ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, May 21, 2011

MEE GORENG


MEE GORENG

Waahhhhhhh!!! mee goreng laa.... kat umah ni kalau ada mee goreng memang jakun benau! i jarang masak mee goreng, kalau teringin nak makan, order aje kat luar sana tu.. bukan apa tau.. padahal mee goreng ni punyalah senang nak di bikin.. agaknya sebab... kalau masak mee goreng.. makan tengahari atau makan malam nak kena masak lauk lain kot.. ehhh yer laa.. agaknya tu ler alasan i sebab kenapa tak suka masak mee goreng muahahaa.... lagi satu sebab mee goreng ni banyak kapur.. i takut anak-anak sakit perut.. so sebelum nak masak mee tu... i basuh atau cuci dulu mee tu hilangkan bau kapurnya tu.. agaknya ler.. PA i yang bagi petua. so far tak ada pulak yang mengadu sakit perut.. sah ler tu! mak dia pemalas nak masak banyak kali muahahahahaa....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MEE GORENG

1kg mee kuning ~ cuci dan toskan
2 keping dada ayam ~ potong kecil
6 sudu besar kicap pekat *jenama yeos Halal
1 ikat sayur sawi ~ potong
2 biji tomato ~potong
1 mangkuk taugeh ~ buang ekor
gula dan garam
lada merah untuk hiasan
timun untuk ulam
daun sadri untuk hiasan

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS :

1 biji bawang merah *saiz besar
10 ulas bawang putih *i pencinta bawang putih oke
10 tangkai cili kering


CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan *BAHAN-BAHAN DIKISAR sehingga naik bau atau masak
masukkan isi ayam dan batang sawi renehkan dengan sedikit air
masukkan mee kuning dan renjiskan dengan kicap pekat gaul rata
sesuaikan rasa
masukkan sayur-sayuran gaul rata
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!!
MEE GORENG
 :
MASAK NI AJE HARI NI.. PETANG NANTI NAK GI KENDURI KAWIN...:):)
TATA!!!



MANGO PIE


MANGO PIE

Mango pie pulak dahh.. dah tu.. kan dah cakap.. selagi ada dua insan yang bergelar bonda di rumahku ini.. manjang pencuci mulut atau minum petang mesti nak yang manis-manis.. padahal memasing ada penyakit tu.. nak buat macam mana.. permintaan harus di turuti.... buat aje ler ekk.. kebetulan musim mango/mangga sekarang ni.. so memang kena ler dengan tajuk.. di negeri omputeh pun kalau musim labu.. mereka akan buat menu yang berasaskan labu.. musim apple maka apple ler masakan mereka... kat malaysia ni.. musim petai! hahaa.. sambal petai ler jadinya yer tak??? yer kan aje ekk.... terima kasih kepada yang sudi bertandang.. dan terima kasih kepada kawan yang baru sahaja follow blogs resipe shasha ni ekk.. cayang kat you all muahh....:):) mari kita manfaatkan dunia blogs ni dengan ilmu yang berguna yang boleh di kongsikan bersama.. lebih dari itu tiada niat lain.. terima kasih daun keladi ekk..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
MANGO PIE

*BAHAN UNTUK KULIT PIE/PASTRY*
120gm mentega ~ sejuk potong dadu
220gm tepung gandum + sedikit garam
2 sudu besar susu segar
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN PASTRY :


campurkan mentega dan tepung dan jadikan seperti serbuk roti
masukkan telur, esen vanilla dan susu segar dan gaul rata
setelah sebati simpankan ke dalam chiller selama 20 minit baru di torak leper dan muatkan di dalam tin pie, cucuk dengan garfu di tengahnya mengelakkan menggelembung
*lihat gambar di atas*
bakar terlebih dahulu di dalam oven dengan suhu 150'C selama 20-25 minit atau warna bertukar keperangan
angkat dan sejukkan sebentar

*MANGO PUDDING*
4 biji buah mango/mangga masak ranum ~ buang kulit dan kisar halus
3 sudu besar golden syrup *ada di pasaran
2 sudu besar gelatin *halal ada di pasaran jenama NUR + BANCUHKAN DENGAN 2 SUDU BESAR AIR PANAS sehingga larut

CARA MENYEDIAKAN MANGO PUDDING :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau rata
tuangkan adunan ke dalam adunan pastry yang telah di bakar dan sejuk
setelah penuh di dalam acuan sejukkan ke dalam chiller
hidangkan!

TENGG!!! TARRAA!!
MANGO PIE
 :
SIMPLE AND EASY!!!

TATA!!! 



FRUITS AND NUTS CHOCOLATE CAKE


FRUITS AND NUTS CHOCOLATE CAKE

YOMMY! YOOMMYYY!!! mau tak yommy.... coklat ler katakan... aduhhaiii memang dah lama benau tak bikin kek coklat... malas?? boleh jugak hehee... sibuk manjang tu yang tak berkesempatan nak membikinnya... pulak gengs di rumah ni mana boleh pisah dengan kek coklat.... mulalah berbunyi... siap suruh beli lagi kalau tak sempat nak bikin... ewahhh emboi.. emboii... senang aje mengoder yer tak? bukan susah benor nak membikin kek coklat tu.. i kalau bikin main pakai campak tebor aje... setakat ni menjadi ler pulak.. tak pernah ler bantat.. rentung tu pernah ler jugak... muahaha.... mau tak rentung, kalau dah leka duduk mengadap FAcebook muahaha... tapi kek coklat yang i bikin ni tak rentung oke.. tetapi..... ADUHAIII BETAPA MOIST... BASAH... LEMAK..... memang YOMMYYY!!! tak percaya kena ler cuba ekk.. lagi satu... kek coklat ni i buh kekacang badam, gajus, hazelnut, kismis/mix fruits dan chocolate chips sebanyak tidak.. bila di bakar harumm baunya.. bila di makan??????? MALAS nak taip kat sini.. you all cuba oke.. dan kali ni i guna sukatan cawan sebab permintaan dari beberapa rakan yang tak ada penimbang di rumahnya... so kali ni sukatan CAWAN!!! *cawan yang i guna.. sukatan yang ada nombor tu ekk.. bukan cawan rumah i.. so lebih mudah untuk you all nak bikin... kalau tak ada cawan sukat.. sempat lagi pergi beli sekarang jugak!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
FRUITS AND NUTS CHOCOLATE CAKE

*BAHAN A*
*BAHAN-BAHAN INI DI MASAK DI ATAS API PERLAHAN SEHINGGA GULA LARUT*

1 cawan gula 
1 cawan serbuk koko *jenama van hauten
1 cawan susu segar
1 cawan minyak sayur
1/2 cawan susu pekat

*BAHAN B*
*BAHAN DI AYAK*

1 1/2 tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh soda bikarbonat + sedikit garam
1 cawan chocolate chips
2 sudu besar badam cincang
1 sudu besar gajus cincang
1 sudu besar hazelnut cincang
1/2 cawan mix fruits/kismis campur

*BAHAN C*
*PUTAR SEHINGGA KEMBANG*

3 biji telur

*ACUAN PEMBAKAR YANG di oles bersama mentega dan alaskan dengan kertas minyak
*kaedah *waterbath ~ letak acuan kek di bawahnya alaskan dengan dulang pembakar yang diisi dengan air panas

CARA MENYEDIAKANNYA :

campurkan *BAHAN A, B DAN C sehingga rata dan sebati
masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 150'C selama 45~60 minit
angkat sejukkan dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAAA!!!
FRUITS AND NUTS CHOCOLATE CAKE
:
 :
THE BEST!!!
**dan ianya sangat memuakkan!!!*
dan menggemukkan!
dan juga pengsan dan bermimpi segala!
sedaPpppppp!!!
TATA!!!




CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ