ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label NASI GORENG~PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label NASI GORENG~PELBAGAI JENIS. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Nasi Goreng Ikan Bilis



Assalammualaikum.. :)

Masak simple je hari ni. Ikutkan nak goreng spagethi aje. 
Abang Aemir pepagi hari dah pesan dia nak makan nasi goreng untuk lunch.
Dahlah hati ni risau, takutkan dia kempunan kat sekolah. ;))

So masak lah nasi awal pagi. Masak je terus sejukkan. 



Nasi goreng simple aje.. tak ada pun menumbuk bagai.

Segalanya main pakai hiris. dahh.. siappPppp

sedap ngko aii :))

Nasi Goreng Ikan Bilis


2 genggam ikan bilis *goreng dan ketepikan

*ketepikan sedikit untuk tabur di atas nasi* :D

BAHAN LAIN :

4 cawan nasi sejuk
2 biji telur *kocok
8 tangkai cili padi siam *merah *hiris
garam
serbuk lada sulah
sedikit maggie seasoning
minyak



BAHAN HIRIS / TUMIS :

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang celery *dadu

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN HIRIS/TUMIS* tumis sehingga bawang layu.
Masukkan cili padi.
Masukkan telur dan kacau sebati.
Tambahkan garam, masukkan nasi dan ikan bilis.
Renjiskan dengan maggie seasoning dan serbuk lada sulah.
Setelah masak. Taburkan dengan baki ikan bilis dan hidangkan bersama telur goreng, keropok ikan dan hirisan timun!

TARRRA!!!!!!

Nasi Goreng Ikan Bilis



nampak aje kelernya pucat aje giteeww kan kan? jangan memain.. pedas berapi tu yangg.. aii.. :))


i tak renjiskan minyak bijan. Sebab tak nak nasi ikan bilis rasa macam nasi goreng cina :D


Psstt.... keropok ikan jangan lupa!

Krupppp! KraPPp bunyi dia :))

Sekian sahaja..

Jumpa nanti!


Assalammualaikum... *tak jawab dose* :D

TATA!!!


Wednesday, September 5, 2012

Nasi Goreng Kampung Nostalgia



Assalammualaikum... :)

Nasi Goreng Kampung Nostalgia

Nasi Goreng Kampung adalah salah satu hidangan yang amat popular di Malaysia..

Kemana sahaja kita pergi.. tak kiralah di Trengganu ke.. Kelantan ke.. Melaka ke... Pahang ke... dan mana-mana negeri pun...order aje nasi goreng kampung hah! sampailah memacam jenis rupa dan rasa...mengikut resipi tiap buah negeri tu yer tak.. wahh sedap benau giteeww...


i ni tak ler cerewet bab nasi-nasi goreng ni haaa... tapi jangan sekali-kali ko bubuh kicap dalam nasi goreng..
:D alamatnya i akan tengok ajelah yaa.. sebab apa?

elooo.. puas dulu kecik-kecik makan nasi renjis kicap okeh.. 
pada i nasi goreng kampung is.. nasi goreng kampung...ya giteeww..
pendapat i lah yer.. dan i tetap hormati pendapat orang lain..
dengan motto.. sendiri suap... sendiri kenyang ;))

Nasi Goreng Kampung Nostalgia

Hah! meh ler dekat sikit ni hah! nak berkisah ler sikit ekk.. nak kata kurang kerja tidak pulak! :D

tak pe.. hilangkan stress sekejap yer tak.. pastu sambung lagi kerja tu hah!


Kampung i hujan sejak malam tadi.. sekejap lebat sekejap gerimis..
puas i dok termenung di celah jendela *wahh giteewww :D*
nyamannya... tapi bahangnya jangan ler cerita... walaupun hujan tetap berpeluh di buatnya.. agaknya haba panas yang menyerap di dinding batu tu keluar dengan tiba-tiba.. cecewaahhh wahhh dah mulalah nak berdrama nih! ala-ala mendalami watak dalam manuskrip i aje tu kan kan.. :D


Nasi Goreng Kampung Nostalgia

Teringat dulu masa zaman kecik-kecik...
Mana pernah missed nasi goreng kampung..
Bila tiba musim hujan aje.. wahh mulalah sarapan pagi itulah yang ada bawah tudung saji tu hah!
Bonda goreng banyak naa... naik sampai satu kuali besar!
Wahhh masa tu kami makan tak berebut sebab banyak! :))


Nasi goreng kampung yang biasa bonda masak masa zaman i kekanak riang dulu..
mana ada buh apa jenis sayur pun.... manjang bahan tumisan tu aje yang ada... ikan bilis dan cili padi buh bebanyak.. bawang pun banyak... tumbuk guna lesung batu besOOOOOrrrr naaa...di goreng pun dalam kuali besOOOOrrr naa... kiranya macam kawah pun yerk :))

Tung! Tang! Tung! Tang!

Hah! dengar aje bunyi lesung batu dari dapur tu.. dah tahu dah.. ni mesti bonda masak nasi goreng kampung!
menjengah ke dapur tidak pulak nanti bonda nampak kelibat i dia akan suruh memacam! ;))
cutekan i.... masa tu :D

Nasi Goreng Kampung Nostalgia


BAHAN-BAHANNYA :

6 cawan nasi putih
2 biji telur *di kocok
gula dan garam
minyak

BAHAN TUMBUK RENYAH :
*tidak terlalu hancur*

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
12 tangkai cili padi kampung
2 cm belacan kampung
2 genggam ikan bilis

BAHAN LAIN :

gorengan telur mata lembu/kerbau
ulaman

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMBUK* sehingga naik bau.
Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau sebati.
Masukkan garam dan gula, kacau sebati dan baru di masukkan nasi.
Kacau sehingga sebati dan nasi tidak berketul.
Setelah siap sedia di hidangkan!

TARRAA!!!

Nasi Goreng Kampung Nostalgia


i makan Nasi Goreng Kampung Nostalgia
bersama ulam pucuk kedondong.. apasal?
dah itu aje yang ada :D


Sempoi... pedas berapi... lemak dan enak...

Nasi Goreng Kampung Nostalgia


Inilah Nasi Goreng Kampung Nostalgia masa
zaman i kecik-kecik dulu.. pulak ada petai perghh.. nak mencapai sekeping petai tu ngko ingat boleh?!
nak kena ceku dengan bonda??
makan ler Nasi Goreng Kampung Nostalgia dengan telur mata lembu dan ulam timun... telur pulak kecik aje.. sebab telur ayam kampung.. perghh manalah i tak bOlaT dulu kan :))


Okaylah.. setakat ini itu sahaja cerita zaman kekanak i dulu yaa...
Nasi Goreng Kampung Nostalgia
cukup memberi makna buat kami sekeluarga...
saat indah yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila...


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin...


Jaga diri.. jangan noty-noty.. friends forever!

Assalammualaikum..

TATA!!!



Tuesday, May 15, 2012

Nasi Goreng Cina... Selamat Hari Ibu Buat Semua Wanita


Assalammualaikum.. Selamat pagi semua...:)) Wahh... awal pagi lagi dah masukkan N3... dapat bonus ke?? tak lahh... saja jee.. heeheheee...

Pagi ni i agak free sedikit.. sebab hari ni semua warga kat rumah ni balik lambat.. wahhh... akan berkumpul pada jam 4 petang... jadi masak hari ni lewatlah sikit... :)) dan duk ler menghadap blogs tu lama sikit.. dapatlah singgah 2-3 pintu dapur kawan tu yaa tak..:))


Selamat Hari Ibu.. Khas buat semua WANITA di dunia ini.. tiada yang terkecuali... Sabtu lepas i kerumah Abang.. Bonda ada di sana... so awal-awal memang dah plan nak berkumpul.
ingat tak i ada bancuh sebiji kek...  STEAMED SAFFRON FRUITS CAKE KHAS BUAT BONDA


Kek tu i potong sebab nak share di dapur i ni.. selebihnya i wrapped dalam aluminium foiled dan simpan dalam fridge.. sampai rumah abang i steamed kan kek tu.. so makan le reramai...
i awal-awal dah present minyak wangi for Bonda... jam tu jugak Bonda pancit kat lengan dia.. suka katanya!! perghh yang lelain tu pun menerai jugak... cantik box parfume tu.. keler merah lagi you... lupa pulak nak ku snap... :)) apa pun... SELAMAT HARI IBU buat semua rakan blogger yang bernama WANITA.. dan tiada yang terkecuali..:))

NASI GORENG CINA


BAHAN-BAHANNYA :

4 cawan nasi sejuk
5 ulas bawang putih *dadu*
5 jejari filement crabs *potong kecil*
3 batang daun bawang *hiris*
2 biji telur *kocok*

1 sudu besar mentega
3 sudu besar minyak
light soya sauce
minyak bijan
sedikit garam
serbuk lada sulah

CARA :

Panaskan mentega dan minyak sehingga mentega cair.
Masukkan bawang putih dan filement crabs dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan telur dan gaul sebati *juga boleh di goreng terlebih dahulu*
masukkan nasi, serbuk lada sulah, soya sauce dan minyak bijan.
Gaul sebati dan masukkan daun bawang dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!!

TARRAA!!!

NASI GORENG CINA


mudah aje tu kan... Abang Aemir dan dak kerempeng bawa bekal ke sekolah pagi tadi sebab balik lewat hari ni ada aktiviti sekolah...


nasi goreng yang i posing tang sana sini tu.. hah! ini ler nasi goreng Pak Habibi i yang tembamBOM tu hehhehe.. masa tu dia sound lembut aje ekk..

"Sejuklah nasi i tu..."
 wahhh... giteeww... awal pagi dah menyaun hehehehhhh....


i nasi goreng awal pagi kekadang aje boleh masuk.. i lebih suka makan roti.. sekeping dah.. nescaffe wajib ada.. wahh baru ler laju sikit nak menaip tu hehheehhe...


gitewww... 
dak kerempeng esok ada ambil bahagian untuk Hari Guru...
menyanyi lagu cina secara solo... awal lagi dah bawa baju dan kasut untuk serahkan pada cikgu... keler merah lagi hhahhaa... lagu apa?? hah! tunggu ler esok.. selama ni i malas aje nak cerita kat you all.. dak kerempeng dok practiced menyanyi lagu cina tiap hari... pasang earpeace.. kita yang ada kat sekeliling ni tak ler kedengor lagu dan music tu.. yang dengor hanya... suara dia yang nyaring tu..  pastu nyanyi terpekik terlolOOOnGGGG... dengan muka-muka tu yang tak tahan.. nak aje ku gelak sekuat hati.. tapi tak sampai hati.. kang ada dia meroyan! melalak celah meja lagi kang! hah! naya! hhahhahahahahah
sabau aje laa...


Okay sekian sahaja laporan pagi ini.. jumpa nanti...
macam ada mood pulak nak membaking.. apa teeww??
sabo... jumpa nanti!
Take care & smile Always!

TATA!!

Friday, April 20, 2012

Nasi Goreng Buku Lima ala Pataya


Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua teman-teman.. 

Hari ni hari Jumaat...
Hari yang cukup indah.. 
Mentari begitu gagah memancarkan cahayanya...
Pepohon nan menghijau begitu tenang dan damai melambai-lambai,
Seolah turut ceria menikmati hari Jumaat yang mulia ini... 
Anak-anak burung riuh berkicauan... terbang dari satu dahan ke dahan yang lain... menanti ibu membawa pulang ulat buat santapan..
Semut pula begitu gigih berkerjasama menjunjung serpihan biskut di hujung kaki lima, seolah-olah meraikan hari Jumaat penghulu segala hari... << bersambung.. sekian terima kasih...:))


tapikan cerita yang kat atas tu ada yang sama dan ada yang tak sama  dengan kisah i hari ni tau tau.... <<apa punya ayat daa...
sebab mood i masih lagi di landa angin monsun kemalasan sedunia... jadi tak ler macam mentari yang gagah tuu... tak macam anak-anak burung yang riuh rendah berkicauan tuu.. tak macam pepohon yang asyik melambai-lambai tu pon tau.. tapi kes semut tu dan mak burung tu ada sikit-sikit laa sama macam i sekarang ni... semut tu junjung serpihan biskut kan kan.. tapi i tak junjung tapi dok menggoreng nasi sekuali dan ku cetakkan besor buku lima dan buh kat dalam telur dadar tu ekk.. hehhee.. tu yang dapat nama resipe hari ini... 'NASI GORENG BUKU LIMA' yaa giteeww..


Kisah si anak-anak burung berkicauan menanti ibunya pulang membawa ulat buat santapan tu hah! yang itu ada samanya.. gini ceritanya ekk...

Semalam bersamaan jam 10:30 malam waktu Malaysia. Masa untuk dak kerempeng Nellysha tu masuk tidur. Masa tu macam biasalah mesti cari i punya sebelum nak tido tu.

Dengan bantal bacen dia yang kupam kelernya tu... tetiba menyelit kat celah i.. manja naaa... <<walaupun tak ada sape pun yang memanjakan dia.. sendiri sesuka hati memanjakan diri hehee... pastukan.. i pun cakaplah dengan suara penuh keibuan gitu kan...

"Nelly nak tido ekk... cayangg.. aloo looo looo.."

"Momma....Nelly nak tido tapi tu jap lagi... Nelly nak nasi goreng Pattaya sebelum tido..."

serta merta ko..jam tu gak! tergelincir jari mak dia yang tengah laju menaip bagai tu kan kan... peh! mana nak ku cari nasi pataya tengah malam gini.... malam Jumaat pulak tu! muahahahhahaah << tanpa double meaning okeh... pastukan...

"Esok boleh tak cayangg??? boleh laa... ehh.. ehh.." <<masa ni suara kontrol begitu ala-ala ibu mithali.. kang kalau keluar suara keras sikit kang.. ada jugak dak kerempeng tu sama naik keras melalak nak kan nasi pattaya... hah... maka dengan itu... i ler si ibu burung yang mencari ulat buat anak-anak burung tu ekk... perghhhhh... sekian terima kasih.. cerita dah ~T.A.M.A.T~ << tak perlu mengeja hehee.. Psstt... dan bahawa sa nya.. dalam nasi goreng i tu tak ada ulat okeh.... macehh kerana memahami cerita@puisi i yang hentah haper-haper aje.... :))

Nasi Goreng Buku Lima 

BAHAN-BAHANNYA :

nasi sejuk 6 cawan
1 peket filement crab stick@ketam tiruan *potong kecil
3 tangkai daun sadri *hiris
gula & garam
sedikit minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
2 cm belacan

CARA :

Panaskan minyak dan Tumiskan *BAHAN KISAR sehingga garing.
Masukkan ketam tiruan dan sesuaikan rasa.
Masukkan nasi, daun sadri dan gaul rata.
Angkat dan ketepikan terlebih dahulu.


nanti.. jangan makan dulu.. ada langkah seterusnya....


sila cetakkan dulu nasi tu... guna mangkuk atau cawan... ala-ala besor buku lima memasing ekk.. psst besor tak buku lima i?? <<jangan memain ekk....


kocokkan 2 biji telur yang telah di tambahkan sedikit lada sulah... kemudian panaskan kuali non-stick dan tuangkan telur... sila buat dengan penuh berhati-hati <<sila tahan napas bila nak buat ni ekk.. so jadinya cantik nooo.... peh! sempot okeh...


nasi yang besor buku lima memasing tu.. buhkan pulak kat tengah-tengah telur dadar tu ekk... jangan telur tu kering sangat tau.. masa basah2 sikit tu ko buh sebuku! ya giteewww...


yer lipat macam tu dulu.....


dan akhirnya... jadilah begitewwww....

TARRAAA!!!!

Nasi Goreng Buku Lima ala Pataya 


jap lagi anak burung balik.. mak burung tengah menunggu aje dia sampai jap lagi ni.... psst tak sama kan macam cerita anak burung kat atas tu... sebab mak burung yang ni tunggu pulak anak dia balik ke sarang! muahahaa... hadoiii istaghfar banyak-banyak......


Sila mengeja ketika membaca >>> S.E.D.A.P... naaa.... :))


sesuai untuk sesiapa sahaja yang tak ada mood nak masak bermacam jenis.... segalanya 3 in 1


tak payah cuci pinggan mangkuk... Kat rumah ni ada 5 orang... 
 DAN SEBENAR-BENARNYA SEBAB TU LER NASI TU JADI...
 NASI GORENG LIMA BUKU... 
so hari ni kat tengah meja makan i tu kosong! hahahaa.... sorang sepinggan gitewww...


Selamat menjamu selera kawan-kawan.... jangan lupa petang nanti.... daun pisang dah berjemur dah tu... psst.. i janji kali ni tak ada puisi atau cerita mak ngan anak burung bagai tu ekk... semetinya simple... dah tu jerk laporan hari ini... ;))

TATA!

Thursday, April 12, 2012

Nasi Goreng Hujan Lebat


Assalammualaikum... kawan-kawan... hari ni sarapan masih simple... segalanya guna left-over nasi yang ada kat dalam rice cooker tu... hujan lebat sangat kat kediaman i sekarang ni.. petir sabung menyabung... rasa macam nak tarik selimut aje awww... hmmm... i memang suka betul kalau hujan waktu pagi dan malam... rasa macam romantis! yer romantis tak bertempat! bukannya ada sesiapa kat rumah ni hah! just me and Abang Amin my hero no 1 tu.... berdua lagi bagus! tak giteeewww.... gorengkan nasi goreng ala-ala hujan lebat.... segalanya main pakai campak tebor dan nak cepat! kengkonon lepas tu boleh berlengkau dalam selimut! ada ka... hahahahaa....


Nampak tak? hujan lebat naa...... sejuk dan dingin... masa nak snap gambar kat tepi laman mini i tu.... berangan ler sekejap.... teringat masa kecik-kecik dulu.. wahhh!!! hujan lebat kilat sabung-menyabung.. masa tu ler... dok siat buku latihan! muahahaahha.. bukan peduli.. guna ke tidak buku tu.... koyak bahagian tengah! jadi tak ler kantoi dengan cikgu.. buku latihan yang i suka koyakkan... buku latihan matematik! hah! amik ko hahahhaa... sebab apa tau.. buku latihan matematikkan berpetak-petak... so senang nak lipat jadikan kapal ke sampan ke... wahhh.. siap aje dalam 5 buah sampan! pergghhh naik nipis buku latihan tu ku kerjakan..... bukan peduli apa nasib bila naik sekolah tu nanti... <<< i memang pelajar cemerlang dan contoh! <<< sila terbalikkan muahahhaa... pastu apa lagi.. terjun ler! lepaskan satu-satu sampan kertas buku latihan berpetak-petak tu kan.. wahhhh... laju aje ko sampan tu berjalan atas air kat celah longkang kecik tepi rumah.... jap lagi... kan kan... tengah leka... leka dan leka tu.... kalau sampan tu karamkan.. kais guna kayu ranting duku... wahhh.... jalan laju lagi.. jap lagi.. tengah leka... Zup! Zap! Zass! kena ranting inai dengan my Bonda... <<< cerita bersambung... pssstt sampai laa terasa-rasa lagi rembatan ranting inai kat betis i tu tauuu..... adoiii!

Nasi Goreng Hujan Lebat


BAHAN-BAHANNYA :

4 cawan nasi semalam
daun sadri hiris
1 biji telur *kocok

BAHAN TUMBUK :

1 batang lada merah
1 batang lada hijau
5 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis
1 cm belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *Bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau dan agak garing.
Pecahkan telur dan gaul rata, buh garam.
Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati, sesuaikan rasa, 
Angkat dan hidangkan bersama telur mata kerbau!

TARRAA!!!

Nasi Goreng Hujan Lebat


makan nasi goreng hujan lebat.... nostalgia masa zaman kecik tetap segar di ingatanku..dan akan sentiasa ku pahat di hati ini... awww... << wahhh ayat novel giteeww...yang aawww tu bukan ayat novel huhuhu....


Gorengkan telur mata lembu, kerbau ke... kuning tu bior cair sikit.. wahhh...... mata tu pejam masa makan tu ekk... pastu timbang berat tu hahahaa....


Hujan membasahi bumi... kebun mini i pun nampak segar aje giteewww.. yang tak tahan tu.. rumput tu yang nampaknya semakin segar dan tumbuh dengan jayanya... nak mesin rumput pun tak guna.. nanti rumput cepat panjang! << alasan orang rajin muahahhaa... 


i goreng nasi guna kuali antik my mom.. usia lebih 20 tahun.. gitu jugak kuali tu gupernya.. hitam dan berkerak! tu ler yang best.. kalau omputeh ni kan kan.. ini ler yang jadi kebanggaan dia tau... samalah dengan i... *malas nak ku sental* bior aje dia guper cam tu... barulah best.. terasa ler macam masih kekanak!
:
:
semuanya kerana Nasi Goreng Hujan Lebat... nostalgia lalu akan ku simpan selamanya....:)))) *hati tetap sayuUuu YoUUuuu..*

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ