ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, December 15, 2011

CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM


Assalammualaikum, selamat pagi semua :))) dah sarapan? Sarapan apa agaknya ya? Okay dah lama tak buat Cucur Ikan Bilis. Pagi tadi teringin pulak nak makan... so mulalah membancuh. Bukannya susah sangat... terlalu mudah... cuma campurkan kesemua bahan-bahan, sesuaikan rasa, panaskan minyak, goreng... dah siap! cicah pulak dengan sos cili... perghhh... TERBAIK!!! i tell you!

Pagi ni pendek aje cerita yaa.. sebab minyak belum panas! Cucur ikan bilis ni memang ler rangup di luar dan lembut di dalam... kalau nak tahu macam mana rasa.. kenalah cuba ya... hehe.. udah ler tu, Jom! Salin resipi! Ikhlas dariku buat semua.. :))) You all terbaik!


CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

Bahan-bahannya :

1 biji bawang merah *dadu*
1 batang lada merah *dadu*
1 biji telur
1 genggam ikan bilis *cuci dan toskan*
4 cawan tepung gandum
2 tangkai daun sadri *hiris*
air *lebih atau kurang*
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan jadikan batter yang agak pekat. Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing atau keperangan.
  3. Angkat dan hidangkan bersama sos cili!


Tengg!! Tarraa!!!

CUCUR IKAN BILIS RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM


Rangup di luar! Lembut di dalam! A must Try guys!


*Bersama rakan seperjuangan di MasterChef Malaysia*

TATA!!!



6 comments:

Shaznina Sofia said...

wahhh sedap nyh.. mmg bole cuba.. :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq dear.. nanti cuba ya..:))

farnas said...

Pertama kali singgah...akak... saya amik resipi ni ya....akak m.chef...hehe..akak nti mai la ke blog saya ek.... nk buat skrg ni,...

farnas said...

Aik..... hilang ke

farnas said...

La ....hehe...ok...ok...bye kak

Majdiah Mohamed Kassim said...

Assalamualaikum wrb,

Salam dari Singapura!!!

Hai Kak Shahriah. Nama saya Majdiah dari Singapura.
I first got to know about your blog when i googled "Sotong Masak Hitam", sometime last year. Saya cubalah. Power Gileerr!!! Since then, da banyak dah recipe recipe kakak saya salin. Hehehe Copyright tu!!! Cuma baru sekarang dapat meluangkan masa nak ucapkan terima kasih kat you. Maklum, sibuk dgn kerja, suami, anak and skola.
Saya bukan tak pandai masak. Cuma dulu time kecik kecik, bila nak tolong mummy in the kitchen, slalu kena halau. Dia memang tak suka ramai orang kat dapur tu...rimas kata dia!!! hehehehhehehe....... Suami I pon sentiasa memberi kata2 perangsang dan motivate saya untok memperbaiki diri sendiri. Sekarang ni, apa yang saya masak, dia puji je... hehehehe


Jadi kak, please please please do not stop updating recipes and useful tips in your blog that all of us can use. Saya takde Facebook, Twitter, Blog, sbb malas lah jaga. Tapi setiap kali saya inginkan recipe yang power2, I must visit your Blog. hehehehee

Sekian kak, sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kpd kakak kerana tidak lokek mengongsi ilmu memasak kakak yang luas itu. Semoga Allah membalas jasa murni kakak. Ameen..

Wassalam.
Majdiah

Email: huneymaj@yahoo.com

PS:
Kak, saya cari punya cari, saya tak dapat jumpa recipe Cili Kicap Power. Kalau akak tak keberatan, bole tolong uploadkan recipe tu tak? Saya kalau tak makan cili, tak sah u! heheheh

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ