ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, March 9, 2011

IKAN GORENG BAWANG PUTIH RANGUP

IKAN GORENG BAWANG PUTIH RANGUP

Muahahahaa.... rasanya... memang best! rangup dan cukup enak! di ratah begitu sahaja pun okay! nak tahu macam mana resipe ni??? hehee. ni namanya resipe mengelat! bukan malas ekk.. tetapi i memang suka mencuba sesuatu yang pelik tetapi best! you all pun kena cuba ni tawww.... mudah jerk... hehee.. memula sekali kena ler kekedai ekk... pastu....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
IKAN GORENG BAWANG PUTIH RANGUP
  • Itu ler resipenya ekk.. ke pasaraya korang cari ler... PRODUK JENAMA BESTARI DI BAWAH LABEL ~ TEPUNG AYAM GORENG RANGUP ~ PERISA BAWANG PUTIH
  • 4 EKOR IKAN SELAR ~ SIANG DAN KELAR DAN LUMURKAN 5 SUDU BESAR TEPUNG GORENG BESTARI, perapkan sebentar...
  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing atau keperangan
  • angkat dan hidangkan!
 TENGGG!!! TARRAAAA!!!!
IKAN GORENG BAWANG PUTIH RANGUP

TAK KE BESTARI TU NAMANYA... HEE... KITA BUAT DIA YER TAK? SEGALANYA MUNGKIN...:):)
MENU HIDANGAN 9HB MARCH 2011 :

  • IKAN TENGGIRI RAMPAI KUNYIT
  • SAYUR LEMAK PISANG
  • IKAN GORENG RANGUP BAWANG PUTIH
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
  • IKAN MASIN
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN... CAYANG KAT YOU ALL EKK..:):)

****ESOK ADA KEJUTAN DI BLOGS KESAYANGANKU INI... APA DIA??? TUNGGU!!!***

TATA!!!


LEMAK PISANG VERSI (2)

 
LEMAK PISANG VERSI (2)

Ewahh.. Cewahhh.. ciwahh.. Versi (2) dah ekkk.. padahal kalau ikutkan dah sampai versi ke (10) dah ekk.. al-maklumlah baru ada blogs khas untuk resipe, maka segala apa jenis masakan yang ku masak tiap hari di rumah ni baru ler dapat di kongsikan bersama kengkawan semua..:) okay kali ni lauk lemak pisang i tumis... biasanya main pakai lebur cenggitu jerk.. so i nak tumisan i tu rasa lebih enak.. i tumis.. so rempah yang di gunakan masak dan baunya lebih harum tapi pedasnya yaaa... hamfuunn... itu ler rahsia kesedapannya kalau nak masak lauk lemak pisang ni ekk. kalau tak pedas... ala-ala nak makan pun macam nak tetido depan nasi tu hahaa.. dah tu jerk!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
LEMAK PISANG VERSI (2)
TU DIA... pisang hehee. i ni bab kalau nama pisang nggak pakar dong! tapi kata my PA neng naya tu.. nama pisang ni pisang susu... nak tanya bonda entah kerumah jiran mana satu haaa... so pisang ni di tanam di belakang umah tanpa perhatian langsung tetapi cukup masa berbuah ler dia.. dan kami pun tebang ler pokok pisang tu ekk. kerana pisang tidak berbuah dua kali....

Bahan-bahan DI KISAR :
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 tangkai cili padi (memang berapi ni oke)
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan kasar
Bahan-bahan LAIN :

  • 9 biji pisang muda ~ cuci bersih, siat kulitnya dan isinya di tumbuk/ dipecahkan dengan lesung 
  • 2 helai daun salam
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1 helai daun kunyit ~ siat
  • 2 keping asam keping
  • 3 keping tulang ikan kurau
  • 2 biji buah keras
  • 1000ml santan pekat
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan serai sehingga naik bau atau pecah minyak
  • masukkan pisang yang telah di celur dan masukkan santan, daun salam dan asam keping
  • renehkan sehingga kuah pekat
  • sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!
LEMAK PISANG VERSI (2)
kuah tu biar pekat atau sama rap aje dengan pisang tu ekk.. baru ler best!
ikan masin dan sambal belacan wajib di lawankan dengan lauk lemak pisang ni ekk...:):)
MENU HIDANGAN 9HB MARCH 2011 :
  • IKAN TENGGIRI RAMPAI KUNYIT
  • SAYUR LEMAK PISANG
  • IKAN GORENG RANGUP BAWANG PUTIH
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
  • IKAN MASIN
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN... CAYANG KAT YOU ALL EKK..:):)

****ESOK ADA KEJUTAN DI BLOGS KESAYANGANKU INI... APA DIA??? TUNGGU!!!***

TATA!!!

IKAN TENGGIRI RAMPAI KUNYIT

 
IKAN TENGGIRI RAMPAI KUNYIT

Muahahaa... udah ketemu lagi kita dengan ikan tenggiri... umpama mak tiri tau kalau tengok ikan ni... ini ler ikan Fav gengs serumah.. i biasa sahaja... tapi suka masak ikan tenggiri ekk.. sebab isinya kejap dan kalau di goreng cantik aje giteeeww.. kali ni i goreng berlada buhkan daun kunyit yang i rampaikan.. tetiba masa merampai daun kunyit tu teringat masa nak kawin dulu ekk.. i buat sendiri tau bunga rampai! huihh.. kisah lalu tu ekk... hehee... dah tu jerk.. banyak kije nak buat ni ekk..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
IKAN TENGGIRI RAMPAI KUNYIT 
Bahan-bahan di KISAR :
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas
Bahan-bahan lain :
  • 5 keping ikan tenggiri ~ lumurkan bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam ~ goreng sehingga keperangan angkat dan ketepikan
  • 1 helai daun kunyit ~ rampaikan atau hiris nipis
  • sedikit air asam jawa
  • bawang hiris untuk tambahan
  • 1 batang serai ~ titik
Cara memasak :
  • Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga masak atau pecah minyak
  • masukkan air asam jawa dan kacau rata
  • sesuaikan rasa dan masukkan ikan tenggiri, gaul rata
  • masukkan daun kunyit dan bawang potong renehkan sebentar
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TAARRRRAAA!!!
IKAN TENGGIRI RAMPAI KUNYIT
harum aje bau lauk tu tauu.. bau daun kunyit sambal tu pulak masam manis, ikan tenggiri tu pulak lemak dan enak... memang best! must try oke..:)
MENU HIDANGAN 9HB MARCH 2011 :
  • IKAN TENGGIRI RAMPAI KUNYIT
  • SAYUR LEMAK PISANG
  • IKAN GORENG RANGUP BAWANG PUTIH
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
  • IKAN MASIN
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN... CAYANG KAT YOU ALL EKK..:):)

****ESOK ADA KEJUTAN DI BLOGS KESAYANGANKU INI... APA DIA??? TUNGGU!!!***

TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ