Assalammualaikum... :)
Salam pagi Jumaat buat semua teman-teman.. :)
Pagi tadi sempat jugak i jengah 3-4 pintu rumah kengkawan... cepat betul masa berlalu..tenet pulak slow ya! hampon! banyak kali menguap masa nak menyinggah dan tinggalkan jejak..:D
yang mana i belum sempat membalas kunjungan tu sabar ya.... Insya~ALLAH jika ada waktu lapang semestinya i akan berkunjung ke blogs you all... jangan tutup pintu taw! :D
Ayam Kicap Cili Padi
entah kenapa semenjak dua menjak ni kan.. gengs i di rumah ni dok kemaruk suka makan peha ayam..
sebelum ni dah kerempeng Nellysha.. so kalau masak sekor ayam tu peha memang tepikan untuk dia je..
ehhh.. dah Pak Habibi tembamBOM i tu pun sukakan peha ayam.. sebelum ni fav dia kepak ayam!
peh! dah berebut.. :))
So semalam pergi ke pasaraya dan beli 1 kg ayam! segalanya peha semata! ;))
so i masakkanlah...
Ayam Kicap Cili Padi
BAHAN-BAHANNYA :
7 ketul peha ayam *kelar dan cuci bersih
(goreng ayam di atas kuali dengan sedikit minyak, sekadar keperangan kedua belah bahagian, angkat dan ketepikan)
1 biji tomato hijau *belah 4
4 sudu besar sos cili
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis
gula dan garam
minyak untuk menumis
BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
20 tangkai cili padi merah siam *memang pedas berapi* :D
CARA :
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan air, kicap manis, sos cili dan renehkan sebentar.
Masukkan peha ayam, buah tomato dan sesuaikan rasa.
Renehkan sehingga ayam masak dan sebati dengan kuah.
Kuah biar pekat.
Angkat dan hidangkan!
TARRAA!!!
Ayam Kicap Cili Padi
sangat simple.. bahan yang di gunakan pun ringkas!
rasa enak, lemak, manis dan semestinya pedas dan berapi!
hidangkan dengan nasi ayam...
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D
Sekian sahaja... jumpa petang nanti.. Insya~ALLAH.. :)
Jaga diri.. senyum :)
Assalammualaikum..
TATA!!