KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER
Waduh! waduh! ketam segala! kata ON DIET???? tipu ekk.. uish i memang tengah berdiet... dengan cara yang betul oke.. pemakanan seimbang.. langsung tak kecur pun tengok sang ketam yang garing, harum baunya.. kenyal isinya.. wah! macam menjamah ler pulak ekk.. idak ku jamah langsung pun.. sebab i kurengs... terhadap sang ketam tu ekk.. ketam bunga tu.. kalau ketam nipah tu mau tak kecur hehe.. sebab mahal oke.. rugi ko tak makan! hidup hanya sementara sahaja.. kwang.. kwang..kwang.. tetiba.. muahahaa... okay hari ni i masak simple.. khas untuk Pak Habibi dan anak-anaknya.. i cuma makan sup sahaja.. lepas makan tido! haha.. dah kenapa.. usah amalkan tidur di siang hari.. dan i tidak mengamalkannya sejak dulu lagi.. kerana.. hidup ini terlalu pendek untuk di tidurkan! hehee.. okaylah... tu jerk sembang tengahari ni ekk.. semestinya petang kang ada menu minum petang simple jerk... maklumlah tengah berdiet... so membuat tu khas untuk gengs di rumah ni aje... dan hantar sepinggan dua ke rumah jiran..:):)
JOM!! SALIN RESIPE!!!
KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER
1/2 KG ketam bunga ~ cuci bersih dan kerat dua ~ toskan
1 kotak tepung goreng tempura *ada di pasaran HALAL*
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk lada hitam *corse black pepper* atau tumbuk kasar
1 sudu kecil serbuk lada kering
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
Campurkan bahan-bahan : tepung tempura, black pepper, serbuk lada kering, garam dan gula dan bancuh bersama air sehingga menjadi adunan batter yang pekat dan tidak cair
panaskan minyak *benar-benar panas*
celupkan ketam dan gorengkan
balik-balikkan ketam sehingga tepung garing
angkat dan toskan
hidangkan semasa panas-panas!!
TENGG!! TARRAA!!!
KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!!!
BIG MOMMA DENGAN TUGASANNYA... JENGAH DI BLOGS DIARY HATIKU MUAHAHA.. >>>> OH!!! TIDAKKKK!!!
TERIMA KASIH SEMUA...:):)
TATA!!!
No comments:
Post a Comment