Assalammualaikum... selamat malam semua.. sekarang ni masukkan N3 petang.. malam baru masukkan.. sibuk i you sekarang ni...
Okay baca tajuk kat atas tu... KUIH BKKK ~BUKAN KUIH KERIA KELEDEK! hah! giteewww tajuk kita hari ini...
Dapat inspirasi dari Kuih Keria Haji Jalil Limbongan Melaka.. giteww.. nampak tak kuih keria keledek yang bergentel kat dalam dulang tu.. wah! panas! panas tu... apa yang istimewanya tu???
KUIH KERIA HAJI JALIL LIMBONGAN MELAKA TERBAIK!!
aL-MAKLumlah yaa.... tekak teringin bebenau nak makan kuih keria yang di sirakan dengan gula melaka... tapi keledek tak ada... apa ada kesah.
i kan suka mentestimonikan apa yang ada kat dapur tu...
maka telah terjumpa sebatang karot aka lobak merah yang telah tumbuh di dalam laci peti sejok i tu...
dengan ya tak ya.. memberanikan diri..
ku parut karot yang dah tumbuh tu... dan ku gentel-gentel seperti gambar di atas tu...
KERIA KAROT A.K.A LOBAK MERAH
*walaupun oren sebenarnya keler lobak tu yeee*
200 gm lobak merah *parut*
100 gm tepung gandum
secubit garam
2 sudu besar air
minyak untuk menggoreng
CARA :
gaul kesemua bahan-bahan dan jadikan sebuku doh.
Gentel dan bulat-bulatkan ala-ala buat kuih keria atau donat.
panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan, angkat dan toskan.
ye giteeww...
UNTUK SIRA GULA MELAKA :
1 buku gula melaka *hiris*
1 sudu kecil gula pasir
3 sudu besar air
UNTUK SIRA GULA MELAKA :
masakkan gula melaka sehingga pekat
*api kecil*
setelah pekat masukkan keria karot dan gaul rata, angkat dan sejukkan terlebih dahulu!
TARRAA!!!
KERIA KAROT A.K.A LOBAK MERAH
Amacam?? hehhehehe... melengas YoUU!
baunya... waduh.. waduuhhh....
rasanya gi mana dongs???
sabar.. posing dulu.. ke kanan dan ke kiri.. ya giteeww....
rasanya???
hehehehhh.. kisah benar ni yaa...
Pak Habibi i yang tembamBOM tu seumur hidupnya memang langsung tak makan karot! ehh.. semua jenis sayurlah dia tak makan kecuali salad segerrr gitewww...
so masa dia balik dari office tu...
"Ada keria sira gula melaka tau!" << wah si bini berbunyi... tanpa memberitahu langsung apakah keria yang kubikin tu yer..
"Wahh! sedaPPPnya..!!" si suami berbunyi sambil mengunyah dengan mata terpejam celik.. tapak tangan alas dengan tisu bawah kuih keria karot tu sebab takut bersepai gula melaka tu yer..Kang terpaksa kena mop satu rumah! muahahhaa..
"Ada rasa lain tak??" << wahh! bini nak berterus-terang tapi nak tengok dulu apa komen si suami...
"Okay! sedap! lemak! cuma manisssssss naaaaa.."
dan sampai laa.. Pak Habibi i yang tembamBOM tu tak tahu keria yang dia makan tu ialah keria karot a.k.a wortel!!
Syy... diam-diam k... macehhh...:))
gitu rupa isi dalam kuih keria karot tu yaa... nak tahu macam mana rasa.. kenalah cuba.. i buat tak berapa elok.. sebab tergesa-gesa..
second time nanti mungkin cantik sikit kot! << cakap orang tak kuasa hheheehehe...
selamat mencuba kawan-kawan!!
TATA!!!