ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 29, 2011

PISANG TANDUK GORENG RANGUP

PISANG TANDUK GORENG RANGUP
Yaa... bertemu lagi kita dengan cik Puan pisang tanduk ekk.. kali ni gorengkan sahaja.. dan yang istimewanya.. i buat pisang goreng rangup ni kerana permintaa Puan Hamindra... yang kerap menjengah ke blogs shasha kesemua 6 buah blogs dia sering ikut dan baca haha.. terima kasih ya Puan Inda..CAYANG INDA... dan KAWAN-KAWAN LAIN YANG SUDI BERTANDANG DI BLOGS KESAYANGANKU INI.. TQ SO MUCH...:):)  Beberapa hari lepas Puan Inda ada request tanya kenapa dia goreng pisang atau apa jua tak rangup?? okay ini salah satu resipe dan petua macam mana nak rangup apabila menggoreng pisang dan apa jua buah-buahan yang boleh di goreng... dengan hanya menggunakan tepung gandum! wah! tetiba lepas ni TEPUNG GANDUM mendapat sambutan muahaha.. okaylah.. i sedang berdiet.. bukan crash diet oke.. berdiet dengan menjaga pemakanan.. dan tidak boleh di sebut 'IKAT PERUT' malahan i masih tetap melahop! muahahaa... dengan kuantiti yang sedikit sahaja.. bak kata orang tua-tua.. 'JAMAHKAN AJE!' yer.. kepada yang berdiet tu ambillah 2 keping sudah memadai.. jangan pulak di cecah dengan gula atau segala penyedap! kang bertambah-tambah pulak tu makan.. gini jerk ler ekk.. senang cerita.. CARA BAGAIMANA NAK SAIKO diri kita yang berdiet kurangkan makan.. 'INGAT DI LUAR SANA MASIH RAMAI YANG KEBULURAN' tu dia.. maka jika kita amalkan... Insyallah.. berkurangan ler kita makan tu nanti ekk.. pastu murung ler pulak! sedih sebab ramai insan yang kebuluran di luar sana... aduhaii.. rasanya itu sahaja sembang petang ni ekk...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
PISANG TANDUK GORENG RANGUP
UNTUK ADUNAN BATTER :

2 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak  *BENAR-BENAR PANAS*
1 sudu kecil gula pasir
sedikit garam
sedikit air
sedikit pewarna kuning *jika suka*

Cara membancuh adunan batter : *lihat gambar diatas* 
dan CARA MENGGORENG :

campurkan tepung gandum, gula, garam *pewarna dan 4 sudu minyak panas
campurkan air dan bancuh adunan sehingga menjadi adunan yang pekat
Panaskan minyak di dalam kuali
celupkan pisang kedalam adunan batter dan goreng sehingga warna bertukar keperangan dan garing
angkat dan hidangkan!

TENGG!!! TARRAA!!!
PISANG TANDUK GORENG RANGUP
 SIMPLE. MUDAH. RANGUP. JIMAT BELANJA! selamat mencuba kawan-kawan..:)
JOM JENGAH DI BLOGS KHAS UNTUK KAUM HAWA TU.. DARIKU KHAS UNTUKMU.. BERSERTA TIPS >>> AL-KISAH SI MASKER DAN SI LIP MASK...:):) >>>> AL-KISAHNYA.......

TATA!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ