ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label KETAM GORENG/CILI PADI/SAMBAL/BLACK PEPPER. Show all posts
Showing posts with label KETAM GORENG/CILI PADI/SAMBAL/BLACK PEPPER. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Sup Ketam Selasih (Rebus)



Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman baru dan lama yang sudi singgah di dapur maya i yang ala-ala kejap timbol.. kejap senyap :D

Minta ampun dan maaf buat semua teman-teman yaa... bukan tak ingat kat you all semua.. sekarang ni kan musim school holiday.. so masa tu agak tertumpu kepada anak-anak di rumah.... sekarang ni anak i bertambah lagi 2 orang.. hheheee.... kedua-duanya lelaki... tu diaa...

Ni nak cerita ler sikit ekk... sekarang ni kan musim Ninja Go.. ala lego yang kecik momey tu... hah! tak pasal-pasal berdedai petang tadi.. bawak anak saudara i yang lelaki tu... siang-siang dah warning... sorang cuma dapat pilih satu barang.. termasuk ler anak dara kerempeng i tu.... Nellysha... 

hitu nama! perghhhh.... dekat nak sejam! menunggu kekanak riang tu memilih menan... punyalah lama... bila i tanya....

"Kenapa lama naa? susah sangat ke nak pilih?"

nak tahu kekanak riang tu cakap apa... slow.. and steady je jawapannya.... :D

"Kena pilih satu.. kalau dua.. senang nak pilih...."

perghhhh......  :))

Sup Ketam Selasih


BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ketam bunga *cuci bersih dan toskan
4 tangkai daun selasih *ambil daun sahaja
1 batang lobak *potong serong
1 sudu kecil lada hitam kisar *cracked black pepper

BAHAN HIRIS

1 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
3 inci halia 

1 batang serai *titik
500 ml air
garam

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas *kecuali ketam dan daun selasih.
Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan sedikit garam dan sesuaikan rasa. Setelah lobak empuk, baru masukkan ketam dan daun selasih. 
Tutupkan periuk dan renehkan sebentar atau sehingga ketam masak.  
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!   
 
Sup Ketam Selasih


SluuurPpppp.... ahhh....

Makan dengan nasi panas-panas.. sedapnya..
Hirup kuah macam tu je pun.. sedap juga.. manis je kuah ketam tu yaa..

dan kalau you all nak tahu.. kalau di rumah ni ada yang demam.. inilah antara sup yang sentiasa akan i hidangkan... Insya~ALLAH.. esok bangun pagi.. yang demam tu terus merayap macam ketam :D


Simple je tu kan.... yang simple tu lah yang sedap!

Sesuai untuk berdiet juga ni.. :D **kalau tak makan dengan nasi :D

sekian dulu.. jumpa nanti... jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!

Wednesday, May 30, 2012

Ketam Lemak Cili Api... Happy Betul! Dah Cukup Korem Yeh!


Assalammualaikum... Apa khabar semua teman-teman??? Ceria tak? mau tak ceria.. i tahu ramai ibu-ibu sekarang sibuk sebab cuti sekolah kan kan :)) tak kering tangan di buatnya! bukannya makin bersenang lenang bila anak-anak bercuti sekolah ni.. makin sesak napas adalah! samalah kita.. ;)

TERIMA KASIH khas buat semua kawan-kawan yang sudi singgah dan meninggalkan jejak.. :) Insyallah malam nanti.. selepas menonton.. Celebrity MasterChef akan i datang ke dapur kawan-kawan semua yaa.. so tunggu taw! psstt.. tolong jangan sorok dan habiskan masakan you all yang Best! Best! tu taw... ;)


Wahh.. nampak tak tajuk i kali ni... yaa giteeewww :))

Syukur Alhamdulillah Abang Amin dah balik! yeh! yeh!

alaaa balik tak lama.. cuma 5 hari aje dapat cuti.. Ahad dah nak

 balik semula ke Kem PLKN.. tak apalah.. janji dalam tempoh lima

hari tu.. semestinya i dah susunkan aktiviti padat bersama geng i di

 rumah yang dah cukup korem! hehehhee :))


Balik aje Abang Amin tadi.. i suruh gi kedai.. :)) baik punyer emak kan kan.. ;) sempat jugak dia belikan choki choki untuk dia dan adik-adiknya.. :)

i bagi dia lepaskan gian nak bawak kereta.. so ke kedailah tadi Abang Amin.. tolong belikan santan kotak!

Gitewww.. tak kuasa nak perah kelapa! boleh giteeww.. excited punya pasal nak masakkan lauk permintaan Abang Amin ler giteeewww ;)


suka betul Abang Aemir bila Abang Amin merangkap best friend dia dah ada...

terus ler ajak main game.... sila abaikan peha Abang Aemir tu yaa...

macehhh :))


Petang tu jugak!

terus Nelly ajak Abang Amin godak pool!!

bukan dia kira kulit Abang Amin tu dah cukup cekelat kelernya! :))

KETAM LEMAK CILI API 
VERSI ABANG AMIN


BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ketam *cuci bersih
2 helai daun limau purut *siat
2 batang serai *titik
1 keping asam gelugor
2 biji telur *kocok
sedikit garam dan gula

BAHAN KISAR :

200 ml santan kotak + 300 ml air
2 ulas bawang putih
4 inci kunyit
30 tangkai cili padi *memang pedas giler! kurangkan kalau tak nak pedas menyengat

CARA :

Masukkan *BAHAN KISAR* ke dalam kuali.
Masukkan serai, asam gelugor, daun limau purut dan renehkan sebentar.
Masukkan ketam dan tutup kuali.
Masukkan telur dan sesuaikan rasa.
Setelah ketam masak, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

KETAM LEMAK CILI API 
VERSI ABANG AMIN



Simple dan pedas!!! YoUuuu :)


nampak tak telur tu.. hehhehehh.. itulah yang Abang Amin suka..

sedap! katanya macam rasa telur ketam giteeww.... :)

ya kan aje! yang lain pun suka!


Sayur pucuk paku goreng bersama udang dan cendawan...


FAvourites :

Pak Habibi

Emak Amin

Abang Amin

Abang Aemir

Dak kerempeng Nellysha

yaa... so nampaklah yaa.. siapa yang tak makan sayur! :))


ikan goreng selar garing.... 

semua suka.. khas buat Pak Habibi bagi nak gantikan sayur! :))


Happylah tu kononnya! cehhh... :))

Selamat bercuti kawan-kawan.... i belum lagi bercuti.. Insyallah soon... :)

Selagi belum keluar dari rumah ni hah! Insyallah berasap ler dapur i ni ekk.. :)


Take care, Smile always! :)

TATA!!

Friday, May 25, 2012

Ketam Panggang Fusion.. Resipi Baru You!



Assalammualaikum.. Selamat sejahtera buat semua teman-teman yang sudi singgah di dapur ku ini... Minta maaf sangat yaa.. kali ni gambar memang ler tak cantik dan tak terang sebab apa tau.. :)) ketawa dulu ni.. ini adalah menu makan malam tadi.. :)) dah nak makan baru teringat belum snap gambar.. dah malam lampu pulak di rumah ni ala-ala romantis giteww... ;)

Hati berbelah bagi.. kang kalau tak snap gambar.. selesai pulak di ratah ketam yang berpelukan sesama sendiri dalam mangkuk tu kan.. :)) Kang kalau di snap gambar dah tentu-tentulah tak cantik dan tak terang sebab cahaya asli tak de.. so snap jugak dengan motto.. belum tentu akan ku masak esok hari cenggini gaya! :))

TIPS UNTUK MENYERTAI UJIBAKAT MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KEDUA... :)


Ramai yang in box i di laman Facebook dan juga ada yang bertanya di kotak komen blogs i ni kan...
so semalam gagahkan jugak diri mengais gambar-gambar lama awal pembabitan semasa ujibakat MasterChef Malaysia Musim Pertama...

so kepada kengkawan yang berminat tu silalah, jengah di blogs i yang satu lagi yaa.. i ada share sedikit tips
bagaimana nak ke ujibakat tu nanti.. dan Insyallah i akan share lagi tips.. silalah yaa.. i wish you all good luck! muahhzzz :)



sakit betul mata tengok gambar ketam tu tau :))
sakit-sakit mata pun semua dah ku sesah!

Okay apa yang Fusion sangat tu??

Hah nampak tak kulit ketam tu?? nampak berserbuk dan garing aje giteeww kan...

ku taburkan dengan serbuk parmesan cheese banyak-banyak naaa....

wahhhhh!! memang terangkat i tell youu! tak caya? jom kita cuba!!

KETAM PANGGANG FUSION

BAHAN-BAHANNYA :

SEMUA DI KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
25 tangkai cili kering
1/2 inci belacan
5 biji telur
sedikit garam
gula

BAHAN-BAHAN LAIN :

1 kg ketam bunga *potong 2
5 sudu besar serbuk parmesan cheese
4 sudu besar tepung beras
sedikit minyak zaitun

CARA :

Taburkan tepung beras bersama ketam dan sedikit garam.
Kemudian tuangkan *BAHAN KISAR* ke seluruh ketam dan sesuaikan rasa. 
Perapkan selama 30 minit.
Masukkan ke dalam mangkuk * tureen*
renjiskan dengan sedikit minyak zaitun.
Taburkan dengan serbuk parmesan cheese di atas ketam.
Panaskan ketuhar dengan suhu 180'c selama 20 minit, kemudian baru masukkan ketam dan panggang selama 20-25 minit.
Angkat dan hidangkan bersama nasi lembik!!

TARRAAA!!!

KETAM PANGGANG FUSION


Amacam?? mudah dan memang terangkat! i tell you!
asyik di blackpepperkan.. di lemak cili apikan.. di masak berlada kan kan... cuba yang ni pulak... Fusion giteww... :)


Nasi wajib lembik sikit... baru best!!
baunya waduhhhhhhhhhhhhhhhhhh... satu rumah bau harum ye.. tak caya cecuba cecuba :))


nasi goreng kampung sarapan pagi tadi..
pedas ke langit! i tell youUu...


Jumpa lagi petang nanti yaa.. jaga diri senyum selalu.. :)


TATA!!


EHHH.... ada lagi.... :)) :))

TATA!!!

Tuesday, April 17, 2012

Ketam Kari Goreng Tepung


Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua teman yang sudi berkunjung di dapur i yang tak seberapa ni ekk.. terima kasih juga kepada yang sudi join... yang mana tak ada tinggalkan add tu.. i tak dapat ler nak add you all... sila inbox yaa... terima kasih... Dan satu lagi... apa jua resipe yang ku kongsikan di sini adalah di HALAL kan buat semua teman-teman untuk mencuba yaa.. ikhlas dan luhur dari hati dan nurani ku ini... wahhh ayat baik punyer! hehee.... itulah tujuan sebenar i wujudkan blogs masakan i yang tak seberapa ni.. terima kasih teman... *tepukan gemuruh! untuk diri masing-masing!* muahahaa... <<< eksesais rahang dan mulot...

Ketam Kari Goreng Tepung


Today i cooked a very simple dish... just Ketam dan ikan cencaru.. tiba tang ikan cencaru@caru tu aduyaii tak kuasa dah nak share resipe dan gambar.. bebalik ikan caru aje ekk.. biasalah Pak Habibi i punya kerja ler tu... psstt.. tak banyak dia beli kali ni.. 1 kelo... dan besau so ada 4 ekor aje... wahh masa menyiang tadi senyum mengolom aje i youuu <<< bukan gila oke...


Seriously bila i tengah dalam mood mengarang manuskrip tu kekadang idea nak memasak tu jadi tumpul... mungkin mood tu terbawa dek mood dalam cerita yang i sedang karangkan tu..*pulak tengah mengarap watak perempuan cantik tak reti masak dan tak pernah turun ke dapur! muahahahaa* so i termenung ler sekejap... sambil main-main sepit ketam yang boleh tahan besornya.. kalau menyepit.. boleh tahan laa... paling tidak pun ke kelenet kita! muahahah....


HelOoOOoooooOOoo... hah! nampak tak? besauu okeh... peh! tetiba malas nak kusiang, malas nak ku blackpepperkan.. malas nak ku cili apikan.. malas nak ku sambalkan.. pendek kata segalanya malas! masa tu niat dan idea yang ada... Errmmm.. simpan dalam peti sejok semula ajelah! muahhaahaha... adoiiiiii haii... dan akhirnya.... masa dok berangan dan termenung tu ternampaklah.. pokok kari i dari celah tingkap tu kan.. gemok naaa.. besoorrr.. naa pokok kari i tu... maka dapat ler idea.... *____*

Ketam Kari Goreng Tepung

BAHAN-BAHANNYA :

UNTUK PERAPAN KETAM :

1 kilo ketam bunga *cuci bersih dan toskan
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukupnya

CARA :

Gaulkan kesemua bahan di atas dan perapkan.

BAHAN UNTUK BATTER@SALUT

2 cawan tepung beras
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk bawang putih *ada di pasaran *garlic powder
sedikit garam
air secukupnya
1 biji telur

CARA :

Campurkan kesemua bahan di atas dan jadikan batter yang separa pekat *tidak cair.

LANGKAH TERAKHIR :

Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng, minyak haruslah panas betul *jangan separa tak betul hehee...

Celupkan ketam di dalam batter dan gorengkan sehingga keperangan dan bukan terlalu garing!

TARRAA!!!!

Ketam Kari Goreng Tepung


i prefered tepung ketam tidak terlalu tebal di badan ketam tu ekkk... lebih garing dan enak..... sehinggakan kaki dan kulit ketam tu pun boleh di kunyah.. dah macam keropok pun yaa.....


Untuk dapatkan daun kari yang garing dan cantik macam tu... okay panaskan minyak betul2 panas. Lurutkan daun kari *kering dan tidak basah.
Masukkan ke dalam minyak panas dan angkat setelah daun kari tidak lagi berbuih di atas minyak.. <<< hadoii ni macam mana nak ku terangkan ni ekk?? gini ler senang cerita daun kari tu dah tak meletop! hah giteewwww.... heheee....


Dan taburkanlah diatas cik abang ketam kita tu.. mudah aje tu kan kan.. selamat mencuba kawan-kawan!!!
Take care & smile always.. muahh...

TATA!!!


Wednesday, March 21, 2012

RENDANG KETAM

RENDANG KETAM


Assalammualaikum... Rendang Ketam... wahhh... nampaknya dah tiba musim ketam kat pasar tu yerk.. segau bugau ketam bunga tu ekk.. ni kalau Abang Lee Aman, pengomen tegar kat FB i tu nampak ni.. sure bersorak dia ekk.. memang hantu ketam Bang Lee tu hehhee... Okay kali ni i rendangkan ketam bunga tu ekk.. selalunya asyik di lemak cili api, di blackpepperkan.. rebuslah dan goreng... hari ni special sikit... i memang suka betul masak rendang kalau bukan ayam atau daging.. nak tahu kenapa?? hehehe.. sebab masam menunggu tu tak lama.. ketam mudah masak.. so kejappp aje nak masak rendang tu ekk.. santan tu ambil yang pekat aje tauu.. wahhh sedappPppppnya.... *pengsan*


CARA MENYIANG KETAM BUNGA

Hari ni nak cakap i dapat bonus tak jugak muahaha.. tapi saja je nak tunjuk kat you all macam mana i siang ketam bunga yang berbunge-bunge tu ekk, mudah aje... cepat dan ringkas! lepas di masak tetap rasa ketam oke... *pitam*


Pertama sekali buang dulu kekapis di bawah perut ketam tu ekk....... pastuuu.....


Potong 2........... pastu....


silalah cuci bersih sambil baca selamat atas Nabi SAW... toskan dan sedia untuk di Rendangkan!! mudah aje tu kann.. kan.... ada memacam cara dan ini cara yang sering i lakukan dengan cik ketam berbunge-bunge tu ekk...

RENDANG KETAM

1 kg ketam bunga
2 helai daun limau purut *mayang
800 ml santan pekat
minyak, garam, gula
3 sudu besar kerisik
3 helai daun salam

BAHAN KISAR :

2 batang serai
1 cm lengkuas
1cm halia
1 cm kunyit
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 sudu besar serbuk kari *ketam

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *bahan kisar sehingga naik bau dan renehkan lama sikit dengan api sederhana, sentiasa di kacau.
Masukkan santan dan renehkan sebentar.
Masukkan ketam, kerisik, daun limau purut, daun salam dan renehkan sehingga ketam masak atau bertukar warna.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

RENDANG KETAM


TERBAIK!!!!


Ucapan ini kutujukan khas buat abang lee aman.. amacam?? puashati?? hehehe.. lepas ni banyak lagi resipe ketam yang bakal ku masak.. sebab sekarang musim cik Ketam berbunge-bungeeee..:))))

TATA!!!

Thursday, May 26, 2011

KARI KETAM VERSI II


KARI KETAM VERSI II

Ketam lagik???? yer ketam lagik muahaha.. selagi Pak Habibi tak putus asa menjinjing ketam tiap kali balik dari opis.. dan dengan rasa jemu jelaknya akan ku masak tanpa rasa terpaksa.. seksa adalah muahahaa... okay kali ni masak simple aje.. kari ketam tanpa santan dan termudah ya hamfunnn... apa nak susah-susah.. masak tu kita mudahkan sebab masa nak makan ketam tu kang... aduhaii punya ler panjang cerita... isi selepas di masak satu mangkuk.. kulit ketam selesai di makan 2 mangkuk! udah tu jerk malas nak komen... beli ler ketam lagi pak habibi.. tahulah nak ku masak apa lepas ni... kita bakor aje ketam tu! heeee...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!
KARI KETAM VERSI II

1 kg ketam ~ potong 2 cuci bersih
10 batang kacang buncis ~ potong 3 *jika suka
1 pelepah daun kari
3 batang cili kering ~ potong 3

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

1 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
1 inci kunyit
1/2 peket kecil serbuk kari ketam/udang *adabi

CARA MEMASAK :

Tumiskan *bahan-bahan dikisar sehingga naik bau
masukkan daun kari
masukkan sedikit air dan renehkan
masukkan kacang buncis, sesuaikan rasa
setelah mendidih masukkan ketam dan biarkan reneh sehingga ketam masak
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRAA!!
KARI KETAM VERSI II
  :
MUDAH AJE TU KAN...:):) MAKAN KETAM BUKAN LER SUSAH.. TAPI LECEH!!!

TATA!!! 


Wednesday, May 25, 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI KERING


KETAM MASAK LEMAK CILI KERING

Ketam lagik??? yer ketam lagik puan-puan dan tuan-tuan.... jadi bertambahlah satu lagi resipe ketam di blogs kesayanganku ini... hehe... kali ni tak guna cili padi but cili kering.... ala-ala dikisar bersepai aje gitueewww.... rasanya tetap sama.. pedas dan berapi.. lemak tu toksah ler cerita yer tak? simple sangat resipe ni ekk.. so you all yang minat dan fanatik pada ketam tu boleh ler cuba yaa..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
KETAM MASAK LEMAK CILI KERING

BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ketam ~ belah dua dan cuci bersih
1 batang serai ~ titik
2 helai daun limau purut ~ siat dan buang tulang tengahnya *elakkan pahit
1 biji kelapa ~ ambil santan sebanyak dua kali

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

20 tangkai cili kering
3 inci kunyit 
1 inci halia

CARA MEMASAK :

campurkan santan dan *bahan-bahan kisar dan juga serai
renehkan sehingga mendidih
masukkan ketam dan daun limau biarkan mereneh
sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRAA!!!
KETAM MASAK LEMAK CILI KERING
 SIMPLE AND DELICIOUS!!!

TATA!!!


Saturday, May 14, 2011

BENING KETAM

BENING KETAM

Ketam...:):) musim sekarang ni.. murah sangat... 1kg baru RM11 fresh pulak tu... best betullah duduk di kampung.. dulu duk di bandar jangan haraplah nak merasa yang fresh betul tak??? itulah kelebihan tinggal di kampung...:):) masakan pun simple sahaja.. dengan alasan.. ketam tu fresh banyak telur di dalamnya dan rugi kalau di sambal atau di lemak cili apikan... yang terbaik di rebus sahaja.. kuahnya yang manis tu hiruppp.. slurrrppp.. waduhh... terus pengsan!!!


JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BENING KETAM

BAHAN-BAHAN HIRIS :

1 biji bawang merah *saiz sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai ~ titik
1 helai daun kunyit
1 sudu kecil lada hitam
3 cawan air 
garam

1kg ketam segar
CARA MEMASAK :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas
tutup periuk dan hidupkan api *maksimum
sebaik sahaja mendidih tutup api dan biarkan sebentar dalam 5 minit
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
BENING KETAM
 TERSIMPLE... TERBAIK!!!

TATA!!!

 

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ