ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, March 2, 2011

LEFT OVER BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY JELO

 
LEFT OVER BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY JELO

Muaahahhaa... Ke London kita petang ni ekk.. apa ada kisah.. janji rasanya enak giteeeewww kan... masam-masam manis.. cantik rupanya... warnanya tu yang memang i suke! suka ler sesangat ekk... apa pun menu minum petang ni sungguh simple dan jimat belanja dan jimat tenaga.. tak sampai 30minit dah siap! menunggu set kat dalam chiller tu aje yang lama cikit.. cikit jerkk.. bila memasak ni nak kena banyak bersabor... hasilnya pasti mendeborkan! cewahhh.... okay semua tahukan 'LEFT OVER' tu maksudnya saki-baki ler gitu.... so masa buat sandwich untuk Bday Boy tu ada ler baki kulit roti yang keras tu.. so i bancuh ler jadikan bread puddings.. pastu i bancuh i buh strawaberry segor dan masakkan sikit strawberry jelo tu.. dah siap! rasanya pun mak aii.. pak aii.. nak tahu cemana rasa kena ler cuba ekk.. ekk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!! 
LEFT OVER BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY JELO

Bahan-bahannya :
  • 8 keping roti ~ potong kecil
  • 2 biji telur
  • 70gm gula perang
  • 1 sudu besar vanilla
  • 5 biji strawberry segar ~ dadu
  • 1/2 tin susu cair
  • sedikit garam
  • loyang untuk membakar
Cara menyediakan :
  • campurkan telur, susu cair, gula perang dan vanilla
  • kocok sehingga gula hancur
  • masukkan roti dan strawberry yang di cincang sehingga serap dan kembang
  • masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 20 minit atau keperangan/set
  • angkat dan sejukkan terlebih dahulu
 
Bahan untuk Jelo :
  • 1 kotak kristal jely ~ nona masak di atas api sederhana sehingga larut/ ikut panduan di belakang kotak 
  • 6-8 biji strawberry segar ~ belah dua
  • whipping cream untuk tambahan
Cara menyediakannya :
  • susun buah strawberry yang di potong dua di atas adunan bread puding yang telah sejuk sepenuhnya
  • Tuangkan aduanan jeli ke atas puding roti sehingga rata di atas permukaan puding 
  • sejukkan ke dalam chiller sehingga puding set
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!!
LEFT OVER BREAD PUDDING WITH STRAWBERRY JELO
 
SELEPAS NI KALAU ADA ROTI YANG BERBAKI TU SIMPAN EKK.. PASTU TRY LER BUAT CENGGITU.. TAK MEMBAZIR DAN SEMESTINYA THUMBS UP! MY KIDS TELL ME! HEHE...:):)

SELAMAT MINUM PETANG SEMUA!!

TATA!!!



IKAN BAWAL HALIA BERLADA NENAS

 
IKAN BAWAL HALIA BERLADA NENAS

Emboi.. emboi.... kemain lagi ekk.. membubuh nama resipe kali ni segala nama perabah yang ada dalam masakan tu nak ku bubuh semuanya hehee.. apa nak buat... itulah trauma setiap tukang masak ekk... i tak buh sweet n sour sebab no sos at all! sebab i tak suka masakan bersos segala! entah kenapa tekak ni tak leh masuk ekk.. kalau di hidangkan pun.. secuit aje yang i makan ekk.. tapi kalau di restauran i makan ler jugak ekk.. sebab di bayar! ahakz! okay kali ni i masak simple aje ekk... so you all yang busy di luar sana tu ini adalah salah satu resipe yang mudah.. ala-ala touch and please go! boleh giteeewww?? hehee.. yer laa i tengah busy sekarang ni ekk.. nak kena menaip depan PC tu entah hape-hape i yang taip... menaip aje ler kijenya.. tak per usaha masa muda esok dah berusia.. eh tak tua ke ko shasha??? itu belakang kira... yang penting kejar masa... dah puas usaha.. pasti hasilnya ada kan... (sambil mata terkenyit-kenyit!) hehe.. udah ler bersembang untuk hari ni ekk.. sambung petang kang ekk.. ekk.. i dah buat tu... tunggu set dalam chiller ekk.. petang nanti ada menu minum petang yang sungguh simple tetapi... aduii..  duii.. duii.. duii.. tungguUu... khas buat semua kengkawan yang setia menjengah di blogs kesayanganku ini ekk. sayang awak juga! kecuali kaum adam oke...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
IKAN BAWAL HALIA BERLADA NENAS
Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ikan bawal ~ potong dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit goreng sehingga masak ketepikan
  • 1 biji bawang (merah) besar ~ dadu
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris batang mancis
  • 2 inci halia ~ hiris batang mancis
  • 1 batang serai titik
  • 10 tangkai cili kering ~ kisar halus
  • 2 batang daun ketumbar ~ hiris
  • 1/2 biji nenas masak ~ potong tiga segi
  • lada merah dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara memasak :
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, halia, bawang putih, serai dan cili kisar sehingga garing
  • masukkan sedikit air dan nenas
  • gula dan garam. renehkan sehingga pekat sedikit masukkan daun ketumbar
  • setelah kuah pekat simbangkan di atas ikan bawal yang telah di goreng
  • taburkan dengan lada merah dan daun ketumbar
  • hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
IKAN BAWAL HALIA BERLADA NENAS
 wah! mudah aje tu.. lepas masak dah boleh sambung kerja ekk... tak pun belengkau atas katil! hahaa..

MENU TENGAHARI 2HB MARCH 2011 :
  • IKAN BAWAL HALIA BERLADA NENAS
  • TERUNG GORENG BERLADA
  • IKAN MASIN GELAMA JERUK
  • SALAD TIMUN DAN NENAS

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!
TATA!!



TERUNG BERLADA VERSI (2)

 
TERUNG BERLADA VERSI (2)

Muahahaha... terung! terung! terung! yang di tanam belakang umah tu tak berbuah lagi... entah bila ler agaknya ekk.. tak per, pasor ada beli ler 3 ketui kecik aje ekk.. masak asam pun sedap.. tapi hari ni memang nak masak lauk kering-kering dan merah aje kelernya ekk.. sebab i kan fanatik dengan keler merah... so masak ler terung berlada... versi (2) i cuma tambahkan buah keras sahaja untuk resipe kali ini... rasanya sudah tentu lebih enak! ala-ala lemak dan pedas giteEEEwwww.....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TERUNG BERLADA VERSI (2)
Bahan-bahannya :
  • 3 batang terung ~ buang kulit ala-ala selang seli gitu dan belah dua (goreng terlebih dahulu)
  • 4 tangkai cili merah
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1biji buah keras
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • sedikit belacan
  • tumbuk separa hancur
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk kasar
  • masukkan terung dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
TERUNG BERLADA VERSI (2)

 mudah, jimat tenaga... bertambah nasi tu yang tak tahan ekk.. no komen! hehe..
MENU TENGAHARI 2HB MARCH 2011 :

  • IKAN BAWAL HALIA BERLADA NENAS
  • TERUNG GORENG BERLADA
  • IKAN MASIN GELAMA JERUK
  • SALAD TIMUN DAN NENAS

TATA!!!

SALAD TIMUN DAN NENAS

 
SALAD TIMUN DAN NENAS
Wah... salad segala! kononnya ler... hehee..nama jerk lain... lebih kurang jerk sama dengan acar nenas dan timun tu ekk.. tetapi rupa aje yang lain.. bahan sama aje.. i buang mempulur timun tu dan hiris nipis tak ler berapa nipis, biar rangup bila di kunyah ekk.. nenas tu i potong kecil-kecil dah tu jerk... i share ler jugak resipe yang mudah giler ni ekk.. sebab i sayang kat you all yang setia menjengah blogs i yang i sayangi ni ekk.. cewahhh! lagi satu kalau dah tak ada selera nak makan ulam rebus.. hah! ini ler jalan penyelesaiannya...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SALAD TIMUN DAN NENAS

Bahan-bahannya :
  • 1 biji timun ~ buang mempulur di tengahnya dan hiris nipis
  • 1/2 biji nenas masak ~ potong kecil
  • 1 biji bawang merah ~ potong bulat
  • 5 tangkai cili kering ~ potong kecil
  • 4 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
  • gula dan garam secukup rasa
Cara menyediakannya :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan dan sesuaikan rasa
  • simpan di dalam chiller
  • hidangkan!
TENGGG!!! TARRAA!!!
SALAD TIMUN DAN NENAS
 MUDAH YA HAMFUNNN!!

MENU TENGAHARI 2HB MARCH 2011 :
  • IKAN BAWAL HALIA BERLADA NENAS
  • TERUNG GORENG BERLADA
  • IKAN MASIN GELAMA JERUK
  • SALAD TIMUN DAN NENAS

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!
TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ