ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, September 19, 2012

Colek-Colek


Assalammualaikum... :)

Hari ini adalah hari yang panjang buat i.. :D

Menjamu dan melayan tetamu yang datang dari jauh.

Kepala ni dok le mikir apa yang nak ku masak?

Nak yang ringkas dan enak, sebab kedatangan tetamu i yang satu ini atas urusan bisnes. So buatlah yang ringkas....

Nak ku tulis gado-gado memang bukan! tapi macam..

Nak kata rojak... ada pulak tempeh...

Maka ku sebut ajelah Colek-Colek.. sambil berbincang urusan bisness tu kami sama naik mencolek! ya giteeww :))

Colek-Colek


i gunakan sayur :

kacang panjang *celur
taugeh *celur
timun *hiris
sengkuang *julien@hiris batang mancis
tempeh *goreng
tahu tak de :D

Kuah Colek-Colek


1 cawan kacang *goreng dan tumbuk halus aka jangan terlalu halus sangat ya ;)


BAHAN KISAR :

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
4 tangkai cili api *merah yang pedas giler tu :D
3 cm belacan

BAHAN LAIN :

3 sudu besar air asam jawa *pekat
gula dan garam
50 gm gula melaka
2 sudu besar kicap manis
1 cawan air
minyak

CARA :

Panaskan periuk kecil/kuali dan minyak.
Masukkan *BAHAN KISAR* dan tumis sehingga pecah minyak *lama sewaktu menumis dan api paling kecil.
Masukkan kacang, air, air asam jawa, gula dan garam.
Kacau sebati dan renehkan sehingga kuah pekat.
Angkat!

TARRRRAA!!!

Colek-Colek


Pekat, lemak, manis dan pedas giler!
kata tetamu i lah.. :))


sambil berbincang kami Colek-Colek! :))


selesai berbincang.. Colek-Colek pun selesai!
jadi tak dapatlah i nak bungkuskan tetamu i tu sebab dah habis! :D

sekian sahaja...

Nantikan resipi Gulai Ikan Tenggiri Bunga Kantan dan Daun Kesum!

Jaga diri... :)

Assalammualaikum..

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ