Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua pengunjung dapurku. Terima kasih semua... muahhzz... Kengkawan sila baca apa yang ku taip kat bawah tu dengan penuh rasa syahdu taw...
Okay i ni duduknya di hujung kampung... jauh naa terceruk.. kalau google pun nampak cuma sebesor kuman aje lokasinya... biasalah... bila di lahirkan di kampung... tekak ni dah tentu-tentu lah ala kekampungan giteeww kan..... Pokok kelapa janganlah cerita... memang tumbuh tegak berdiri kat depan rumah... tepi ada.. belakang rumah pun ada... kutip mana yang kering... kupas kulitnya... umpil isinya di parutlah pulak... banyak kali jari ni luka dek kerana memarut kelapa..... ya laa... orang kampunglah katakan... Pokok ubi jangan cerita... duduk di bandar rumah berpagarkan batu.. duduk di kampung ni.... berpagarkan pokok ubi... pucuknya di petik boleh jadikan lauk.... lebihnya celur colekkan pulak dengan sambal asam.. pehhh.... sedap jangan cerita....isi ubi tu pulak di rebus... tekak orang kampunglah katakan....
Maka.. bila i tersedar petang tadi.. bahawa diri ku ini hanya orang kampung.... tetiba mood anak kampung begitu kuat meronta-ronta... meminta i untuk membuktikan bahawa i yak ini... shahriah abdullah a.k.a samsiah abdullah begitu bangga menjadi anak kampung..... gitewww....
Dengan menggagahkan diri ini... segera ku kerah semua bala tentera i yang ada kat rumah ni.. hero no 2 agar memetik 1 pelepah daun pisang.... pastu kerah pulak hero no 1.. tolong ke kedai parutkan kelapa tanpa kulit hitam.. dan i selaku anak kampung yang terover bangga! bangga! bangga! tu kononnya terus ler mengupas kulit ubi yang baru ku beli semalam di pasar tani... lalu ku potong isinya dan terus ku cempak ke dalam blender... TrrRRrrrRRrrrr....... << kisah bersambung.....
BELEBAT UBI
BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan ubi *blender dan tapis airnya
2 cawan kelapa parut *putih sahaja
150 gm gula melaka *hiris kasar
1 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat
sedikit garam
daun pisang *cuci dan potong dan layurkan atas api
CARA :
campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali daun pisang! dah kenapa hehhee...
ambil 2 sudu besar adunan ubi dan bubuh di atas daun pisang... yer giteeww...
lipat dan dapatlah banyak teewww....
kukus selama 20-25 minit... giteeww
pastu angkat dan.....
TARRAA!!!
BELEBAT UBI
Sedap... nOooooOooo... i suka yang lembut giteeww...
L.e.m.a.k & M.a.n.i.s & B.e.r.k.r.i.m <<< tak perlu eja.... hehehehh
Pehh.. <<<*setelah you all baca apa yang i tulis secara gigil sebab
sedap nooo.... hehehehehhhh..
Sekian sahaja kisah mengarut untuk hari ini.. dan kisah kuih belebat ini juga akan ku masukkan di dalam manuskrip baru i tu ekk... selamat minum petang kawan-kawan...:))) maaf jika ada tersalah mengeja tu ekk.. memang sengaja tu.. jumpa lagi.. jaga diri..:))
ASSALAMMUALAIKUM.... << tak jawab dose..
TATA!!