ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 1, 2011

RENDANG AYAM HARUM

 
RENDANG AYAM HARUM

nAK AJE ku bubuh Rendang Ayam Perfume! haha.. boleh gitewww???? memang tak ada sesiapa ler berani nak mencuba yer tak.. okay bukan sengaja buh nama rendang ayang tu dengan nama HARUM... sebab baunya memang harum ekk.. mau tak harumnya... kalau dah serai.. lengkuas.. eh! tu biasa ler yer tak... okay kalau dah daun limau purut, daun kunyit sebanyak idak.. mau tak harum.. kalau buh nama rendang aje cam biasa tu.. kang you tak dapat nak membezakan ekk.. ekk.. kerisik lagi waduh! waduh! bisa pengsan oke! makan pulak dengan nasi impit lembik aje gitewww ekkk.. dah malas nak cerita lagi.. sebab i tak ada nasi impit hari ni ehhe.. okay rendang ada pelbagai jenis dan cara.. lebih dari 30 jenis rasanya ekk.. dan ini adalah salah satu resipe rendang yang biasa shasha masak di rumah eek... ada yang bertumis dan tak bertumis.. yang ni i tumis ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
RENDANG AYAM HARUM

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih
  • **2 biji bawang merah
  • **3 ulas bawang putih
  • **1 inci halia
  • **1 inci lengkuas
  • **2 batang serai
  • **15 batang cili kering
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit ~ hiris rampai
  • 3 helai daun limau purut ~ hiris rampai
  • 1 biji kelapa ~ ambil sekali perahan
  • **KISAR HALUS BAHAN YANG BERTANDA
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak
  • tumiskan **bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak
  • masukkan ayam dan gaul rata
  • masukkan sedikit air baki dari bahan kisar
  • renehkan sebentar setelah air agak kering 
  • masukkan santan dan masukkan kerisik biar kering sedikit
  • sesuaikan rasa dan taburkan daun kunyit dan daun limau purut
  • renehkan lagi sehingga kuah pekat dan ayam empuk
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
RENDANG AYAM HARUM
amacam?? mudah aje kan.. baunya memang HARUMMM... i tell you...:):):)
MENU MAKAN TENGAHARI 1 MARCH 2011 :
  • RENDANG AYAM HARUM
  • PERIA GORENG TELUR
  • ULAM TIMUN MUDA
  • IKAN MASIN TENGGIRI JERUK
TATA!!





No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ