Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman yang sudi singgah di dapur ku ini... :)
Terima kasih juga kerana meninggalkan jejak... amat ku hargai... terima kasih teman.. :)
Mood masih bersantai dan bercuti... tak ke mana-mana hanya terperap di rumah.. hobi yang paling i suka :))
Mood nak bercuti nampaknya bertangguh lagi selain tak cukup korem :( tak reti betul bercuti kalau tak
cukup anak-anak ni taw! rasa macam semacam aje.. alahaiii << bukan mengeluh.. tapi sayu ;)
dan percutian nak ketempat jauh nun sana tu terbantut dek ada beberapa undangan yang wajib ku hadiri.. wahh nampaknya dah mula nak busy ni.. kalender bulan July awal minggu dah penuh berpangkah! hadoii kerja penulisan dah lama tak bercuit...
pulak jenis tak reti kalau nak menulis tu ada gangguan... so bagi laluan dahulu.. bila dah free esok tu nanti baru sambung semula.. apa pun nak kena selesaikan kerja penulisan tu sebelum bulan puasa.. sebab i nak rileks dan beramal sepanjang bulan puasa tu nanti.. cecewahhh.... ;)
Pak Choy Goreng Sos Tiram
Bahan-bahannya :
1 peket sayur pak choy *potong dua dan cuci bersih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap cair
sedikit minyak bijan
sedikit garam
minyak
BAHAN HIRIS :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih *dadu
1 tangkai cili merah
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN HIRIS* sehingga naik bau.
Masukkan sayur pak choy, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan.
Kacau rata, sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!!
Pak Choy Goreng Sos Tiram
Daging Goreng Kunyit bersama Peria
BAHAN-BAHANNYA :
1/2 batang peria *hiris dan gaul bersama garam, perapkan sebentar. Cuci bersih*
200 gm daging *batang pinang dan hiris* + lumurkan bersama 2 sudu besar serbuk kunyit dan sedikit garam. Perapkan sebentar.
sedikit minyak
sedikit serbuk lada sulah
BAHAN HIRIS :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan gorengkan daging terlebih dahulu sehingga bertukar warna *i guna daging batang pinang so tempoh memasak amat singkat*
Masukkan sayur peria, serbuk lada sulah, dan *BAHAN HIRIS*
kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!
Daging Goreng Kunyit bersama Peria
Kacang Bendir Goreng Ikan Bilis Dan Telur
BAHAN-BAHANNYA :
7 tangkai kacang bendir *potong serong
150 gm ikan bilis
1 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
minyak
gula dan garam
BAHAN HIRIS :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi hijau
CARA :
Panaskan sedikit minyak. Dan tumiskan *BAHAN HIRIS* sehingga naik bau.
masukkan ikan bilis dan goreng sehingga agak garing.
Masukkan kacang bendir dan telur.
Kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!!
TARRAAA!!!
Kacang Bendir Goreng Ikan Bilis Dan Telur
Simple aje semua sayur goreng tu kan.. semuanya hidangan yang i masak beberapa hari yang lalu.. ada juga yang ku jadikan bekal masa piknik tu.. masa sangat terhad nampaknya sekarang ni... :)
kerja seharian dah mula nak berjadual kembali, kalau tak memang tak terbuat rasanya... kain baju yang sepatutnya perlu di gosok.. ehhhssss.. awal lagi dah ku gosok! hantar ke dobi! selesai satu kerja muahahahaa :)) :)) :))
Syukur Alhamdulillah... :)
Kedua-dua karya terbaru ku antara yang terlaris dalam carta Grup Buku Karangkraf Syukur Alhamdulillah...
Berkat usaha, tak pernah jemu untuk terus berkarya dan menghasilkan karya yang lebih bermutu buat tatapan semua peminat Karya Shahriah.. terima kasih semua.. hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya... semoga rezeki kawan-kawan semua melimpah ruah.. Aamin... :)
Jumpa lagi!!
CoPppp!! ada minum petang tak nanti???
Hehhhhh ada kot! ;)
TATA!!
19 comments:
Helloo...... tengah sibuk wat kuih seri muka? I punya seri muka bahagian pulut ada lembit sikit, kalu you nak keras kasi kurang santan 1/4 cawan. My cawan jenis 160mls. Tapi I suka makan sejuk so kalu dah masuk peti sejuk texturenya sedap.
Ini ari cepat siap masak 3 jenis sayur dalam 10 mins? Amboi ini cam express sinaran pagi? hahaha...
Lain ari you coba goreng peria gnan telor masin, sedappp... best.
Goreng bawang putih dengan minyak sampai kuning, masuk peria goreng kejab. Pukul telor masin putih sikit, cincang telor kuning masin, masuk dalam kuali goreng sampai masak. Letak garam sikit kalu nak berenang dalam garam. dan sedikit serbuk lada putih. Kow tim... makan dengan nasi putih.. ohhhhmmmmmmmmpppp.......
Cayangggsss.... you. muahhzzz.........................
nanti jumpa lagi. I cuti2x lepak dua ari. Tengah wat vanilla ice cream, hehehehe....
sukeeeeeeeeee sgt pak choi sama bendi..tp peria tak..errkkk!!!! :)
kalau ratah pun saya mampu lakukan hehehe
asslm Kak Sha cyg...wah hebat 3 jenis sayur dlm 10 min...kalau QH mau 1 jam kot...hahah...
bwk2 berehat yer kak...kesihatan tu kne jga jugak tau...hihi
Wah berderet2 menu sayur Kak Sha hari ni.. Tak tahu nak makan yg mana satu..
Bab kain baju tu.. memang senang kalau hantar ke dobi, bersedia jelah nak membayarnya.. :D
salam kak sha cayanggg~~~~
pok choi dgn soso tiram tu mmg tun suka!!! bendi pulak mmg tiap2 minggu beli. hantu bendi tun nih.. cuma daging je tun xmakan.. blh laa join akak picnic ^^
semua sayur ni ecah suka makn kak!!
heehehhe
amin
semoga rezeki sha juga akan bertambah:)
Akak memang suka masak yg simple2...cepat di masak cepat di makan...sesuai sgt dgn resepi sha hari ni :)
salam kak sha..walaupun simple,tp sume sayur tu mmg sedap..
nnt nak cuba daging goreng kunyit dgn peria pulak..oishii sou.:))
bnyak nya sayur hari ni Sha,baguslah tu amalkan makan sayuran bebanyak hee semua nya sedap dan yg paling akak suka bendi lah heeee
bnyak nya sayur hari ni Sha,baguslah tu amalkan makan sayuran bebanyak hee semua nya sedap dan yg paling akak suka bendi lah heeee
Amoiiii tq so much for the recipes yaa.. memang terbaikk!!!
Haiya amoii itu sayur 3 dalam 1.. kumpul seminggu lepas punya ley hahahaa... kalau 10 minit 3 sayur siap hadoiii itu namanya tangan i ada 15 hahahahaa...
cayang you muahhhhzz nanti ice cream dah siap kasi tau okeh!
Neeza wahh suka sayur yaa.. samalah kita.. cuma peria tak suka ekk?? sebab pahit hehhehehee
Wsalam QH sayur 3 dalam satu.. seminggu lepas punya akak masukkan jadi 1 hahahhaa..
mau 10 minit nak siap semua tu hadoii robot pun kalah hahaha
Nur menu 3 dalam 1 minggu lepas punya akak kumpul masukkan dalam 1 N3 hahhaa...
betul tu jawab masa nak membayor bill hehhee
Wsalam Tun cayang wangi hehhee.. wahh hi 5 sikit!!! itu sayur 3 dalam satu masuk dalam 1 N3 hahahaha
Cik Ecah! jom! kita makan sama2 jom!
Aminn tq kak Kasih Redha..
betul tu kak ni sayur memang fav sha... minggu lepas punya hehhehee
Wsalam Kamalia cayanggg macehh nanti masak bagi akak sikit ehhh hehehhee
Kak Noor cayang sayur masukkan dalam 1 N3 minggu lepas punya hehhehee
Post a Comment