cara nak memasak NASI AYAM BLACK PEPPER yang semudah idak ni... cuma... cuma.. tahukah anda bila nak mengedit resipe ni dalam blogs punyer ler leceh! memasak jap aje tau.. tau.. 

    JOM!!! SALIN RESIPE!!
    NASI AYAM BLACK PEPPER
     KITA MULAKAN DENGAN BISMILLAH..
    KEMUDIAN KITA START DENGAN AYAM PANGGANG DULU OKE KENGKAWAN!!
    AYAM BLACK PEPPER
    Bahan-bahannya :
    • 1 ekor ayam segar ~ usah di potong biar seekor camtu. cuci bersih dari kotoran, bulu dan isi di dalam perut ayam. ketepikan
    • *bahan di bawah sila tumbuk lumat ~
    • *2 inci halia
    • *4 ulas bawang putih
    • sedikit garam
    • 7 gelas air (atau agak-agak sehingga ayam tenggelam)
    Cara Menyediakannya :
    • Didihkan air dan bahan-bahan yang ditumbuk bersama sedikit garam
    • setelah mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit atau ayam separa empuk
    • angkat ayam dan toskan. Air rebusan ayam ketepikan untuk di buat sup
    Bahan-bahan Untuk memanggang ayam :
    • * sila tumbuk lumat
    • *3 sudu kecil lada hitam
    • *1 inci halia
    • *4 ulas bawang putih
    • 50gm mentega
    Cara memanggang Ayam :

    • Lumurkan *bahan-bahan yang di tumbuk dan mentega keseluruh bahagian ayam
    • alas dulang pembakar dengan kertas minyak atau aluminium foil
    • panggang dengan suhu 200'c selama lebih kurang 30 minit atau ayam keperangan
    • angkat dan hidangkan!
    SOS BLACK PEPPER

    Bahan-Bahannya :
    • 1 biji bawang merah ~ potong kasar
    • 4 ulas bawang putih
    • 4 sudu kecil lada hitam
    • 4 sudu besar tepung gandum
    • 3 gelas air stok ayam/daging (shasha guna stok daging)
    • 2 sudu besar mentega
    Cara menyediakan Sos Black Pepper :
    • panaskan mentega di dalam kuali
    • masukan bawang merah, bawang putih dan lada hitam
    • sehingga keperangan. masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati
    • masukkan air rebusan/stok daging atau ayam
    • kacau rata
    • angkat dan kisar sehingga halus
    • sedia untuk di hidang!
     SUP SIMPLE CARROT & CELERY
     Bahan-bahannya :
    • *1 biji bawang putih
    • *1/2 inci halia
    • *bahan di atas tumbuk lumat
    • 1 batang carot ~ potong dadu
    • 1 batang celery ~ potong dadu
    • 3 ketul tulang ayam
    • 5 gelas air baki rebusan ayam
    Cara memasak sup :
    • tumiskan bawang dan bawang putih sehingga naik bau
    • masukan carot dan celery juga tulang ayam
    • masukkan air rebusan ayam
    • dan masak sehingga mendidih sesuaikan rasa
    • dan hidangkan!
    Sayur Ulaman 
     Sayur : TIMUN + TOMATO + SALAD + BAWANG MERAH
     Untuk bahan tabur ~ 
    daun sadri dan daun sup dan bawang goreng
    NASI AYAM
     Bahan-bahannya :
    • 3 pot beras ~ rendam lebih kurang sejam kemudian toskan (beras siam lebih sesuai)
    • *Bahan di bawah sila tumbuk lumat
    • *2 inci halia
    • *4 ulas bawang putih
    • 2 sudu besar mentega
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 1 helai daun pandan ~ siat dan ikat
    • air rebusan ayam
    Cara memasak nasi ayak :
    • Panaskan periuk nasi dengan mentega dan minyak masak
    • tumiskan * bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan daun pandan
    • masukkan beras dan goreng sekejap
    • masukkan air rebusan ayam
    • dan masak sehingga tanak!
    • sedia untuk di hidang!
    TENGGG!!! TARRAAA!!!
    NASI AYAM BLACK PEPPER
    NASI AYAM BLACK PEPPER
    NASI AYAM BLACK PEPPER
     Amacam?? nak memasak tu lebih mudah dari nak masukkan gambar dan resipe ke dalam blogs kesayangan i ni oke.. sayang punya pasal i share jugak ekk.. ekk..
    selamat mencuba!!!
    MENU TENGAHARI 9HB FEBRUARI 2011
    TATA!!!


    Shahriah Abdullah Novelis

    CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ