ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, April 1, 2011

MENU DIET ~ IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH


MENU DIET ~
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH
Wahhhh.. semenjak berdiet ni.. manjang rebus! kukus! aje memangku suka! bebenau tau tak kengkawan semua.. kerana awet muda muahaha.. masa memasak begitu singkat sekali sehinggakan i boleh membuat pelbagai urusan lain... dah ler enak... sihat pulak tu! lepas ni dah boleh pakai sarung kaki tanpa koyak di hujung jari muahaha.. *PENGSAN* okay hari ni i kukuskan aje ikan kembung batu tu ekk. tengah murah di pasar sekarang ni tau.. dan ikan kembung adalah salah satu ikan yang paling enak di kukus! YUMMYYY!! ingat kepada yang follow i berdiet ni.. makan ler berapa ekor pun ikan kembung tu... dan nasi tolong jangan ko selang selikan masa menyuap ikan kukus yang steam aje rasanya tu muahahaa.... say bye! bye! to nasi... bukan ler tak boleh makan terus.. tetapi pengambilan yang sedikit sahaja. oke.. i dah start dapat mengawal nafsu nasi.. dengan hanya mengambil 2 sudu besar nasi sahaja. dan hari ni i nak try ambil 1 sudu besar nasi sahaja.. alahaii.. jangan ler meraung... setiap pengorbanan pasti akan membuahkan hasil yang luar biasa oke.. sabar yer... makan buah tu bebanyak tau!

JOM!! SALIN RESIPE!!
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH

6 ekor ikan kembung batu ~ cuci bersih
3 inci halia ~ hiris batang mancis
6 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang daun bawang ~ hiris
serbuk lada putih
minyak bijan
seasoning *sha guna jenama maggie*
limau kasturi untuk perahan di atasnya sewaktu makan nanti

Cara mengukus :
susun ikan di dalam pinggan
renjiskan serbuk lada sulah, minyak bijan, seasoning
taburkan halia dan bawang putih
daun bawang *separuh*
kukus selama 7-10 minit atau sehingga ikan masak

TENGG!! TARRRAAA!!!
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH
Enak bangat dong!!! jangan lupa cicahkan dengan tu.. tu....
HALIA DI TUMBUK BERSAMA BAWANG PUTIH, LADA HITAM DAN SEDIKIT CUKA... aduhaii.. memang syiok!!! must try oke.. ingat makan dan ratahlah seberapa banyak ikan yang you all nak! dan cuba lupakan sang nasi! memang berbaloi pengorbanan you all tu nanti... just wait and see...:):)

TATA!!!

MENU DIET ~ PUCUK PAKU GORENG TOMATO

MENU DIET ~ 
PUCUK PAKU GORENG TOMATO
Kan i dah kata.. siapa cakap berdiet masakannya terhad dan hambor aje rasanya??? kita yang berdiet tu kenalah kawal aje pengambilan makanan tu jerk.. nasi tu sahaja yang korang kurangkan.. sayur atau buah-buahan tu penuhkan dalam pinggan.. dan sekarang ni... bermula sejak semalam.. i cuma ambil nasi 2 sudu besar sahaja.. tu pun tak penuh.. tapi lauk yang i ratah memang penuh! Masyallah! dahsyat! hebat pun yer jugak muahaa... akhirnya perlahan-lahan berjaya jugak i mengawal nafsu terhadap nasi.. hari ni i try nak ambil satu sudu nasi jerk tau... tapi sayur pucuk paku yang yummy tu i nak makan sorang! yang lain tengok jerk yeek.. haha.. okaylah macam biasa.. kurangkan minyak semasa menumis dan tukarkan kepada minyak jagung atau zaitun.. kedua-dua minyak tu i ada.. tapi hari ni i guna minyak jagung sebab minyak zaitun mahal! nanti nak beli bengkung tak cukup duit! muahahaa...

JOM!! SALIN RESIPE!!
PUCUK PAKU GORENG TOMATO

1 ikat pucuk paku ~ siang dan cuci bersih
1 biji buah tomato ~ potong baji
1 sudu minyak jagung

Bahan-bahan kisar :

1 biji bawang merah (kecil)
4 ulas bawang putih * i pencinta bawang putih kerana khasiatnya*
sedikit halia
1 sudu besar ikan bilis
3 tangkai cili kering

Cara memasak :

Panaskan kuali dengan minyak, kecilkan api dan tumiskan bahan sehingga garing *api kecil kerana masakan kurang minyak mudah hangit dan rempah mentah jika api besar*
Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga garing atau kering sedikit
masukkan buah tomato, sesuaikan rasa
masukkan sayur pucuk paku, gaul rata angkat dan hidangkan!

TENGG!! TARRAA!!!
PUCUK PAKU GORENG TOMATO
*INGAT KURANGKAN NASI... LEBIHKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN.. perlahan-lahan anda akan mulai menyintai lauk dan bukan nasi.. ~wallahualam~

 KISAH BIG MOMMA.. DAH MASUK KE PART 6.... >>> TERLALU HAPPY! TERIMA KASIH ALLAH...:)

TATA!!


MENU DIET SARAPAN ~ ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY


MENU DIET SARAPAN ~
ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY

Assalammualaikum! Selamat pagi semua.. okay masih dalam tajuk menu berdiet lagi kita ekk.. sampai bila??? sampai turun ler berat badanku ini.. uishh.. i tell you.. memang banyak perbezaannya ekk.. antaranya kaki i dah kurang sakitnya.. kalau tidak tu bila berjalan jauh sikit.. sakit dan sengal jerk ekk.. sampai berurut oke.. bila pergi jumpa doctor dia cakap sebab berat badan bertambah secara mendadak... tu yang i mengambil langkah berjaga-jaga.. memang ler kalau korang tengok i tak ler nampak terlampau besorr.. tapi i ni kan rendang jerk orangnya.. maka berat badan tu tak bisa kaki i menampungnya oke! muahaa...okaylah.. macam biasa i tak suka bersarapan makanan yang sama.. takut jemu dan jelak.. hah! bila jemu nanti tu.. mulalah makan tu macam tak puas aje kan.. kan.. so i make sure everyday my breakfast mesti berbeza.. ringkas dan berkhasiat.. ingat pesan i.. jangan ikat perut! badan memang susut.. tapi bila kita dah dapat berat badan ideal tu.. mulalah kita nak makan apa yang kita tak dapat makan masa berdiet tu ekk.. so sarapan pagi sangat penting,... di ingatkan sekali lagi i bukan pakar kesihatan.. tapi i rajin membaca.. dan lepas tu.. i fikir ler apa yang i perlu ubah suaikan.. yang penting selepas bersarapan tu jangan lupa bersenam..jadi pengambilan makanan yang kita ambil tu jam tu jugak TERBAKOR!!!! yeaahhhh.... dah tu jerk.. tunggu menu tengahari nanti masih juga dalam menu berdiet tetapi tetap menyelerakan.. cewahh.. ewahh... ewahhh...

JOM! TENGOK!!
ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY

1 keping roti putih 
1 sudu kecil madu asli
3 biji strawberry

Cara menyediakannya :

Bakar roti
tuangkan 1 sudu madu di atas roti bakar
hidangkan bersama 3 biji buah strawberry DAN
1 mug nescafe kurang susu

TENGG!! TARRAA!!!
MENU DIET SARAPAN ~
ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY
siapa cakap bila berdiet hidup kita merana??? kan ke best tu! muahaha.. selamat berdiet semua kawan-kawan.. tunggu resipe diet tengahari nanti ekk..

LAPORAN : SELUAR DAH LONGGAR SEDIKIT... :):):) 
** BERSENAM JANGAN LUPA... SETAKAT NI I BELUM LAGI TIMBANG.. TUNGGU HARI AHAD NANTI YERK.. BERAT BADAN SEBELUM BERDIET = 61.8 KG!!! hambik ko!

TATA!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ