ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, October 3, 2012

Gorengan Jejari Keledek Celup Coklat Waduhh! Waduhhh!



Assalammualaikum... :)

Waduhhh nampak tak coklat tu.. perghhh... celupkan pulak jejari keledek goreng dalam tu..
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

SlupPpppp ahhhh... ya giteww :))


Tu dia menu minum petang i bersama bonda dan anak-anak di rumah..

dah selesai makan baru ku masukkan dalam blogs :))


Asyik di keria, goreng, pengat dan rebus.. hari ni kita avangardkan cik adik keledek tu yaa puan-puan dan tuan-tuan.. cik adik dan cik abang juga.. :)

memang sedap i tell you!

Jom! buat! :D


Kalau ada bonda di rumah ni.. hah! keledek, ubi, keladi mesti wajib ada..
Bonda yang beli bukan i.. :)) 

i memang jarang beli keledek.. sebab di rumah ni tak berapa reti makan keledek...

mungkin takut jalan terkedek-kedek macam itik pulang kampung kot :))

Bonda beli keledek putih, lebih empuk dan enak katanya..


Ambil 3-4 buku keledek.
Kupas kulit dan potong ala jejari waris hantu!
cuci bersih dan toskan. Lap jika basah. 


Taburkan dengan sedikit garam dan anggaran 4 sudu besar tepung beras.
Gaul rata dan jangan campurkan dengan sedikit air pun ya..

Panaskan minyak dan gorengkan!



setelah keperangan, angkat dan toskan di atas kertas dapur.
Sedia di hidangkan!!

Gorengan Jejari Keledek Celup Coklat!



tu dia.. bersususn cenggitu gupernya yang aiii :D


jika anda suka garing, gorengkan lama sedikit...
angkat dan toskan.. wah sedapnya!


curahkan dengan coklat sos!

terbaik!

hilang mata hitam ngko aiii :))


lembut, enak, lemak dan rangup!

Kalah French Fries.. :D


Secara tradisinal taburkan gula di atasnya..

pstt... tu semut kering i yang punya!

Nellysha paling fanatik bab gula ni weh! :))


Celop! Celop! Ahhhh... nyaman... ;)


sekian jumpa lagi!

Jaga diri..:)

Assalammualaikum..

TATA!!


Bening Bayam Gajah


Assalammualaikum... :)

Selamat petang semua :D

Hari ni i sajikan you all semua dengan hidangan yang cukup simple... 
tak perlu menumis, main pakai rebus je :D



Bening bayam semua orang dah tahu.. buh keledek dalam 2 buku.. ikan bilis tu lebihkan sikit.. perghhhh...
Bonda panggil i tak layan! ;)) dapat pulak sambal belacan dan ikan kering kapak.. perghhh...

dan bayam yang i masak kali ini ialah bayam kampung, atau ada yang panggil bayam gajah! jadi jangan memain i masak gajah hari ni muahahaaa :))


Tu dia.. pokok bayam kampung atau bayam gajah ni dah lama dah tumbuh.. dari Amin kecik sampai laa.. bayam tu ada aje.. bila mesin atau racun pun ehh selang sebulan dia tumbuh lagi!
akhirnya i memutuskan untuk meneruskan hayat bayam gajah tu :))

Pulak tumbuhnya betul-betul depan tingkap dapur i.. bukak aje tingkap sambil cuci pinggan tu haa... hijau aje mata memandang.. tu yang bela sampai laa... nyaman aje giteww...

Selalu juga masak dan sedara mara kalau datang berkunjung mesti akan i bagi.. goreng sedap! rasa macam keropok giteww.. Insya~ALLAH nanti i goreng i share kat dapur i ni ehh... ;)

Dah jom masak!

Bening Bayam Gajah


BAHAN-BAHANNYA :

1 cekak daun bayam gajah Cuci dan rendam dengan air garam.
3 tangkai daun selasih *ambil daunnya
2 buku keledek *potong kecil
garam
600 ml air

BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
1/2 sudu teh lada hitam

CARA :

Rebuskan keledek bersama air sehingga empuk.
Masukkan  *BAHAN TUMBUK* dan didihkan.
Masukkan daun bayam, daun selasih dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!

TARRAAA!!!

Bening Bayam Gajah


SlurrrPpppp... permintaan bonda... bila ada berteman di rumah ni.. makan pun berselera.. :D
i gorengkan ikan masin kapak kesukaan bonda, sambal belacan tomato dan ayam goreng oregano..
makan berdua.. nyaris tak bersilang tangan kami makan! :))


Sekian sahaja.. kisah hari ini.. Insya~ALLAH petang nanti i share menu minum petang simple tetapi melaTOP!!

dan bukan lagi AJAIB! hehee.. dah simpan dalam kotak :D

Assalammualaikum..

Jaga Diri..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ