ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 29, 2011

PISANG TANDUK GORENG RANGUP

PISANG TANDUK GORENG RANGUP
Yaa... bertemu lagi kita dengan cik Puan pisang tanduk ekk.. kali ni gorengkan sahaja.. dan yang istimewanya.. i buat pisang goreng rangup ni kerana permintaa Puan Hamindra... yang kerap menjengah ke blogs shasha kesemua 6 buah blogs dia sering ikut dan baca haha.. terima kasih ya Puan Inda..CAYANG INDA... dan KAWAN-KAWAN LAIN YANG SUDI BERTANDANG DI BLOGS KESAYANGANKU INI.. TQ SO MUCH...:):)  Beberapa hari lepas Puan Inda ada request tanya kenapa dia goreng pisang atau apa jua tak rangup?? okay ini salah satu resipe dan petua macam mana nak rangup apabila menggoreng pisang dan apa jua buah-buahan yang boleh di goreng... dengan hanya menggunakan tepung gandum! wah! tetiba lepas ni TEPUNG GANDUM mendapat sambutan muahaha.. okaylah.. i sedang berdiet.. bukan crash diet oke.. berdiet dengan menjaga pemakanan.. dan tidak boleh di sebut 'IKAT PERUT' malahan i masih tetap melahop! muahahaa... dengan kuantiti yang sedikit sahaja.. bak kata orang tua-tua.. 'JAMAHKAN AJE!' yer.. kepada yang berdiet tu ambillah 2 keping sudah memadai.. jangan pulak di cecah dengan gula atau segala penyedap! kang bertambah-tambah pulak tu makan.. gini jerk ler ekk.. senang cerita.. CARA BAGAIMANA NAK SAIKO diri kita yang berdiet kurangkan makan.. 'INGAT DI LUAR SANA MASIH RAMAI YANG KEBULURAN' tu dia.. maka jika kita amalkan... Insyallah.. berkurangan ler kita makan tu nanti ekk.. pastu murung ler pulak! sedih sebab ramai insan yang kebuluran di luar sana... aduhaii.. rasanya itu sahaja sembang petang ni ekk...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
PISANG TANDUK GORENG RANGUP
UNTUK ADUNAN BATTER :

2 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak  *BENAR-BENAR PANAS*
1 sudu kecil gula pasir
sedikit garam
sedikit air
sedikit pewarna kuning *jika suka*

Cara membancuh adunan batter : *lihat gambar diatas* 
dan CARA MENGGORENG :

campurkan tepung gandum, gula, garam *pewarna dan 4 sudu minyak panas
campurkan air dan bancuh adunan sehingga menjadi adunan yang pekat
Panaskan minyak di dalam kuali
celupkan pisang kedalam adunan batter dan goreng sehingga warna bertukar keperangan dan garing
angkat dan hidangkan!

TENGG!!! TARRAA!!!
PISANG TANDUK GORENG RANGUP
 SIMPLE. MUDAH. RANGUP. JIMAT BELANJA! selamat mencuba kawan-kawan..:)
JOM JENGAH DI BLOGS KHAS UNTUK KAUM HAWA TU.. DARIKU KHAS UNTUKMU.. BERSERTA TIPS >>> AL-KISAH SI MASKER DAN SI LIP MASK...:):) >>>> AL-KISAHNYA.......

TATA!!!


KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER


KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER

Waduh! waduh! ketam segala! kata ON DIET???? tipu ekk.. uish i memang tengah berdiet... dengan cara yang betul oke.. pemakanan seimbang.. langsung tak kecur pun tengok sang ketam yang garing, harum baunya.. kenyal isinya.. wah! macam menjamah ler pulak ekk.. idak ku jamah langsung pun.. sebab i kurengs... terhadap sang ketam tu ekk.. ketam bunga tu.. kalau ketam nipah tu mau tak kecur hehe.. sebab mahal oke.. rugi ko tak makan! hidup hanya sementara sahaja.. kwang.. kwang..kwang.. tetiba.. muahahaa... okay hari ni i masak simple.. khas untuk Pak Habibi dan anak-anaknya.. i cuma makan sup sahaja.. lepas makan tido! haha.. dah kenapa.. usah amalkan tidur di siang hari.. dan i tidak mengamalkannya sejak dulu lagi.. kerana.. hidup ini terlalu pendek untuk di tidurkan! hehee.. okaylah... tu jerk sembang tengahari ni ekk.. semestinya petang kang ada menu minum petang simple jerk... maklumlah tengah berdiet... so membuat tu khas untuk gengs di rumah ni aje... dan hantar sepinggan dua ke rumah jiran..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER

1/2 KG ketam bunga ~ cuci bersih dan kerat dua ~ toskan
1 kotak tepung goreng tempura *ada di pasaran HALAL*
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk lada hitam *corse black pepper* atau tumbuk kasar
1 sudu kecil serbuk lada kering
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng

Cara Memasak :

Campurkan bahan-bahan : tepung tempura, black pepper, serbuk lada kering, garam dan gula dan bancuh bersama air sehingga menjadi adunan batter yang pekat dan tidak cair
panaskan minyak *benar-benar panas*
celupkan ketam dan gorengkan
balik-balikkan ketam sehingga tepung garing
angkat dan  toskan
hidangkan semasa panas-panas!!

TENGG!! TARRAA!!!
KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!!!
BIG MOMMA DENGAN TUGASANNYA... JENGAH DI BLOGS DIARY HATIKU MUAHAHA.. >>>> OH!!! TIDAKKKK!!!

TERIMA KASIH SEMUA...:):)

TATA!!!

SUP KENTANG DAN KAROT

SUP KENTANG DAN KAROT
Siang-siang cakap ekk.. ini bukan menu penghabisan stok! muahahaa.. tetapi menu diet! oh! pocot mak aku! muahaha.. kengkonon nak berdiet ler ni hua.. hua.. hua.. kang baju yang dah tempah untuk MAJLIS PESTA BUKU.. DI PWTC HUJUNG APRIL TAK muat kang..kang.. haaa.. putih bijik mata heee... okay from now on.. starting from today.. i on diet.. so siapa yang nak follow i berdiet TIPU! sila ler follow ahaa... sebab selepas ini i akan masak segalanya rebus..cempak! plom.. plem.. bum! bam! tarraaa dah siap! heee.. sebab.. berat badan semakin mencanak naik you! mengalahkan pasaran saham...:):) Mudah-mudahan turun ler berat badan i tu ekk. sekelo pun jadiklah! hahaa... cakap orang kurang yakin...:):) udah ler tu jerk nak beritahu ekk..*MASAKAN BERGORENG DAN BERLEMAK.. Khas untuk gengs di rumah kerana gengs di rumah i semuanya kurus kering! yang GEMS (gemok) hanya me and Pak Habibi... kwang..kwang.. kwang...:)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SUP KENTANG DAN KAROT
1 batang karot ~ potong 1 inci dan belah 4
2 biji kentang ~ belah dua dan kemudian potong 3
1 batang celery ~ potong 1 inci dan kerat2
3 biji tomato ceri ~ belah dua
tulang-tulang ayam
600 ml air

Bahan KISAR :

1 biji bawang merah (sedang)
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu kecil lada putih

Cara Memasak :

masukkan air ke dalam periuk. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan renehkan dengan api perlahan.
Setelah tulang ayam masak, kentang dan karot empuk, sesuaikan rasa
Angkat dan hidangkan! 
taburkan dengan hirisan daun bawang dan *NO BAWANG GORENG* kata nak diet kan.. kan...

TENGG!! TARRAA!!
SUP KENTANG DAN KAROT
 SLURPPP... DAH SIAP!
nasi tu kurangkan.. kalau nak diet oke.. kalau tak kurangkan.. maka tidak bermakna nak turun berat badan kita tu ekk.. selamat mencuba kawan-kawan..:):)
Muahihhii.. apa kes??? baju sape tu??? nak tahu.. aktiviti i sepanjang hari tanpa My PA.. jengah ler blogs diary hidupku itu... BIG MOMMA.. BERSAMA TUGASANNYA..:):):)


TERIMA KASIH SEMUA...:):)

TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ