TIMUN SENGKUANG, TAHU, TEMPEH
BERSAMA KUAH KACANG KICAP CILI PADI
Kategori rojak ler ni.. cuma ianya sangat ler termudah .. rasanya sudah semestinya simple dan enak.. rasa ranggup timun dan sengkuang... lemak tahu dan tempeh tu... pulak kuah cili padi kicap tu di campurkan dengan kacang.... perghhh... memang the best! pulak cuaca panas... kunyah dan ratah macam tu jerk.. i pulak memang tak reti makan berulamkan dengan nasi jika namanya rojak atau salad... selepas habis makan nasi.. barulah i ratah cam tu jerk.... memang best!
JOM!! SALIN RESIPE!!
TIMUN SENGKUANG, TAHU, TEMPEH
BERSAMA KUAH KACANG KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN DI HIRIS :
1 biji timun muda
1 biji sengkuang
2 keping tahu ~ goreng terlebih dahulu
2 keping tempeh ~ goreng terlebih dahulu
SAMBAL KICAP CILI PADI BERSAMA KACANG :
25 batang cili padi kampung
2 ulas bawang putih
1 cawang kacang kisar
gula dan garam
kicap lemak
sedikit cuka
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL KICAP CILI PADI BERSAMA KACANG :
kisar cilipadi bersama, bawang putih, kicap, cuka, gula dan garam sehingga hancur
campurkan bersama kacang tumbuk/kisar
dan sesuaikan rasa
hidangkan bersama timun, sengkuang, tahu dan tempeh
curahkan sambal kicap cilipadi dan kacang di atasnya!!
TENGG!! TARRAA!!!
TIMUN SENGKUANG, TAHU, TEMPEH
BERSAMA KUAH KACANG KICAP CILI PADI
SIAP UNTUK DI RATAH!!!
TATA!!!
No comments:
Post a Comment