ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label RENDANG PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label RENDANG PELBAGAI JENIS. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

RENDANG HATI BERSAMA NASI IMPIT

RENDANG HATI BERSAMA NASI IMPIT


Assalammualaikum... ini resipe yang kedua i update hari ni yer cik dan puan-puan.. kalau terlepas tu.. silalah scroll down. Okeh.. hari ni resipe agak tersasar sedikit dari menu harian.. nak tahu kenapa??? hehehehe.. kerana bonda kesayangan ada pulang kerumah.. so hari ni special i masakkan khas buat bonda tersayang.. anak-anak i reti makan rendang hati ni.. sebab i biasa beli di pasar malam... tapi yang makan hati dan tak reti makan hati ni.. hahahaa.. my beloved pak habibi.. alahh.. i tak kesian pun.. cuma hari ni aje lauk fav dia tak ada... kalau dia makan tak berselera hari ni.. paling tidak turun cuma 11gm aje! *pengsan!! hahaa.. okaylah.. pak habibi i tu i masakkan lauk lain ler.. sup gear box! tu dia.. resipe nanti i share.. yaa.. okay jom! salin resipe..

RENDANG HATI BERSAMA NASI IMPIT

500 gm hati lembu - hiris 1/2 cm
*perapkan hati lembu bersama halia tumbuk dan sedikit garam*

1 helai daun kunyit - mayang
1 helai daun limau purut - mayang
50 ml air asam jawa 
100 ml air
100 ml santan pekat
1 sudu besar kerisik
gula dan garam

BAHAN KISAR :

2 biji bawang merah *besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai
10 tangkai cili kering
2 sudu besar serbuk kari daging

CARA :

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan *bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan garing *api perlahan* lelam sikit menumis tu yaa.
masukkan hati lembu, air dan air asam jawa, renehkan sehingga hati empuk.
masukkan santan pekat, kerisik, daun kunyit, daun limau dan sesuaikan rasa.
setelah pekat angkat dan hidangkan bersama nasi impit.

TARRRAAA!!!!

RENDANG HATI BERSAMA NASI IMPIT


Mudah aje tu kan kan... nasi impit tu i masak sikit aje.. hanya untuk bonda dan i.. anak-anak lebih sukakan nasi.. so.. so.. tak perlu ler berebut! *pengsan!*

TATA!!!

Tuesday, March 1, 2011

RENDANG AYAM HARUM

 
RENDANG AYAM HARUM

nAK AJE ku bubuh Rendang Ayam Perfume! haha.. boleh gitewww???? memang tak ada sesiapa ler berani nak mencuba yer tak.. okay bukan sengaja buh nama rendang ayang tu dengan nama HARUM... sebab baunya memang harum ekk.. mau tak harumnya... kalau dah serai.. lengkuas.. eh! tu biasa ler yer tak... okay kalau dah daun limau purut, daun kunyit sebanyak idak.. mau tak harum.. kalau buh nama rendang aje cam biasa tu.. kang you tak dapat nak membezakan ekk.. ekk.. kerisik lagi waduh! waduh! bisa pengsan oke! makan pulak dengan nasi impit lembik aje gitewww ekkk.. dah malas nak cerita lagi.. sebab i tak ada nasi impit hari ni ehhe.. okay rendang ada pelbagai jenis dan cara.. lebih dari 30 jenis rasanya ekk.. dan ini adalah salah satu resipe rendang yang biasa shasha masak di rumah eek... ada yang bertumis dan tak bertumis.. yang ni i tumis ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
RENDANG AYAM HARUM

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih
  • **2 biji bawang merah
  • **3 ulas bawang putih
  • **1 inci halia
  • **1 inci lengkuas
  • **2 batang serai
  • **15 batang cili kering
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit ~ hiris rampai
  • 3 helai daun limau purut ~ hiris rampai
  • 1 biji kelapa ~ ambil sekali perahan
  • **KISAR HALUS BAHAN YANG BERTANDA
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak
  • tumiskan **bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak
  • masukkan ayam dan gaul rata
  • masukkan sedikit air baki dari bahan kisar
  • renehkan sebentar setelah air agak kering 
  • masukkan santan dan masukkan kerisik biar kering sedikit
  • sesuaikan rasa dan taburkan daun kunyit dan daun limau purut
  • renehkan lagi sehingga kuah pekat dan ayam empuk
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
RENDANG AYAM HARUM
amacam?? mudah aje kan.. baunya memang HARUMMM... i tell you...:):):)
MENU MAKAN TENGAHARI 1 MARCH 2011 :
  • RENDANG AYAM HARUM
  • PERIA GORENG TELUR
  • ULAM TIMUN MUDA
  • IKAN MASIN TENGGIRI JERUK
TATA!!





Monday, February 7, 2011

RENDANG HATI

 
RENDANG HATI
Rasanya dah lebih 3 tahun tak masak rendang hati lembu.. kalau hati ayam tu biasa memang ekk.. bila memasak tu teringat masa duk di asrama dulu... tiap hari selasa ini ler hidangan kami di dewan makan kolej dulu hehe.. kiranya nostalgia ler ni ekk.. rasanya aduhaii... entahlah tak tahu nak cakap cemana ekk.. yang penting bila suap aje ke mulot terus ler teringat kat kenagan lalu.. adeh.. deh.. deh.. dah tua ke aku ni ekk?? hehe.. 
JOM!! SALIN RESIPE!!
RENDANG HATI
 Bahan-bahannya :
**DI KISAR HALUS :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar kerisik
  • 8 tangkai cili kering
  • 2 sudu besar serbuk kari udang
  • 1/2 biji kelapa ~ jadikan 2 gelas santan
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kilo hati lembu yang segar ~ potong nipis lebar 2 inci
  • 2 helai daun limau purut ~ siat buang tulangnya
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak tumiskan bahan-bahan di kisar halus sehingga naik bau dan garing sedikit
  • masukkan hati lembu dan santan juga daun limau purut
  • renehkan dengan api sederhana sehingga hati lembu empuk
  • sesuaikan rasa, bila kuah pekat dan hati empuk
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
RENDANG HATI
RENDANG HATI
RENDANG HATI
 Amacam? mudah aje kan?? jangan makan hati udah ler ekk.. hehe.. apa pun sekadar berkongsi,  tiada melibatkan hati sesiapa pun...
 Hidangan kami sekeluarga 7 FEBRUARI 2011
selamat mencuba kawan-kawan!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ