ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, May 19, 2012

Puding Choc & Orange Marie For Bonda



Assalammualaikum... selamat malam semua teman blogger baru dan lama.. jutaan terima kasih kerana masih sudi singgah dan meninggalkan jejakmu yang sangat-sangat kuhargai.. :) Sekarang i tengah sibuk.. Insyallah bila free semestinya i akan berkunjung ke dapur kawan-kawan yaa.... muahhhzzz :)

Jutaan Terima kasih i nak ucapkan kepada adik blogger yang cantik, comey, ayu cun melecun... Blue Sky KitcheN.... Tq so much Sayang... :) kerana telah beberapa kali sudi mencuba resipi kak sha yang tak seberapa tu.. dan tq kerana sudi hangkut AWARDS dari dapur akak yang tak seberapa tu yaa.. cayanggg... muahhzzzz... kengkawan yang mana belum add adik i Diana tu.. silalah add sebagai rakan blogger kita yaa.. Tq so much.. moga hubungan di alam maya ini akan kekal selamanya.. Amin... ~Wallahualam~

Puding Choc & Orange Marie For Bonda


Hari ini adalah hari yang sangat sibuk bagi i... bukan sibuk buat kerja dalam opis i tu.. langsung tak berkesempatan pun nak menghadap Pc sepanjang hari ni... Awal pagi tadi Bonda kesayangan tiba bersama Abang kesayangan dan akak ipar juga kesayangan jugaklah... :)) 

Puding Choc & Orange Marie For Bonda


Awal pagi dah memasak hidangan khas buat Bonda dan keluarga.. simple sahaja.. tu nanti yaa.. esok lepas pulang dari menjenguk Abang Amin.. Insyallah i akan semestinya share kat you all menu masakan yang cukup simple dan ada resipi baru taw.. ;) so tunggu yaa.. macehh..:))

Puding Choc & Orange Marie For Bonda


Seriously tak tahu nak kububuh apa ke nama dessert yang memang sedap!!! hepp! bukan masuk bakul angkat sendiri ni taw.. memang itu yang Bonda puji tadi tu.. 

"Sedapnyaa.. langsung tak muak! Bonda suka!"

Wahh! giteww komen dari Bonda kesayangan ekk.. rasanya dah ramai yang membuat apa jua puding dari roti dan biskut marie.. tapi buat i... inilah kali pertama i mencubanya... ku olahkan resipinya agar jadi lebih mudah, enak giteew.. ;)

Puding Choc & Orange Marie For Bonda


i guna biskut marie dari jenama Lee Biscuits.. wahh memang i peminat no 1 biskut Marie.. 
sedap, ranggup, enak dan langsung tak muak.. semestinya dari jenama LEE Biscuits... tak percaya cuba yaa.. memang ada di pasaran... meh! dekat sikit i nak cerita.. mana datangnya idea ni ekk.. gini kisahnya..... :))


Nampak tak ten beskot yang sebesar alam tu.. hah! itulah hadiah dari Pak Habibi i yang tembamBOM! tu.. selalunya beli peket kecik.. kali ni hentah apa mood agaknya... seten! di junjungnya bawak balik kerumah!
terloPONG mulut i masa.. tu!

"Wahh! tak ada lagi besar ke ten TU?"

giteww sekali i berbunyi... ya kengkawan.. jika selepas ini asyik manjang resipi beskot marie aje.. so you all tahulah kenapa yaa... memacam yang nak kubagaikan.. so tungGUuuuu..  :))

Puding Choc & Orange Marie For Bonda


Wahhh puaslah memikirkan hape yang nak ku bagaikan beskot marie yang seten besor tu ekk... sambil ketuk-ketuk ten yang besor tu.. sambil tangan kanan menyuapkan beskot marie tu kedalam mulut... demi bonda tersayang... maka dengan itu telah ku godak-godak maka terciptalah...

Puding Choc & Orange Marie For Bonda

BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR BERSAMA : A 
*i guna food processer cempak semua.. TrrRRrrr.. dah siap! ;)

150 gm biskut marie
1 tin susu pekat
300 ml air
1 sudu teh esen vanilla
2 biji kuning telur

*setelah siap di kisar masukkan kedalam mangkuk dan ketepikan*

BAHAN B :

1000 ml air
100 gm gula 
1 peket serbuk agar-agar

BAHAN C :

4 sudu besar serbuk koko *cairkan bersama sedikit air*

BAHAN D :

2 sudu besar orange paste

CARA :

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga gula dan agar-agar larut.
Masukkan orange paste dan kacau rata.

Setelah itu masukkan BAHAN A ke dalam BAHAN B yang baru di larutkan. Kacau rata sehingga sebati.

Bahagikan kepada 2 bahagian.

Bahagian 1 campurkan dengan BAHAN C, gaul rata dan ketepikan.

Bahagian 2 campurkan dengan BAHAN D, gaul rata dan ketepikan.

ambil acuan dan mula-mula sekali.. masukkan Bahagian 1 sebanyak 3 senduk. *masukkan ke dalam chiller selama 3 minit, keluarkan.

Lapiskan pula dengan Bahagian 2, sebanyak 3 senduk. *masukkan ke dalam chiller selama 3 minit dan lakukan sehingga adunan selesai.

*Lihat gambar bawah*


sejukkan di dalam chiller.. i biarkan semalaman.. so bila nak potong dah sejuk dan set... ;)

Puding Choc & Orange Marie For Bonda


Baunya haruuumm sangat! Chocolate dan Orange.. :)


kepada sesiapa yang suka manis.. silalah tambahkan gula.. kerana puding ini  hanya lemak dan manis buah..


Langsung tak muak... best!


i potong awal pagi tadi.. Pak Habibi i yang tembamBOM tu sibuk sangat nak bagi kawan-kawan opis dia merasa... so bagilah 2 potong besar... :)


seriously.. i love this pudings!!
sLURppPPpPPppPP..... ;)


Insyallah akan ada lebih banyak puding lagi selepas ini bakal menyusul.. selagi... selagi... selagi...
beskot marie yang seten besor tu tak habis!! :)) :)) :))


Selamat bercuti hujung minggu semua.. jaga diri, senyum selalu, jangan noty-noty taw!!
muahzzz....

Assalammualaikum.. << jawab dalam hati ekk..:)



TATA!!

SUP DAGING ALA NYAMAN GITEEW....


Assalammualaikum... Good morning kepada semua blogger baru dan lama... ;) Apa khabar pagi ini?? dah sarapan ke belum?? i dah hehhehe... N3 yang i masukkan ini adalah menu dinner i malam tadi.. dan ada baki so inilah sarapan i jugak pagi ini.. yaa giteww.. :)

Teringin sangat nak makan sup daging aka lembu di kala kenanganku kembali ke SUP LEMBU TANGKAK DI MELAKA... WAHH! GITEEW so dengan rela hati telah mereka sebuah lagi resipi yang telah memandai ku olahkan agar kena dengan tekak dan selera di rumah ku ini.. ya giteew... :))


Cuaca panas sehingga ke petang, terasa sangat berbahang... so membuatlah sejenis sup daging yang sangatlah simple dan ringan aje rasanya.. lite-lite giteww... lawankan pulak dengan mee hoon yang telah di celur... potongkan cili padi renjiskan kicap manis.. dahh.... taburkan pulak di atas kuah sup tu dengan daun ketumbar... wahh... nyamannn bahhh! :)) sampai ke pagi ini nyamannya tu taw.. :)

SUP DAGING ALA NYAMAN GITEEW....


BAHAN TUMBUK KASAR/RENYAH :

5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 inci halia
4 inci lengkuas
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih

BAHAN-BAHAN LAIN :

400 gm daging batang pinang *hiris nipis
3 tangkai daun ketumbar *hiris
3000 ml air
garam
sedikit minyak

mee hoon *celur dan toskan
cilipadi hiris dan kicap

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN-BAHAN TUMBUK KASAR/RENYAH* sehingga naik bau/layu.
Masukkan air dan didihkan.
Masukkan daging dan didihkan *buangkan atau kaup buih kelabu di atas kuah*
sesuaikan rasa. Setelah daging empuk.
Angkat dan hidangkan bersama taburan daun ketumbar.

TARRAA!!

SUP DAGING ALA NYAMAN GITEEW....


Cili padi hiris bersama kicap manis!
Nelly cakap macam telinga mickey mouse hehhehehehh :))


gunakan daging batang pinang.. empuk dan segerrr gitu rasanya... ;)


mudah simple, enak, jimat belanja dan tenaga.. cewahhhh...


Jangan lupa cuba ya.. kawan-kawan....


Apa teww???? dah siap dari semalam petang... chilled betul-betul...
khas ku buat untuk Bonda kesayangan yang akan tiba jap aje lagi....
Insyallah jika free i share petang nanti yaa...
Jaga diri, senyum selalu.. selamat bersantai hujung minggu, bersama keluarga dan teman tersayang... :)


TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ