BENING KETAM
Ketam...:):) musim sekarang ni.. murah sangat... 1kg baru RM11 fresh pulak tu... best betullah duduk di kampung.. dulu duk di bandar jangan haraplah nak merasa yang fresh betul tak??? itulah kelebihan tinggal di kampung...:):) masakan pun simple sahaja.. dengan alasan.. ketam tu fresh banyak telur di dalamnya dan rugi kalau di sambal atau di lemak cili apikan... yang terbaik di rebus sahaja.. kuahnya yang manis tu hiruppp.. slurrrppp.. waduhh... terus pengsan!!!
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BENING KETAM
BAHAN-BAHAN HIRIS :
1 biji bawang merah *saiz sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai ~ titik
1 helai daun kunyit
1 sudu kecil lada hitam
3 cawan air
garam
1kg ketam segar
CARA MEMASAK :
campurkan kesemua bahan-bahan di atas
tutup periuk dan hidupkan api *maksimum
sebaik sahaja mendidih tutup api dan biarkan sebentar dalam 5 minit
angkat dan hidangkan!!
TENGG!!! TARRAA!!!
BENING KETAM
TERSIMPLE... TERBAIK!!!
TATA!!!
No comments:
Post a Comment