MANGO PIE
Mango pie pulak dahh.. dah tu.. kan dah cakap.. selagi ada dua insan yang bergelar bonda di rumahku ini.. manjang pencuci mulut atau minum petang mesti nak yang manis-manis.. padahal memasing ada penyakit tu.. nak buat macam mana.. permintaan harus di turuti.... buat aje ler ekk.. kebetulan musim mango/mangga sekarang ni.. so memang kena ler dengan tajuk.. di negeri omputeh pun kalau musim labu.. mereka akan buat menu yang berasaskan labu.. musim apple maka apple ler masakan mereka... kat malaysia ni.. musim petai! hahaa.. sambal petai ler jadinya yer tak??? yer kan aje ekk.... terima kasih kepada yang sudi bertandang.. dan terima kasih kepada kawan yang baru sahaja follow blogs resipe shasha ni ekk.. cayang kat you all muahh....:):) mari kita manfaatkan dunia blogs ni dengan ilmu yang berguna yang boleh di kongsikan bersama.. lebih dari itu tiada niat lain.. terima kasih daun keladi ekk..:):)
JOM!! SALIN RESIPE!!
MANGO PIE
*BAHAN UNTUK KULIT PIE/PASTRY*
120gm mentega ~ sejuk potong dadu
220gm tepung gandum + sedikit garam
2 sudu besar susu segar
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN PASTRY :
campurkan mentega dan tepung dan jadikan seperti serbuk roti
masukkan telur, esen vanilla dan susu segar dan gaul rata
setelah sebati simpankan ke dalam chiller selama 20 minit baru di torak leper dan muatkan di dalam tin pie, cucuk dengan garfu di tengahnya mengelakkan menggelembung
*lihat gambar di atas*
bakar terlebih dahulu di dalam oven dengan suhu 150'C selama 20-25 minit atau warna bertukar keperangan
angkat dan sejukkan sebentar
*MANGO PUDDING*
4 biji buah mango/mangga masak ranum ~ buang kulit dan kisar halus
3 sudu besar golden syrup *ada di pasaran
2 sudu besar gelatin *halal ada di pasaran jenama NUR + BANCUHKAN DENGAN 2 SUDU BESAR AIR PANAS sehingga larut
CARA MENYEDIAKAN MANGO PUDDING :
campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau rata
tuangkan adunan ke dalam adunan pastry yang telah di bakar dan sejuk
setelah penuh di dalam acuan sejukkan ke dalam chiller
hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!
MANGO PIE
:
SIMPLE AND EASY!!!
TATA!!!
No comments:
Post a Comment