ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label CARAMEL PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label CARAMEL PELBAGAI JENIS. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Orange Caramel YummyYy

Orange Caramel YummyYy


Assalammualaikum.... happy weekend guys.. i memang pencinta Caramel.. tak kiralah apa jua jenis caramel... memang suka! suka! suka! sangat... In lovesss with caramel.. sampaikan kucing kesayangan i pun i buh nama Cara-male <--- ejaan je lain sebab dia jantan oke... 


Miauuuuwwww... tu lah cara-male! comey aje kan kan.. gemokz dan tembam... sebelah Cara-Male tu yang terlentok manja tu.. Teera-Mitsu! heheheeh... nanti i share resipe teeramitsu pulak yer, di lain segmen oke... Sekarang meh! kita buat Cream Caramel with orange flavour! Yummyyy...

Orange Caramel YummyYy

Bahan-bahannya :


5 biji telur *saiz AAA
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cawan jus orange
1 sudu teh perisa oren
sedikit garam
Orange untuk hiasan

Cara :

Putarkan telur sehingga kembang
masukkan jus orange, perisa orange dan susu pekat sehingga berbuih
taburkan sedikit garam
Tapis adunan

Bahan untuk Caramel :

5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Masak sehingga menjadi caremel/ gula hangus

tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah di letakkan gula caramel

bakar dengan suhu 120'c selama 40 minit
angkat dan sejukkan terlebih dahulu
hidangkan setelah benar2 sejuk dari dalam chiller!!

Tarrraaa!!!

Orange Caramel YummyYy



Simple and easy.... Yummy...:))) okay selamat bersantai hujung minggu yer... i pun sedang bersiap untuk sama-sama memeriahkan.... Jeng! jeng! jangan lupa saksikan MasterChef Malaysia Episod Finale... hanya di Astro Ria... 8hb... nak bersiap dah ni! jangan lupa duduk depan TV oke... jumpa disana...:)) mIAOWWW...



TATA!!!


Friday, May 20, 2011

PINEAPPLE CARAMEL


PINEAPPLE CARAMEL

Laaa... caramel lagik! yer memang caramel lagik! muahaha.... selagi bondaku dan ibu mertuaku ada di rumahku ini.. manjang caramel! oke... mereka berdua tu bila dah tiba time minum petang aje.. mulalah request nak makan apa.. ko sebagai tukang masak bersiap-sedialah! uishh idak ler mengeluh ekk.. penuhi impian bonda tersayang besar PAHALANYA... pahala jangan di sebut ingat sendiri udah heehee... okay kali ni i kisar pineapple/nenas kat dalam caramel tu ekk.. waduhhh memang ler harum... wangiii naaa... tau.. rasanya pun bertambah ler lazat dan puzatnya muahaha.. tu baru campur nenas aje tu.. kalau campur jering??? mak mertua i fanatik jering oke, aduhaii udah ler tu meh! salin resipe!!!

PINEAPPLE CARAMEL

UNTUK GULA CARAMEL :

6 sudu besar gula pasir
2 sudu air

CARA MEMBUAT CARAMEL :

masukkan gula di dalam kuali dan air
biarkan sehingga gula larut dan bertukar keperangan
masukkan ke dalam acuan dan ketepikan

CARA MEMBUAT ADUNAN PUDDING :

5 biji telur *saiz AAA
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar gula
sedikit garam
1 tin nenas *tin sedang ~ kisar bersama jusnya/air gula dari tin ~ ketepikan dalam 4 keping untuk hiasan *sila lihat gambar
1 sudu besar perisa nenas

CARA MENYEDIAKAN PINEAPPLE PUDDING:

Putarkan telur sehingga kembang
masukkan perisa nenas dan susu pekat sehingga berbuih
taburkan sedikit garam
tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah di letakkan gula caramel
campurkan nenas yang telah dikisar dan gaul rata
bakar dengan suhu 120'c selama 40 minit
angkat dan sejukkan terlebih dahulu
hidangkan setelah benar2 sejuk dari dalam chiller!!

TENGG!!! TARRAA!!!
PINEAPPLE CARAMEL
 :
POTONG LER APALAGI KAN...:):)
:
:
selamat mencuba!!!

TATA!!!



Saturday, May 14, 2011

MANGO CARAMEL PUDDING


MANGO CARAMEL PUDDING

SLURPPPPPPPPPPPP........... komen sikit ekk... rasanya.. lemak sangat.... manis dari gula caramel tu... waduhh.. bila dikunyah... rasa manggo/buah mangga masak yang lemak masam dan manis.... tekstur.. kental, lembut dan enak... itu sahaja komen yang dapat di terangkan setakat ini... yang selebihnya you all kena cuba sendiri oke...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
MANGO CARAMEL PUDDING

UNTUK GULA CARAMEL :

6 sudu besar gula pasir
2 sudu air

CARA MEMBUAT CARAMEL :

masukkan gula di dalam kuali dan air
biarkan sehingga gula larut dan bertukar keperangan
masukkan ke dalam acuan dan ketepikan

CARA MEMBUAT ADUNAN PUDDING :

5 biji telur *saiz AAA
3/4 susu pekat
sedikit garam
1 biji buah manggo/mangga ~ potong dadu kecil-kecil
1 sudu besar esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN MANGGO PUDDING :

Putarkan telur sehingga kembang
masukkan esen vanilla dan susu pekat sehingga berbuih
taburkan sedikit garam
tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah di letakkan gula caramel
taburkan buah manggo yang di potong dadu
bakar dengan suhu 120'c selama 40 minit
angkat dan sejukkan terlebih dahulu
hidangkan setelah benar2 sejuk dari dalam chiller!!

TENGG!! TARRAA!!!
MANGO CARAMEL PUDDING
 TERBAIKKK!!!!
 SLURPPPPP.............................:):):)

TATA!!!
 

Thursday, February 3, 2011

PUDING ROTI CARAMEL

Puding Roti Caramelku,
Wah! rasanya bulan lepas dah 3 kali buat cream caramel tetapi bukan dengan Roti lah. Petang tadi menjengah peti sejuk yang sejuk bebenau semenjak musim tengkujuh ni ekk.. terkais-kais, termenung-menung dok ler mencangkung depan peti sejuk tu ekk.. sejuk ko! hee... pastukan.. tersentuh ler pulak sebatang yang kerasnya! yaaa hampunn!!! perghh gupernya roti perancis! walaupun i beli hanya di Tesco dan bukan di Perancis ari tu ekk.. terus ler ku ketuk-ketuk roti yang kerasnya berdentum! tak tamat tempoh ke shasha?? tamat tempoh?? idak ler.. dah buh dalam peti sejuk! dah kejung macam kayu balak la wei! hee.. pastukan.. terus ler dapat idea.. kalau di negara barat mereka kalau nak buat bread puding mesti guna roti perancis! so! that's it! ke perancis kita hari ni ekk...
TENGG!! TARRAA!!!

PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
 JOM! SALIN RESIPE!!!
PUDING ROTI CARAMEL
Bahan-bahannya :
  • 3 biji telur
  • 1 batang roti perancis
  • 500 ml susu segar
  • 5 sudu susu pekat
  • 100 gm gula pasir
  • 1 sudu teh perasa oren/ vanilla shasha guna oren
  • 2 sudu besar tepung castard/tepung jagung
  • sedikit garam
Cara menyediakan :
  • Pukul telur dan gula sehingga kembang
  • masukkan susu segar, susu pekat, garam dan perasa oren
  • setelah itu masukkan roti perancis dan biarkan roti kembang sepenuhnya
  • selepas itu kisar dengan blender sehingga lumat
  • ketepikan
Cara menyediakan caramel :
  • 5 sudu besar gula pasir
  • panaskan di atas kuali dengan api sederhana sehingga gula perang dan terus masukkan ke dalam acuan. jika ingin melihat cara sila jengah resipe shasha yang sebelum ini
LANGKAH TERAKHIR :
  • setelah masukkan dua 1 sudu besar gula perang ke dalam acuan
  • tuangkan adunan roti di atasnya
  • kukus selama 40 minit 
  • setelah masak, sejukkan dahulu baru di keluarkan dari acuan
  • sedia di hidangkan!
  • hidang ketika panas-panas juga enak! sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk lagi ler sedap!
TENGG!! TARRAA!!!

PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
 Pstt... amacam?? mudah aje kan.. kan..
tak perlu ler tunggu roti perancis tu beku dalam peti sejuk oke!
hehehe.. beli roti dan buat sekarang juga!!
TATA!!!
Shahriah Abdullah Novelis

Thursday, January 6, 2011

ORANGE CHEESE CARAMEL

ORANGE CHEESE CARAMEL
ORANGE CHEESE CARAMEL
ORANGE CHEESE CARAMEL
ORANGE CHEESE CARAMEL
ORANGE CHEESE CARAMEL
 ORANGE CHEESE CARAMEL 
 
 ORANGE CHEESE CARAMEL
ORANGE CHEESE CARAMEL
 ORANGE CHEESE CARAMEL 
amboi.. amboi.. amboi.. kemain lagi tajuk resipe I kali ini oke... rasanya juga sehebaT namanya.. malah barang sesiapa yang makan ORANGE CHEESE CARAMEL I tu.. nescahaya akan menikmati kenaikan badan dengan begitu hebat sekali!
Menda ko ni sha??? Entah ler.. agaknya kekenyangan kepenatan kot... hehee.. okay cerita tentang caramel ni.. biasanya kita cuma buat caramel yang kosong je camtu.. kalau bubuh buah orange pun just like that!
cewahh speaking London ekkk... kali ini I ubah resipe ekk.. I bubuh cheese cream... perghh.... perghh... perghh..
nape Sha???
mata i dah biru sekarang ni ekk... 
Rasanya tu.. perghh aje memang enak!!! lemak dan berkrim! baunya pun HARUMMMMMM!!!! dan mengasyikkan sesiapa yang terbau masa I membakar puding caramel I tu ekk.. psstt.. jiran I tak datang tauu.. selalunya datang, balik kampung kot heheee... okaylah..
JOM SALIN RESIPE!!!
 
ORANGE CHEESE CARAMEL
ORANGE CHEESE CARAMEL
ORANGE CHEESE CARAMEL
 BAHAN-BAHANNYA:
          
  1.  
  2. 1 BIJI OREN AMBIL JUSNYA SAHAJA
  3.  PARUT KULIT OREN DARI 1 BIJI LIMAU
  4. 1 CAWAN SUSU PEKAT
  5. 3/4 SUSU SEGAR
  6. SECUBIT GARAM
  7. 1 SUDU BESAR VANILLA
  8. 4 BIJI TELUR AYAM
  9. 3 SUDU BESAR CREAM CHEESE SEPERTI GAMBAR DI ATAS
BAHAN UNTUK CARAMEL:
 
 CARA MEMASAK CARAMEL :
  1. MASUKKAN 1 CAWAN GULA DI DALAM KUALI
  2. MASAK SEHINGGA MENJADI PERANG SEPERTI GAMBAR DI ATAS
  3. MASUKKAN KE DALAM MANGKUK BIARKAN SEBENTAR
CARA MEMBUAT PUDING:
  1. MASUKKAN KESEMUA BAHAN-BAHAN KE DALAM MANGKUK ADUNAN
  2. KACAU SEHINGGA SEBATI
  3. MASUKKAN JUS ORANGE DAN KULIT OREN KACAU RATA DAN MASUKKAN KE DALAM MANGKUK YANG TELAH DI ISI DENGAN GULA CARAMEL
 

 MASUKKAN KE DALAM OVEN DAN BAKAR DENGAN SUHU 150'C SELAMA 25 MINIT ATAU KEPERANGAN DI ATASNYA... SEPERTI GAMBAR DI BAWAH
 TU DIA... AMACAM CUN TAK I ERKK.. ORANGE CHEESE CARAMEL I TU???
DAH SIAP EKK SHA???
BELUM.... NAK KENA TERBALIKKAN DULU EKK...
KANG TAK NAMPAK CARAMELNYA TU EKK..
JAP EKKK... PSTT.. BEDAH MASA NI KO JANGAN MELATAH TAU! AJE MEMANG NAYA!!
TENGGGGGGGGGGG!!!!! TARRRRAAAAA!!!!!!!!!!
TU DIA... YOU ALL HIASLAH DENGAN ORANGE EKK.. DAN APA-APALAH ASALKAN CANTIK MACAM I... MACAM TU...
ELEH KECIK NO GAMBARNYA SHA???
SABORR....
TENGGGGG!!! TARRAAAA!!!!
 WOW!!!!! POTONG LAH SHA!!! 
NAK SIKIT!!!
OKAY JAP EKK....
TENGGG!!! TARRRAAA!!!
NAH! CUKUP TAK????
 SIKITNYA..... SHA PELOKEK!
EWAHHH... JAP EKK... RASA SIKIT DULU.. SEDAP TAK EKK...
SLURPP YUMMYYYYY!!!!
NAH! AMIK NI! DENGAN PELBAGAI GAYA HAHAA...
 AMACAM???? STRESSS??? HEHEHE...
NAK TAHU RASA KENA LER CUBA EKK...
TATA!!!!

Shahriah Abdullah Novelis

Sunday, November 28, 2010

pEAcH cARAmEL yUMmYY



yUMmyYYY....

pEAcH cARAmEL yUMmYY
BUAT JOM!!

Bahan-bahan yang diperlukan :
8 biji telur saiz sederhana ~ kalau saiz A 5 biji sahaja
  1. 1 mangkuk susu cair
  2. 1 mangkuk gula castor/gula halus
  3. 1 sudu perasa oren/pewarna kuning
  4. 1 mangkuk buah peach ~ hiris
CARA MEMBANCUH EKK....
  1. Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk
  2. Gula, telur, susu dan secubit garam
  3. Bancuh atau pukul kesemuanya sehingga gula hancur
  4. Masukkan perasa oren atau pewarna kuning
  5. Ketepikan sebentar
JOM BUAT CARAMEL PULAK EKK...
  1. Mangkuk gula pasir
  2. Masukkan ke dalam kuali non stick. Buka api sederhana sahaja.
  3. Sentiasa kacau gula dan jangan tinggalkan atau besarkan api ekk
  4. Tahap kesabaran di perlukan. Masak gula sehingga keperangan
  5. Maka jadilah 'CARAMEL' ekkk.. senang ajekan...
  6. Selepas tu 'SEGERA' tuangkan 'CAREMEL' KE DALAM ACUAN... DAN...



Segera tuangkan 'CARAMEL' ke dalam acuan ekk.... selepas tu tuangkan adunan yang telah di bancuh. Susunkan buah PEACH ke dalam adunan. Kemudian 'KUKUS' sehingga SET ekk...
JENG! JENG! JENG!.....
TARRAaaAAAA!!!!!!!!!!! DAH SIAP!!! PEACH CARAMEL YUMMY!! MEMANG SEDAP EKK.... SLURPPPP.... WAH! RASA GULA PERANG TU.... LEMAK TELUR DAN SUSU... RASA MASAM-MASAM BUAH PEACH... BAU HARUM OREN TU.... WAH! SUSAH NAK TERANGKAN EKK.. MUST TRY! MEMANG SIMPLE DAN MUDAH.. TIPS NYA CUMA SATU AJE EKKK.. JANGAN MALAS NAK KENA RAJIN SIKIT HEHEHEE.. ALL THE BEST! MUAHH...

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ